TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada mereka sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula. Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun lalu, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Semuanya gara-gara PKP 1.0 yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan. Lazimnya, TikTok dikenali sebagai platform untuk berhibur kerana ia membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync lebih kurang dalam 1 minit.
Namun begitu, kini aplikasi tersebut bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi ia juga digunakan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Amalina Che Bakri, beliau baru sahaja mewujudkan akaun TikTok dan apa yang menariknya, Dr. Amalina berkongsi informasi tentang dunia perubatan.
Beliau turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa dia sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada TikTok tetapi dia turut terfikir ia juga bagus untuk dijadikan platform bagi menjelaskan salah faham orang ramai mengenai ilmu perubatan.
I tried to stay away from TikTok but I think it’s a great platform for public health education especially to counter disinformation. So, here I am. pic.twitter.com/JLiFdXZMOz
Pengisian content yang dibuat di TikTok dramalinabakri mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menyambut baik kehadiran Dr Amalina dalam aplikasi tersebut.
Pelakon meningkat naik, Sharmaine Alexander tidak ambil hati sekiranya ada yang menganggap dirinya ‘membazirkan’ usia 20-an kerana memilih untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran.
Bagi bekas peserta Dewi Remaja 2025 itu, setiap individu mempunyai perjalanan hidup serta keutamaan yang berbeza, terutama dalam menentukan perkara yang ingin dicapai ketika masih muda.
“Lebih Baik Berusia 30 Tahun Dengan PhD”
Menerusi perkongsian di Threads, anak jati negeri di bawah bayu itu menjelaskan bahawa keputusan untuk menyambung pengajian bukan sesuatu yang perlu dipersoalkan kerana setiap orang mempunyai garis masa tersendiri dalam kehidupan.
“Apabila seseorang mengatakan saya membazir usia 20-an dengan belajar, kita semua akan berusia 30 tahun suatu hari nanti.
“Jadi, lebih baik menjadi seseorang yang berusia 30 tahun dengan memiliki ijazah doktor falsafah,” kongsinya menerusi Threads.
Perjalanan Akademik Bermula Sejak 2018
Dalam hantaran sama, Sharmaine turut berkongsi perjalanan akademiknya yang sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.
Beliau terlebih dahulu mengikuti pengajian Asasi Undang-Undang pada 2018 sebelum meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Kini, pelakon tersebut sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Undang-Undang.
Netizen Jadikan Sharmaine Inspirasi
Pencapaian Sharmaine pada usia yang masih muda itu turut mendapat perhatian netizen.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum melihat kesungguhannya dalam bidang akademik, selain memuji pencapaiannya yang dianggap membanggakan.
Tidak kurang juga yang menjadikan perjalanan Sharmaine sebagai inspirasi untuk terus mengejar impian dan menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.
Bagi Sharmaine, perjalanan setiap individu tidak semestinya perlu mengikut acuan yang sama.
Apa yang penting adalah terus mengejar perkara yang dirasakan bermakna dan sesuai dengan matlamat hidup masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MyKad generasi baharu kini mula dikeluarkan di seluruh negara dan orang ramai sudah boleh membuat permohonan penggantian kad pengenalan masing-masing di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Namun, sebelum korang terus buat janji temu dan bergegas ke JPN untuk mendapatkan versi terbaharu ini, ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui.
Daripada tempoh pengeluaran kad sehinggalah status Touch ‘n Go dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ini lima perkara utama mengenai MyKad Generasi Baharu.
Tak Wajib Tukar MyKad Lama
Walaupun MyKad generasi baharu sudah mula dikeluarkan, orang ramai sebenarnya tidak perlu hadir ke JPN semata-mata untuk menukar MyKad sedia ada.
Sekiranya perlu membuat penggantian, permohonan boleh dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan JPN dan bayaran pula bergantung kepada kategori permohonan serta kadar semasa.
Untuk urusan lebih lancar, pemohon juga digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu menerusi sistem MyJanjiTemu JPN sebelum hadir ke kaunter.
MyKad Generasi Baharu Boleh Siap Pada Hari Sama
Tak semestinya kena tunggu berhari-hari! Menurut maklumat soalan lazim JPN, permohonan yang dibuat di 40 cawangan terpilih dengan kemudahan Pusat Cetakan membolehkan pemohon menerima MyKad pada hari yang sama.
