Kejadian salah umum pemenang bukanlah satu perkara baru dalam dunia ratu cantik. Salah satu momen paling memalukan adalah ketika Steve Harvey tersalah mengumumkan pemenang Miss Universe 2015.
Mahkota yang sepatutnya jadi milik wakil Filipina, Pia Wurtzbach diberikan kepada wakil Colombia, Ariadna Guttierez lantas mencetuskan suasana kekok saat wakil Colombia itu terpaksa memulangkan semula mahkota tersebut secara langsung di atas pentas.
Mayra Valencia.
Kini peristiwa itu berulang kembali di pertandingan Mexicana Universal 2022. Pertandingan ratu cantik yang diadakan di negara Mexico itu merupakan sebuah pertandingan untuk memahkotakan empat pemenang sekaligus iaitu Miss Universe Mexico, Miss International Mexico, Reina Hispanoamericana Mexico dan Reina Latinoamerica Mexico.
Pertandingan yang menyaksikan 32 wanita bertanding merebut empat mahkota utama itu bermula dengan pengumuman mereka yang berjaya menjadi semi-finalis top 15 daan kemudiannya dikecilkan kepada top 5. Lima finalis akhir tersebut adalah Diana Robles, Veronica Gamboa, Itzia Garcia, Mayra Valencia dan Irma Miranda.
Mayra memulangkan kembali mahkota kepada Itzia di atas pentas.
Kejadian memalukan itu terjadi saat pengumuman nama untuk pemenang Miss International Mexico, sebelum itu pengacara telah terlebih dahulu memahkotakan dua pemenang iaitu Reina Hispanoamericana Mexico dan Reina Latinoamerica Mexico. Takhta ini masing masing jatuh kepada Diana Robles dan Veronica Gamboa.
Ads
Apabila tinggal tiga lagi peserta, pengacara telah mengumumkan yang Mayra Valencia sebagai Miss International Mexico 2022, dia yang telah dimahkotakan berdiri disamping pemenang yang lain menunggu untuk menantikan siapa pula bakal bergelar Miss Universe Mexico.
Namun tiba-tiba pengacara membuat pengumuman mengejutkan semua orang dengan menyatakan bahawa Itzia Garcia merupakan pemenang Miss International Mexico yang sebenar. Dalam keadaan bingung, Mayra melangkah ke hadapan dan memulangkan mahkota tersebut kepada Itzia.
Ketika insiden melakukan itu berlaku, kedengaran penonton yang menjerit tidak berpuas hati dengan pengacara.
Ads
Mayra kemudiannya berdiri bersama Irma Miranda dalam penentuan siapakah yang bakal bergelar Miss Universe Mexico dan siapa yang menduduki tempat kelima dengan gelaran first runner-up. Ternyata gelaran utama itu jatuh kepada Irma Miranda yang sememangnya menjadi pilihan ramai dek kepetahan dan juga kebijakannya. Mayra pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan sebenarnya di tempat kelima.
Miss Universe Mexico 2022, Irma Miranda bersama Miss Universe 2020, Andrea Meza yang juga merupakan Miss Universe Mexico 2020.
Kejadian ini mendapat perhatian peminat dunia pageant dan menyifatkan kesalahan tersebut tidak patut berlaku. Kekacauan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada prestij pertandingan malahan memalukan Mayra yang terpaksa memulangkan semula mahkota yang sudah berada di kepalanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden kebakaran besar-besaran yang melanda bangunan geraja Notre Dame di Paris awal pagi ini telah mencetuskan kejutan hebat kepada penduduk dunia.
Bukan saja kerana ia adalah antara gereja paling simbolik di Eropah, Notre Dame juga merupakan antara bangunan bersejarah yang selalu menerima kunjungan pelancong di Paris. Selain Menara Eiffle dan muzium Louvre, ia adalah antara destinasi paling popular di sana.
Buat masa ini, sudah ada permintaan termasuk oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron agar bangunan Notre Dame dibaik pulih atau dibina semula bergantung kepada kesan kerosakan. Namun selepas 15 jam terbakar besar kemungkinan ia perlu dibina semula dari awal, terutamanya bahagian kubahnya.
