Pertandingan ratu cantik diadakan bagi memberi peluang kepada para pesertanya menonjolkan prestasi diri dan dalam masa yang sama meletakkan misi mereka ke hadapan. Sama juga dengan organisasi itu sendiri, setiap satu memiliki mesej dan pemerkasaan yang ingin di ketengahkan.

Terbaharu, buat julung kalinya Miss Environment International telah diadakan. Pertandingan ratu cantik yang beribu pejabat di Mumbai ini bermatlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan perlindungan sumber asli.

Gadis Belgium Juara Sulung Miss Environment International, Wakil Filipina Berpuas Hati Di Kedudukan Kedua
Kayra saat dimahkotakan sebagai Miss Environment International 2022. Kredit foto: Facebook Miss Environment International

Selain itu, platform ini juga digunakan untuk mempamerkan dan mempamerkan budaya, bakat peserta dan mempromosikan kesedaran sosial dengan betul dan positif sebagai pahlawan pemuliharaan alam sekitar.

Edisi pertama ini telah disertai sebanyak 18 buah negara dan wakil Belgium menjadi juara pertama. Kayra Wouters, 21, yang merupakan seorang kerani pengurusan telah membuktikan yang usahanya tidak sia-sia. Dia yang berketinggian 165 cm ini menulis di Instagramnya sebaik kemenangan diumumkan, “Tuhan telah memberi saya peluang, saya terimanya dengan kedua-dua tangan penuh terbuka.”

IKLAN

BACA LAGI: Diberi Peluang Kedua, Maria Fernanda Dimahkotakan Semula Sebagai Miss Universe Colombia 2022

Gadis Belgium Juara Sulung Miss Environment International, Wakil Filipina Berpuas Hati Di Kedudukan Kedua
Top 5 Miss Environment 2022. Kredit foto: Instagram Kayra Wouters
Gadis Belgium Juara Sulung Miss Environment International, Wakil Filipina Berpuas Hati Di Kedudukan Kedua
Kayra bersama Miss Environment India. Kredit foto: Instagram Kayra Wouters

Dalam temubualnya bersama organsasi pertandingan itu, gadis cantik ini menyatakan bahawa dia seorang yang sukakan cabaran serta suka aktiviti luar. “Tidak ada cara yang lebih baik untuk menggembirakan saya daripada membiarkan saya bermain di luar. Jika saya perlu menggambarkan diri, saya merupakan seorang manusia yang sayang akan haiwan dan ingin melihat dunia dengan luas.

IKLAN

“Itulah sebabnya saya membesar menjadi seorang wanita yang kuat yang mengambil berat tentang alam sekitar dan kepayahan dalam hidup. Sebagai wakil Belgium, saya merasakan ini adalah seperti tanggungjawab yang besar. Saya berharap untuk menjadi orang yang menjadikan dunia sedikit lebih indah, hari demi hari, dengan mencuba yang terbaik,” ujarnya panjang.

Gadis Belgium Juara Sulung Miss Environment International, Wakil Filipina Berpuas Hati Di Kedudukan Kedua
Kredit foto: Instagram Michelle Arceo

Wakil Filipina, Michelle Arceo dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan memegang gelaran Miss Ecosystem manakala Amelia Michael Sky yang mewakili South Sudan berada ditempat ketiga dan diberikan gelaran Miss Biodiversity. Wakil Zimbabwe dan Peru masing-masing melangkapi dikedudukan kelima dan keempat.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI