Selain daripada jerawat, masalah blackhead juga sering membimbangkan kaum perempuan kerana mereka akan berasa tidak berkeyakinan diri.
Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan ia secara tidak langsung mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.
Jadi apakah rutin yang korang selalu buat untuk hilangkan masalah blackhead ini?
Jom kita lihat petua yang dikongsi oleh Raihana Bakhtiar ini cara-cara untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan cleansing oil.
Ads
Step 1
Sapukan Vaseline pada hidung atau ditempat yang korang rasa ada blackhead, lepas tu ambil (cling film) food wrap yang jernih letak di kawasan muka yang kita sapu Vaseline tadi. Ambil tuala kecil panas yang dicelup dengan air panas, kemudian perahkan sedikit tekap di atas cling flim tersebut selama 15 hingga 30 minit untuk cairkan Vaseline
Pastikan tangan korang kering, dah siap tekap dengan tuala panas kemudian ambil tisu/kapas lap dan buang Vaseline dari area muka korang. Kemudian, letak cleansing oil dan urut pada wajah. Urut sehingga jari rasa berpasir. Ambil air sedikit letak dikawasan yang diurut tadi, minyak tersebut akan menjadi warna putih seperti buih. Lap seluruh wajah
Ads
Step 3
Selepas dah lap, letak lagi cleansing oil dan urut semula wajah korang. Sama seperti tadi, urut sehingga minyak tersebut sampai jadi buih putih. Ulang step ini beberapa kali sehingga puas hati. Bila buat berulang kali baru mudah blackhead tu nak keluar
Lap semua bekas minyak tersebut guna kapas (lebih elok dari tisu). Cuci muka, scrub secara lembut dan bilas dengan air sejuk. Dah siap bilas muka, sambung pula letak cleansing lotion (kalau pakai), lepas tu letak toner atau skincare rutin korang semua. Paling penting, pakai toner dulu ya. Kalau rajin seminggu buatlah dalam dua kali seminggu
Mudah sahaja kan? Tak perlu lagi korang nak guna pelekat atau picit sendiri kerana ia menyakitkan dan membuatkan pori terbuka lagi besar. Kalau korang rajin ikut step yang diberikan ini, confirm kulit wajah korang rasa licin selepas treatment DIY ini.
Pemilihan R’Bonney memberi isyarat kepada era baharu pertandingan Miss Universe di mana peserta tidak lagi sekadar perlu memperagakan ‘catwalk’ menarik dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam. Peserta pada era ini juga perlu bijak dalam berkata-kata dan mempunyai misi tertentu untuk bergelar seorang ratu cantik.
Tidak hairanlah apabila sebahagian daripada 16 orang wakil terbaik yang dipilih bagi memenuhi slot Top 16 pada 14 Januari lalu tidak disangka-sangka oleh pemerhati ratu cantik. Rata-rata ramalan mereka meleset dan negera-negara yang popular dengan gelaran ‘powerhouse’ seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Mexico gagal menembusi senarai Top 16.
(Dari kiri) Wakil dari Mexico, Irma Miranda; Anna Sueangam-iam (Thailand) dan Celeste Cortesi (Filipina).
Ini kerana 50 peratus daripada pemarkahan penuh mereka pada pusingan awal (preliminary) diambil daripada sesi temuduga tertutup bersama barisan juri. Sedangkan pusingan pakaian mandi hanya mengambil kira 25 peratus dan selebihnya terletak pada prestasi mereka sewaktu pusingan gaun malam.
Menariknya pada edisi ke-71 ini, organisasi Miss Universe menerusi pemilik baharunya iaitu Anne Jakapong Jakrajutatip ataupun Anne JKN (nama syarikatnya) mengambil inisiatif segar untuk mendedahkan sebahagian daripada sesi temuduga bersama wakil yang bertanding. Ini secara tidak langsung memberi penjelasan mengenai pemilihan beberapa negara yang mencipta kejutan seperti Laos, Kanada dan Australia.
Dalam video temuduga bersama wakil Kanada, Amelia Tu yang dimuat naik pada 25 Januari 2023, gadis berdarah kacukan Cina-Kanada itu seakan menutup mulut-mulut pengkritik apabila sesinya berjalan dengan amat lancar.
Antara topik yang disentuh oleh Amelia yang juga merupakan seorang graduan University of California, Berkeley adalah mengenai koleksi set penjagaan kulit organik dan pakaian ‘sustainable’ yang diusahakannya, sama ada dia pernah berdepan kritikan kerana menyertai pertandingan Miss Universe dan apakah suatu elemen daripada budayanya yang disemat dekat di hatinya.
“Saya datang daripada latar belakang keluarga Cina dan saya amat berbangga bergelar gadis Cina-Kanada. Di Kanada, masyarakatnya amat terbuka dan menerima kehadiran imigran dari seluruh dunia.
“Saya berpendapat, kepelbagaian budaya yang kami terapkan di sini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Sejak saya dilahirkan di Montreal, saya telah diterima sebagai sebahagian daripada komuniti Kanada. Dan saya belum pernah lagi berdepan isu perkauman dan sebagainya di sana,” ulasnya.
Melihat ke arah cara Amelia menjawab setiap soalan yang diajukan dengan lancar dan yakin, tidak hairanlah dia terpilih ke peringkat Top 16!
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji betapa jelasnya misi Amelia sejak menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
“Saya langsung tidak yakin mengapa dia terpilih semasa acara berlangsung. Tapi disebabkan video ini, saya sekarang boleh menilai sebab utamanya. Dia berjaya membuatkan barisan juri tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikannya.” – Onya Mark
“Amelia mempunyai keperibadian yang asli dan tidak dibuat-buat.” – Glazn Flip
“Dia mempunyai fakta, data dan berkomunikasi dengan jelas. Dia bukan sekadar membaca skrip.” – 7.5M Views
“UC Berkeley ialah salah satu universiti terkemuka di dunia. Amelia mewakili Kanada dengan bangga, bijak, pandai bertutur, ikhlas dan merendah diri. Miss Universe telah menetapkan standard yang lebih tinggi.” Sarah Chung with an accent
Kini, platform YouTube Miss Universe sedang perlahan-lahan memuat naik video-video temuduga wakil negara lain. Tak sabar nak lihat jika video Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam akan dikongsikan ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis berusia 19 tahun, Arijana Podgajski telah dinobatkan sebagai Miss Universe Croatia yang terbaharu dalam satu majlis gemilang yang diadakan di Hotel Esplanade, Zagreb. Bukan calang-calang orangnya, Arinija merupakan pelajar dalam jurusan Ekonomi daripada Fakulti Ekonomi & Bisnes, Universiti Zagreb.
Ini membuktikan bahawa, pertandingan ratu cantik bukanlah untuk mereka yang pada zahirnya cantik sahaja. Sebaliknya, mereka perlu memiliki kriteria yang menggabungkan kecantikan yang dimiliki dengan minda yang cerdas.
Dalam pertandingan itu, Arijana berjaya mengalahkan 13 finalis lain untuk bergelar juara. Dia yang boleh berbahasa Inggeris, suka berlatih di rumah, berlatih yoga, menikmati keindahan alam semula jadi dan membaca buku yang bagus.
Selain itu gadis cantik ini bangga dengan dirinya kerana sentiasa berusaha mencari sesuatu yang baik dan mendidik dalam semua situasi yang buruk.
Sebagai Miss Universe Croatia yang baharu, dia mahu memperkasakan isu kesihatan mental, hak wanita dan memperjuangkan nasib haiwan terbiar. Bersama ibunya, dia sering mengunjungi pusat perlindungan haiwan untuk membawa haiwan terbiar bersiar-siar
Pada malam itu juga, selain Arijana yang menyandang gelaran juara, naib juara jatuh kepada ialah Klaudija Krezić dari Sesvete, manakala Veronika Đerek dari Ivanić Grad muncul sebagai pemenang tempat ketiga. Antonela Zvonković pula dinamakan Miss Congeniality.
Negara Croatia belum pernah memenangi mahkota Miss Universe, namun wakilnya sudah beberapa kali berjaya maju ke peringkat semi-final. Kali terakhir wakil negara ini berjaya bergelar semifinalis adalah menerusi perwakilan Mia Rkman yang berjaya berada dalam kelompok 20 terbaik ketika edisi Miss Universe 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelmarin tadi telah berlangsungnya malam finale Miss Intercontinental 2022, pertandingan ratu cantik yang menyambut ulangtahun ke-50 tahun ini itu menyaksikan wakil Vietnam, Le Nguyen Bao Ngoc sebagai juara.
Gadis tinggi lampai berusia 21 tahun ini berjaya mengalahkan 70 peserta lain untuk merebut mahkota berprestij yang diidam ramai. Tempat kedua jatuh kepada, wakil Puerto Rico, Mariel Papin manakala wakil Brazil, Maria Cecilia de Sousa pula berada di kedudukan ketiga.
Pada hari pertandingan Bao Ngoc tampil memukau dalam persembahan kostum nasional, dengan gaya yang sangat elegan dan peragaan yang menawan semua mata terpana kepadanya. Selain itu dia turut tampil bagaikan ratu dalam persalinan gaun petang rona emas.
Apabila diumumkan sebagai salah seorang peserta mengisi tempat top 6, dia perlu melalui sesi soal jawab tersebih dahulu. Jawapan yang diterima berbunyi, “Dari kegagalan yang manakah dalam hidup anda yang paling memberi iktibar?”
Dia pantas menjawab, “”Hakikat bahawa anda tidak mencuba yang terbaik akan membawa kepada kegagalan. Itulah sebabnya saya telah belajar pengajaran bahawa tidak kira apa yang saya lakukan, saya mesti mencuba 100%, dan menumpukan segala-galanya untuk itu.”
Bao Ngoc merupakan pemenang tempat kedua Miss World 2022 dan dilantik sebagai Miss Intercontinental Vietnam 2022.
Mengambil peluang untuk menekankan mengapa dia berada di Mesir melalui pertandingan Miss Intercontinental 2022, dia menambah, “Cabaran yang paling saya ingin tawan adalah gelaran Miss Intercontinental. Saya bersedia dan Vietnam bersedia untuk gelaran Miss Intercontinental.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Bao Ngoc sebelum ini merupakan peserta Miss World Vietnam 2022 yang menyaksikan dia mendapat gelaran naib juara.
Menerusi kejayaannya itu dia dilantik secara rasmi untuk mewakili Vietnam di pertandingan Miss Intercontinental 2022, manakala juara pertandingan, Mai Phuong akan mewakili Vietnam di pentas Miss World 2022 yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini.
Wakil Malaysia Jeevasheny Anang tidak berjaya mara ke jajaran top 20 seperti yang diharapkan, walau bagaimanapun pujian harus diberikan kerana dia sudah mewakili negara dengan baik. Pada edisi 2021, wakil Malaysia, Poorani Rajoo telah berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!