Jom kita lihat 5 bangunan bersejarah ini yang pernah terbakar tetapi dibaik pulih.
Windsor Castle
Ya, istana keluarga diraja Britain ini pernah terbakar. Specifically, bahagian kediaman rasmi Ratu Elizabeth pada 20 November 1992.
Api mula merebak dari tingkat satu Private Chaple dan pada awal kebakaran, Putera Andrew merupakan salah seorang daripada pasukan yang cuba menyelamatkan barangan berharga istana.
Proses baik pulih memakan kos 36.5 juta Pound dan ia kembali dibuka pada tahun 1997.
York Minster
Ia merupakan satu lagi gereja yang diancam kebakaran dalam sejarah Eropah. Pada 9 Julai 1984, petir semasa hujan lebat dipercayai menjadi punca bumbung bangunan ini terbakar.
2.25 juta Pound kerosakan dilaporkan oleh pihak media dan kerja baik pulih diselasaikan pada tahun 1988.
Coventry Cathedral
Sedihnya! Seramai 1000 orang ramai terbunuh dalam peristiwa kebakaran pada 14 November 1940. Gereja yang terletak di Warwickshire ini telah dibaik pulih sebagai tapak bersejarah, manakala sebuah gereja baru dibina bersebelahan dengannya.
Glasgow School Of Art
Ini merupakan antara insiden kebakaran paling terbaru yang dicatatkan. Sayap Barat bangunan popular Mackintosh di kampus University of Glasgow, Scotland terkena impak kebakaran pada 23 Mei 2014.
Sebahagian besar bangunan yang diperbuat daripada kayu itu berjaya diselamatkan sehinggalah satu lagi kebakaran teruk menimpa bangunan itu pada 15 Jun 2018. Aduh!
Ia kembali menjalani projek restorasi terbaru.
*****
Menariknya, kebanyakan daripada bangunan tersebut telah berjaya dibaik pulih. Masih ada harapan bagi Notre Dame untuk kembali dipulihkan seperti sekian lama.
Sumber foto: Country Press
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.
Terkini, Sugu dikatakan telah berkongsi kegembiraan yang diperoleh selepas hampir enam bulan berkecimpungan sebagai Youtuber.
Hadiah tersebut diberikan berikutan kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 pelanggan (subcribers).
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga. Inilah dikatakan rezeki memang tak pernah salah alamat!
Menariknya, bagi meraikan ‘kemenangan’ itu, pasangan muda yang masing-masing berusia 28 dan 29 tahun itu turut membeli sebiji kek sebagai tanda perhargaan serta hidangan KFC yang diagihkan kepada jiran terdekat.
Menerusi video terbaru berdurasi 11 minit 31 saat itu, pasangan muda itu berkongsi keterujaan berkenaan dengan membuka bungkusan hadiah ‘Silver Play Button’ secara terbuka sambil disaksikan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.
Rata-rata netizen memuji tindakan pasangan ini.
Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Min pun terasa nak buat akaun youtube la, mana tahu boleh berjaya macam Sugu Pavitra…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roket merujuk kepada pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket.
Baru-baru ini, satu berita tak baik dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan apabila satu roket dari negara China bakal jatuh dan menghentam bumi minggu ini.
Roket Long March 5B yang dilancarkan oleh negara China pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi. Namun, kepulangannya bakal menjadi mimpi ngeri setelah portal The Guradian memaklumkan bahawa roket ini mengalami masalah dan hilang kawalan apabila ia pulang memasuki ruang orbit rendah Bumi.
Seorang ahli astronomi memberitahu roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.
Mereka melahirkan kebimbangan bahawa serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit.
Roket itu kini bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat dan berdasarkan pengalaman lalu ia menjadi petanda yang tidak baik.
“Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.
“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.
Roket terbabit dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China. Paling mengejutkan, laporan agensi turut menyatakan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul untuk membina stesen angkasa lepas Tiangong yang disasarkan siap tahun depan.
Hmm…jangan jatuh atas bumbung penulis dah la. Penulis nak raya ni…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dan Marissa Dania Hakim kini sah bukan lagi suami isteri selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala...