Tiada apa lebih menyedihkan jika tinggal keseorangan. Jika ada ibu, ayah dan adik-beradik hidup ini mungkin tidak terlalu sunyi. Namun apabila tinggal keseorangan, seakan hidup sebatang kara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan.
Inilah perasaan yang dilalui oleh Elfa Susanti, 29 apabila kemalangan jalan raya malam semalam di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kuala Selangor meragut nyawa tiga kesayangannya sekaligus. Dalam kemalangan ngeri ini, ibunya, Anni Kholilah, 42 serta dua adik beradik perempuannya, Nurkhalisah Ali Yusri, 24, dan Nur Syafiqah, 17, yang menaiki Honda City maut di lokasi kejadian selepas bertembung Nissan Frontier dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah bertentangan.
Berkongsi rasa sebak dilaluinya, jelas Elfa dua hari lalu iaitu pada 22 Ogos, adik beradiknya sempat bergurau tentang apa akan berlaku jika mereka mati bersama. Ternyata apa yang diguraukan benar-benar menjadi kenyataan kerana tiga beranak ini maut di lokasi dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan serentak.
Jelas Elfa Susanti, 29, ketika berkumpul sesama ahli keluarga, mereka ada bergurau mengenai kematian bersama.
"Kali terakhir dapat berbual dengan emak pada malam minggu lalu. Masa itu adik bongsu (Nur Syafiqah) gurau dengan adik nombor dua (Nurkhalisah), katanya jika dia meninggal dunia macam mana sebab dia yang selalu disuruh buat kerja rumah.
Ads
"Habis itu kalau kak Lisa (Nurkhalisah) meninggal dunia pula macam mana? Emak pula main-main apabila adik bongsu kata emak janganlah selalu marah adik, nanti kalau adik pergi nanti emak meratap.
"Emak kata, habis kalau emak pergi pula macam mana? Selepas itu saya pun geramlah, habis itu kalau pergi sama-sama pula macam mana saya cakap macam itu. Itulah perbualan terakhir kami bersama," katanya.
Elfa Susanti ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Batu 14 Puchong, hari ini, selepas ibu dan dua adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad.
Menurutnya, tiga ahli keluarganya itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara dari Tanjung Karang.
Ads
"Mereka ke rumah emak angkat Nurkhalisah di Tanjung Karang. Saya sepatutnya ikut sekali tetapi sebab saya perlu siapkan (tempahan) kuih karipap, saya katakan emak pergi sajalah.
Emak Berat Hati Nak Pergi
"Emak ada memberitahu berat hati nak pergi. Tetapi saya kata tak apalah emak, seronok-seronok. Nurkhalisah dah lama nak bawa emak makan BBQ di rumah umi (keluarga angkat) di Tanjung Karang," katanya.
Ads
Menurutnya, sebelum ke Tanjung Karang kelmarin, ibunya memasak lauk kesukaan iaitu sambal taucu.
"Saya dapat pesanan suara malam tadi, emak tanya sama ada saya sudah membeli barang seperti tupperware, meja dan penyepit kuih kerana hari ini adalah hari pertama kami berniaga kuih," katanya.
Dia berkata, perbualan melalui pesanan suara itu diterima pada 8.30 malam tadi sebelum kira-kira tiga jam kemudian dia mendapat khabar kemalangan yang mengorbankan ibu serta dua adiknya.
Sementara itu, bekas suami Anni Kholilah, Ali Yusri Husin, 58, yang juga Imam II Masjid Jamek Batu 14 Puchong berkata, musibah yang mengorbankan bekas isteri dan dua anaknya itu adalah ujian Allah.
"Bersyukur kepada Allah dan terima kasih orang ramai yang hadir pengebumian anak serta ibunya. Jenazah sampai sini (masjid) dari Hospital Tanjung Karang, kebetulan masuk waktu Subuh. Jadi selepas solat Subuh, jenazah disolatkan pada 7 pagi, kemudian 9.30 pagi buat sekali lagi solat jenazah sebab ramai yang minta. Selesai solat jenazah kemudian selamat dikebumikan pada 10.30 pagi," katanya. Sumber : Harian Metro. Gambar " Fb I Love Tanjong Karang / Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…
Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya semakin dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.
Ini termasuk jugalah baru-baru ini, dia menaja sepuluh buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Bukan sahaja kepada orang ramai, bahkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai lebih RM200,00 kepada seorang pekerja yang sudah lama setia bekerja dengannya.
Hafiz memaklumkan, hadiah kereta itu diberikan kepada pekerjanya yang sudah tujuh tahun berkhidmat dengannya dan kini bertugas di bahagian pengurusan.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut memberikan bonus raya sebanyak sebulan gaji kepada semua staf dan belanja persiapan raya di pusat beli belah, pada hari yang sama.
Dalam pada itu, Hafiz meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepada dirinya selain menyatakan dirinya hanya menumpang rezeki yang dikurniakan kepada Aina sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini ramai yang bimbang dengan jenis vaksin yang diterima oleh mereka kerana ada jenis-jenis vaksin yang tidak diterima bagi beberapa buah negara luar. Mereka jadi takut sekiranya tidak boleh ke luar negara dek kerana jenis vaksin yang diterimanya tidak diiktiraf.
Terbaharu, rakyat Malaysia terkandas di tidak dibenarkan masuk ke Filipina gara-gara sijil vaksin dari Malaysia?
Mungkin hal ini merupakan mimpi ngeri buat para pelancong dan kaki travel dari Malaysia.
Menurut laporan The Star, salah seorang pelancong yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila memberitahu dimaklumkan oleh pihak Imigresen Filipina bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.
Gambar Hiasan Sijil Vaksinasi Lengkap
Bahkan, mereka yang tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad turut dirampas pasport dan dimaklumkan akan dihantar pulang pada Selasa ini.
“Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” katanya.
Difahamkan, penumpang yang berada dalam penerbangan dari KLIA tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom dibenarkan akses ke negara itu.
Bukan itu sahaja, pihak imigresen Filipina memberitahu mereka perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Foto Via The Star
Susulan kes tersebut, Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis lalu namun tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.
Dalam pada itu, Imigresen Filipina meminta Kedutaan Malaysia perlu menunggu sehingga pagi Isnin untuk berhubung dengan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan kelulusan.
Apa-apa pun sekiranya korang sudah mula merancang untuk pergi bercuti, pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh negara-negara luar okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...