Semenjak memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2020 pada hari Sabtu lalu, nama Francisca Luhong James semakin disebut-sebut sebagai salah seorang pesaing sengit untuk bertanding di Miss Universe 2020, kelak.
Hanya sempat menarik nafas sebentar pada hujung minggu, Francisca dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) tidak menoleh ke belakang dan terus membawa ratu cantik itu untuk diperkenalkan kepada orang ramai menerusi sesi Minggu Bersama Media.
REMAJA yang dijemput sebagai salah satu rakan media sempat untuk menemui Francisca (dan Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon! But more on that later) dan sememangnya, anak kelahiran Sarawak itu tinggi orangnya.
Berdiri pada ketinggian 175 sentimeter, Francisca manis dipandang dalam persalinan sut daripada Michael Kors dan tiara serta aksesori daripada Habib Jewels. Tiara yang cantik terletak di atas kepalanya itu khabarnya memerlukan pengawal dan wakil daripada Habib Group sendiri atas faktor keselamatan.
“Tiara ini saja bernilai kira-kira RM2.38 juta. Dengan baju dan barang kemas daripada Habib Jewels ini, persalinan saya secara keseluruhan ini mungkin bernilai RM3 juta,” kongsinya.
Wow! Jangan main-main ya.
Menariknya, dalam tempoh sehari, Francisca tidak sekadar menyarungkan satu atau dua persalinan saja. Ratu berusia 25 tahun itu sempat untuk menukar sehingga LAPAN persalinan bagi setiap temuramah yang dilakukan olehnya bersama rakan media!
Jom lihat transformasi stail Fran dalam tempoh 8 jam semalam.
Ads
01
Dress: Khoon Hooi
02
Dress: Khoon Hooi
03
Sut: Michael Kors
04
Top: Michael Kors
05
Dress: Khoon Hooi
06
Dress: Michael Kors
Ads
07
Dress: Vogue Lease
08
Dress: Vogue Lease
*
Haa, mana satu jadi kegemaran korang? Personally, penulis menggemari sut Michael Kors yang Francisca sarungkan semasa temuramah kami bersamanya. Call us biased but we like that look best! Hehe..
Pujian turut harus diberikan kepada skuad glam yang mempersiapkan Francisca, terdiri daripada Makeup Miracle, Shawn Cutler dan pasukan MUMO sendiri.
Selalu je kita dengar member-member kita terlepas flight kan? Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Dah tenang? Ok…
Ini merupakan inisiatif yang patut diberi pujian kepada pihak lapangan terbang Changi,Singapura.
Tidak banyak lapangan terbang di seluruh dunia yang benar-benar menawarkan suatu pengalaman menyeronokkan kepada penumpangnya — tetapi perkara itu berbeza di Lapangan Terbang Changi di Singapura.
Sering kali dipanggil salah satu lapangan terbang terbaik di dunia, Changi yang terkenal dengan tarikan air terjun tertingginya iaitu “Jewel Rain Vortex”, sebenarnya turut mempunyai satu lagi kemudahan unik yang dapat membawa anda ke pintu pelepasan dengan sangat cepat dan menyeronokkan.
Kemudahan yang dimaksudkan adalah permainan gelongsor berwarna merah yang boleh anda gunakan selepas mengimbas pas berlepas untuk terus ke pintu pelepasan di Terminal 4.
Menurut Daily Mail, seorang penumpang bernama Yusuf El Askary telah mencuba sendiri pengalaman menggunakan gelongsor berkenaan dan beliau memuat naik video tersebut di Youtube.
Selain gelongsor merah di Terminal 4 itu, Lapangan Terbang Changi juga sebenarnya mempunyai sebuah lagi gelongsor yang lebih panjang iaitu di Terminal 3, yang sering dipanggil “gelongsor paling tinggi di dunia dalam lapangan terbang”!
Gelongsor itu berketinggian 12 meter dan boleh membawa individu yang menaikinya dari Tingkat 1 hingga Basement 3.
Bagaimanapun, gelongsor yang di Terminal 4 tidak dapat dipastikan berapa ketinggiannya.
Macam best je kan video orang tu guna gelongsor merah ni?