Kemudahan tersebut melibatkan beberapa cawangan JPN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
Bagi permohonan di cawangan yang tidak mempunyai kemudahan cetakan pula, kad baharu dijangka siap dalam tempoh lima hari bekerja.
Fungsi Touch ‘n Go Tak Lagi Ada
Ini antara perubahan yang pengguna MyKad lama perlu ambil perhatian. MyKad baharu tidak lagi dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go.
Jadi, selepas bertukar kepada kad baharu, korang perlu menggunakan kad Touch ‘n Go berasingan atau aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk perkhidmatan berkaitan. Kalau selama ini IC korang juga berfungsi sebagai kad Touch ‘n Go, jangan pelik kalau fungsi tersebut dah tak ada pada versi baharu nanti.
Tukar MyKad Tak Jejaskan SARA
Bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), pertukaran kepada MyKad generasi baharu tidak menyebabkan baki atau kelayakan bantuan sedia ada hilang.
Rekod penerima masih boleh disemak menerusi sistem SARA serta saluran rasmi MyKasih.
Malah, kad pengenalan baharu ini masih boleh digunakan bagi bantuan atau subsidi kerajaan yang menggunakan kad pengenalan sebagai medium pengesahan atau penebusan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh agensi berkaitan.
So, tak perlu risau bantuan tiba-tiba ‘reset’ hanya sebab korang tukar IC.
Nombor IC & Maklumat Peribadi Kekal Sama
Walaupun rupa dan teknologi MyKad berubah, identiti korang tentulah masih sama.
Pengeluaran MyKad ini tidak mengubah nombor kad pengenalan atau maklumat peribadi yang sudah direkodkan sebelum ini.
Kad berkenaan juga kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh digunakan bagi urusan kerajaan seperti biasa.
Bagi urusan perbankan atau perkhidmatan lain yang menggunakan MyKad, proses penyesuaian sistem akan dilaksanakan secara berperingkat bersama pihak berkaitan.
Dengan pengenalan MyKad ini, memang ramai yang mungkin excited nak mendapatkan versi terkini secepat mungkin.
Bagaimanapun, sekiranya MyKad korang masih boleh digunakan dan tiada keperluan untuk membuat penggantian, tak perlu rush ke JPN hanya kerana versi baharu sudah tersedia.
Jika memang ada urusan penggantian, semak terlebih dahulu cawangan yang menyediakan Pusat Cetakan dan buat janji temu supaya proses di kaunter lebih mudah dan cepat.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa pun pasti tidak akan menyukai baju yang berkedut. Baju yang ronyok dan berkedut akan merosakkan imej siapa sahaja untuk tampil lebih anggun, segak dan yakin dikhalayak ramai. Lagi-lagi ketika travel, memang rasa tak ada mood nak OOTD kalau baju kedut.
Namun, kadangkala kamu mesti mengalami waktu-waktu tertentu tatkala ingin mendapatkan seterika tetapi tidak ada. Khususnya apabila pergi bercuti sebagai backpackers, dan hotel juga tidak menyediakannya.
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita pening kepala. Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
9. Philip Handheld Steamer 3000 Series
Paling mudah apa kata korang cari Philip Handheld Steamer 3000 Series ini. Seterika wap travel yang kecil ini cukup mudah untuk korang bawa ke mana-mana. Sekejap sahaja baju korang dah licin. Jika membawa seterika wap ini ketika travel atau dirumah. Memang sangat best!
Bukan hanya seterika ini compact, boleh dilipat, mudah digunakan dan disimpan. Malah, ia sedia digunakan hanya dalam masa 30 saat sahaja. Tidak perlu menunggu, tidak perlu bersusah payah. Seterika wap ini juga selamat pada semua fabrik yang boleh diseterika dan dijamin tidak melecur!
Paling menarik, ia juga mampu membunuh 99.9% bakteria. Korang juga boleh mengunakannya pada langsir dan cadar. Tiada masalah pun papan seterika tak ada. Jimat masa dan kerumitan!
Jadi tak ada masalah nak pergi travel gaya backpackers kan dengan seterika ini kan. Korang boleh dapatkan seterika ini disini
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!