Kejayaan besar filem Everything Everywhere All At Once di Anugerah Akademi ataupun Oscars ke-95 pada pagi ini telah diraikan dengan penuh bersemangat di Dolby Theatre, Los Angeles dan juga di seluruh Malaysia.
Selain kejayaan bersejarah oleh pelakon kelahiran Ipoh Perak, Tan Sri Michelle Yeoh menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik sekaligus menjadi wanita Malaysia pertama dan wanita tidak berkulit putih (woman of colour) kedua yang memenanginya selepas Halle Berry.
Tan Sri Michelle Yeoh.Halle Berry.Tiga pelakon wanita yang kini bergelar pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscars; (dari kiri) Tan Sri Michelle Yeoh, Halle Berry dan Jessica Chastain.
Filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert turut membawa pulang enam lagi trofi Oscars lain.
Ini termasuklah bagi kategori Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Penulisan Skrip Asal terbaik.
Menerusi ucapan kemenangan Michelle beliau mendedikasikan trofi berprestij tersebut kepada ibunya, Janet Yeoh dan kesemua para ibu di seluruh dunia kerana merekalah adiwira sebenar dalam kehidupan seharian.
“Tanpa ibu, kita semua tidak akan berada di sini. Beliau berusia 84 tahun dan saya akan membawa pulang trofi ini kepada beliau. Beliau sedang menonton dari Malaysia, di KL bersama keluarga saya dana kawan-kawan saya.
Ads
“Saya sayang anda semua, saya akan bawa ini pulang kepada anda.”
“(Kemenangan ini) juga milik keluarga kedua saya di Hong Kong di mana saya memulakan kerjaya saya. Terima kasih kerana membenarkan saya berdiri di bahu anda, membantu saya mengangkat kaki saya (semasa melakonkan babak aksi dalam filem kung fu).
“Juga kepada anak-anak angkat saya, kepada kakak, abang dan adik saya, kepada keluarga saya. Oh Tuhan, terima kasih! Terima kasih kepada Akademi, sejarah telah dicatatkan pada malam ini!” ujarnya sambil menerima tepukan gemuruh penonton di Dolby Theatre.
Michelle Yeoh accepts her #Oscar for Best Actress: “For all the little boys and girls who look like me watching tonight, this is a beacon of hope and possibilities. This is proof that dreams do come true.” https://t.co/ndiKiHfmIDpic.twitter.com/pQN8nHDhCx
Keempat-empat pemenang kategori lakonan di Oscars 95; (dari kiri) Ke Huy Quan, Tan Sri Michelle Yeoh, Branden Fraser dan Jamie-Lee Curtis.
Ads
Ditayangkan Di Pawagam Malaysia.
Kini, korang juga berpeluang untuk menonton filem Everything Everywhere All At Once di pawagam Malaysia.
Asalnya, filem ini telahpun ditayangkan seawal Mac 2022. Bagaimanapun, kebanyakan negara termasuklah di Malaysia berdepan dengan perintah kuarantin lalu membataskan orang ramai untuk menyaksikannya di pawagam.
Untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memasuki alam multiverse bersama-sama Michelle Yeoh, lima buah pawagam GSC dan TGV terpilih sedang menayangkan Everything Everywhere All At Once sehingga 15 Mac 2023.
Ini termasuklah di GSC 1 Utama, GSC Mid Valley Megamall, TGV Central i-City Shah Alam, TGV Kinta City dan TGV Sunway Pyramid.
Ads
Bagi korang yang tidak tinggal berdekatan dengan empat buah pawagam ini, jangan risau.
GSC menerusi ciapan di Twitter mengesahkan mereka akan menambah jumlah pawagam yang menayangkan filem tersebut.
Winner of 7 #Oscars95, including Best Picture and Best Actress Michelle Yeoh, is now playing in GSC! Get your tickets now 🥯 🌀 🌭
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tiga anak kepada pasangan selebriti Datin Almy Nadia (40) dan Datuk Fizz Fairuz (46) mencuri tumpuan pengguna di media sosial apabila masing-masing berjaya menerima Anugerah Bintang Akademik, sekaligus mengukuhkan reputasi keluarga itu dalam aspek pendidikan.
Kisah manis tersebut dikongsikan Datin Almy sendiri menerusi Instagram, lengkap dengan foto dan video yang memaparkan momen anak-anaknya Nur Afrina Arianna (10), Nur Afrina Aurora (9), dan Nur Afrina Ayra (7) melangkah yakin ke pentas untuk menerima sijil serta trofi penghargaan atas pencapaian akademik sepanjang tahun ini.
Dalam perkongsian sama, beliau turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dan kejayaan yang diterima anak-anaknya. Selain itu, Datin Almy menyifatkan pencapaian itu sebagai hadiah penghujung tahun yang menambah kebahagiaan buat keluarga mereka.
“Alhamdulillah tahun ini 3 ketul ini dapat anugerah akademik syukur… Tahun depan usaha lagi okay anak-anak,” tulisnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berpesan agar ketiga-tiga puteri kesayangannya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian, lebih-lebih lagi ketika usia mereka masih muda dan penuh potensi.
Dalam pada itu, kejayaan anak-anak gadis pasangan pelakon berkenaan pantas menarik perhatian warga internet yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar mereka terus konsisten meraih kecemerlangan dalam pelajaran pada masa akan datang.
Lebih menarik lagi, pencapaian ini hadir selepas Datuk Fizz Fairuz sendiri menerima pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Kelapan Akademi Kreatif Meatech menerusi Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), menjadikan tahun ini antara detik paling bermakna buat keluarga tersebut.
Sementara itu, keseluruhan kejayaan ini sekali lagi menonjolkan komitmen pasangan selebriti itu dalam menitikberatkan pendidikan sebagai asas penting dalam membentuk masa depan anak-anak mereka. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno mengakui pernah berada di titik terendah selepas berhadapan dengan kontroversi pembatalan konsert serta pertelingkahan dengan Yuka Kharisma dan Kharisma Music International.
Berkata kepada Remaja, dia sempat menitiskan air mata lima minit sebelum membuat persembahan di acara TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.
“Baru-baru ini di acara TikTok Shop, itu memang detik di mana saya benar-benar ‘down’. Memang lima minit sebelum saya melangkah naik ke pentas, saya menitiskan air mata,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Kaleidoscope 2.0 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Tambah pelantun lagu popular Samudera itu, kejadian berkenaan sangat sukar baginya kerana ia lebih menyakitkan daripada pengalaman putus cinta.
Aisha bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada pasukannya yang membantu dia bangkit semula secara mental dan fizikal.
“Selalunya, sedih atau berada di titik terendah pun, saya tak pernah begitu. Ini lebih sakit daripada putus cinta. Jadi, saya terganggu sedikit.
“Tapi, saya bersyukur kerana ada pasukan saya untuk tolong saya bangkit semula mental dan fizikal. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Menyentuh mengenai keadaan emosinya selepas kontroversi tersebut, Aisha berkongsi bahawa dia pernah berkurung di dalam rumah kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasi yang berlaku.
“Selepas kejadian itu, saya ada juga berkurung di rumah. Saya tak tahu nak buat apa. Rakan-rakan tanya apa berlaku sebab berita itu di mana-mana. Saya tak dapat nak jawab. Kalau nak jelaskan satu persatu ia agak panjang,” katanya.
“Disebabkan saya masih ada beberapa kerja dan waktu berjalan, setiap hari Allah berikan rezeki untuk kerja. Saya bersyukur ia sedikit sebanyak ‘melarikan’ pemikiran saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aisha turut berkongsi mengenai Konsert Kaleidoscope 2.0 yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Januari depan di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas berjanji untuk melancarkan sebuah badan organisasi amal pada tahun lalu, penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini telah melancarkan sebuah Yayasan JUSPEACE pada 5 Ogos.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) dikatakan akan berkhidmat sebagai pengerusi kehormat dan telah mendermakan sebahagian daripada hasil hak cipta yang diperolehnya.
Dalam pada itu, Galaxy Corporation turut mendedahkan butiran dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama penasihat, pakar, dan juga beberapa perbincangan dengan beberapa pihak sejak Januari lalu.
Difahamkan, kira-kira 50 tenaga pakar dari pelbagai bidang akan bergabung dalam gerakan yayasan ini, menyokong projek perkhidmatan awam yayasan, pengumpulan derma, dan publisiti luar.
Selain itu, Yayasan JUSPEACE juga bertujuan untuk meningkatkan perkongsian hak cipta dengan orang ramai, menyokong individu seni, membantu pencipta yang terlibat dalam kerja kepentingan awam, mempromosikan terapi seni dan kesejahteraan mental melalui seni, dan menawarkan terapi muzik untuk individu muda yang bergelut dengan ketagihan dadah.
“Artis bukan sahaja mencipta karya seni, mereka boleh menjalani kehidupan yang membawa kebahagiaan dan kedamaian kepada dunia. Saya berfikir bahawa selain memberikan cinta dan kedamaian kepada dunia melalui muzik, saya boleh membantu lebih ramai orang dengan benar-benar melakukan pengabdian masyarakat atau menubuhkan yayasan awam untuk menunjukkan pengaruh positif saya” – G-Dragon
Sebelum ini, nama G-Dragon telah dibersihkan susulan daripada tuduhan penggunaan dadah pada akhir tahun 2023 lalu. Kemudian, G-Dragon telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, terutamanya yang masih kanak-kanak dan remaja.
Dalam perkembangan terkini, G-Dragon dilaporkan akan membuat kemunculan semula pada musim luruh dengan konsert yang dijadualkan pada bulan November atau awal tahun depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!