Lagi-lagi bila kita tergesa-gesa dah lambat nak ke pintu pelepasan, tinggal meluncur je guna gelongsor tu tak payah susah-susah nak guna eskalator ataupun tangga.
Sumber : Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doa adalah senjata orang mukmin. Kita diunjurkan berdoa tanpa rasa jemu dan jangan sesekali berasa lelah jika doa yang kita pohon kepada Sang Pencipta belum dimakbulkan lagi. Bukan kerana Allah tak pandang, bukan kerana Allah tak sayang tapi kita harus percaya ada “rezeki”yang kita jarang nampak dengan mata hati.
Lalu bagaimana sebenarnya untuk DOA CEPAT MAKBUL?
Sebenarnya selama ini kita terlepas pandang bahawa sebenarnya adalah “ayat pembuka” doa cepat makbul iaitu ijazah doa pembuka ijabah Allah.
Untuk pengetahuan korang, sejumlah doa memiliki keistimewaan tersendiri. Salah satunya adalah doa yang dapat menjadi pembuka atas pengabulan doa-doa lain yang diharapkan oleh seorang hamba-Nya. Berikut ini adalah doa salah seorang sahabat yang diakui sebagai doa pembuka yang baik oleh Rasulullah SAW.
Dari Buraidah Radiyallahu’anhu ia berkata: Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mendengar seseorang berdoa: “Allahumma inni as’aluka bi anni asyhadu annaka anta Allahu la ilaha illa anta al ahad al shamad al ladzi lam yalid walam yulad walam yakun lahu kufuwan ahad.
Ertinya:
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan bersaksi bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada Tuhan sama sekali kecuali Engkau, yang Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak melahirkan dan yang tidak pula dilahirkan, serta yang tidak ada seorang pun yang setara dengan-Mu).”
Lalu Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sungguh ia telah memohon kepada Allah dengan menggunakan nama-Nya yang jika Dia diminta dengan nama tersebut, Dia pasti memberi, dan yang jika Dia diseru dengan nama tersebut, Dia pasti mengabulkan.” (Diriwayatkan oleh imam empat, Hadits ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban).
Amalkan adab² menerima ijazah dengan lafaz akad/tulisan akad beserta hadiah surah Fatihah kepada seluruh pembawa Sanad hingga Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana tanpa mereka, amalan ini tidak sampai kepada kita pada saat ini.
Dengan ini, saya ijazahkan kepada sesiapa saja yang terbaca posting ini. Komen "Qabiltu" atau "SAYA TERIMA" sebagai pengesahan ijazah. Alhamdulillah
Penjelasan oleh Ustazah Norhafizah Musa ——> https://youtu.be/-Yr5FfghN8s
Sumber : Majlis Ilmu/ Ustazah Norhafizah Musa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di mana ada kemahuan, pastinya ada jalan untuk korang.
Tanpa sebarang latar belakang dalam bidang perakaunan, remaja Malaysia berusia 18 tahun, Hakeem Mohammad Akmal telah mencatatkan skor sempurna 100% untuk kertas FA1 Recording Financial Transaction selepas mengambilnya bagi sesi Julai-Disember 2019.
Secara tak langsung, Haqeem mencipta sejarah dunia apabila menjadi pelajar pertama yang berbuat sedemikian dan berada di tempat pertama subjek berkenaan.
Selepas cemerlang dengan keputusan cemerlang 9A ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, Haqeem mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT) di Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di sekolah menengah. Namun saya putuskan untuk tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
"Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Rakan dan tenaga pengajar juga tidak kisah membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya," katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Ingin Teruskan di UiTM
Menerusi kejayaan ini, Haqeem menerima anugerah kurniaan badan profesional perakauanan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari United Kingdom.
Buat masa ini, Haqeem sedang merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM menerusi ACCA kerana jurusan itu membuka peluang pekerjaan luas walaupun agak mencabar.
"Saya perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk masa hadapan.
"Saya masih keluar menonton wayang dan bersukan juga, tetapi saya selalu letakkan had agar tidak leka. Kena pandai control.
"Selain itu, saya juga kelilingi dengan orang yang positif dan rajin, itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. InsyaAllah."
UiTM turut memuat naik ucapan tahniah kepada Haqeem sebelum berita ini tersebar.