Kumpulan K-Pop sensasi Korea Selatan, IVE baru-baru ini mencetuskan keterujaan peminat apabila mereka mengesahkan konsert jelajah global terbaru ‘Ive World Tour: Show What I Am’, yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2026. Pengumuman ini sekaligus menandakan kemunculan semula IVE ke Malaysia selepas kali terakhir membuat persembahan di negara ini pada Februari tahun lalu.
Difahamkan, jelajah berskala besar tersebut dijadualkan membuka tirai di beberapa destinasi utama sebelum menuju ke Kuala Lumpur pada 4 April 2026. Persembahan di Malaysia akan berlangsung di Axiata Arena pada jam 5 petang, menjadikan ia salah satu hentian paling dinantikan dalam oleh para peminat (DIVE) tempatan.
Menariknya, ‘Show What I Am’ bukan sekadar jelajah biasa, sebaliknya membawa konsep produksi yang jauh lebih matang dengan visual dipertingkatkan, elemen dinamik serta pentas imersif. Ia direka untuk memperlihatkan sisi paling autentik keenam-enam anggota iaitu Gaeul, An Yu-jin, Rei, Jang Won-young, Liz, dan Leeseo yang bakal mempersembahkan segmen solo eksklusif.
Ads
Selain segmen tersebut, DIVE turut boleh menjangkakan barisan lagu terbaru yang berjudul ‘XOXZ’ daripada mini album IVE SECRET dan dua buah lagu ‘Gotcha (Baddest Eros)’ dan ‘♥beats (삐빅)’ turut tersenarai sebagai antara tarikan utama konsert jelajah kali ini.
Pada masa yang sama, lagu hit popular seperti ‘Love Dive’, ‘I Am’, ‘Baddie’, ‘Attitude’ dan ‘Rebel Heart’ tidak akan ketinggalan dalam setlist utama sekaligus mengukuhkan fenomena yang digelar IVE Syndrome.
Ads
Ads
Sekadar info, sejak debut menerusi lagu ‘Eleven’ pada tahun 2021, IVE kekal mendominasi carta global termasuk Billboard Hot Trending Songs dan mengekalkan prestasi cemerlang di Billboard Global 200 selama 14 minggu berturut-turut. Populariti mereka yang tidak menunjukkan tanda penurunan ini menjadikan jelajah 2026 IVE sebagai antara yang terbesar setakat ini.
Untuk makluman, penjualan tiket bagi konsert IVE di Malaysia akan dibuka menerusi Live Nation Presale pada 10 Disember. Manakala, jualan umum pula bermula pada 11 Disember ini. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai kategori tiket, harga serta penganjur tempatan dijangka akan diumumkan dari masa ke semasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat kucing mesti geram bila melihat selipar yang direka dengan rekaan berbentuk haiwan peliharaan tersebut.
Dalam sebuah portal online shop di Jepun, Narageta menawarkan 9 reka bentuk sandal daripada pelbagai pilihan mengikut warna bulu kucing termasuklah hitam, tabby dan Russian blue. Terdapat juga design yang baru yang dipanggil sebagai hachiware, iaitu istilah yang digunakan untuk menggambarkan kucing dengan tanda di dahi mereka yang menyerupai watak kanji hachi, bermaksud nombor 8.
Sandal ini dibuat daripada EVA, dimana materialnya yang lebih elastik, tidak berbau dan boleh digunakan di dalam atau pun di luar rumah.
Kalau lihat pada setiap koleksi yang ada, memang geram rasa macam nak kumpul semua design. Tapi, nun jauh dekat Jepun la pula.
Jika memang ada yang nak ke sana atau kawan-kawan yang pergi bercuti ke Jepun, bolehlah suruh mereka cari dan kirim dalam sepasang dua kan. Hiks!
Nak beli online, tak faham bahasa Jepun pula sebab website produk ini menggunakan 100% bahasa ibunda mereka.
Hm, atau mungkin korang boleh try cari di online shop yang lain. Manalah tahu ada jual kan?
Nampaknya demam ‘bubble tea’ atau boba masih belum reda, malah makin ‘mengganas.’
Umum semua tahu, Mochi atau kek beras Jepun, adalah salah satu makanan kegemaran dan tradisional Jepun.
Sekarang bayangkan Mochi ditransformasikan kepada minuman .
Pelik? No, korang kena cuba dulu baru tahu. Terbaru, jenama minuman yang popular dengan grafik beruang iaitu Daboba telah melancarkan 5 perisa baru berasaskan soya.
Bayangkan minuman korang ada Roll Mochi dan dikelilingi dengan cheese foam. Fuhhh…Wow, interesting!
Remaja sendiri mencuba Daboba Mochi Soya baru-baru ini. Seriously, it’s not bad at all!
Psst! Mochi Soya ni ada 5 perisa seperti:
1. Mochi Pearl Peanut Soya
2. Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya
3. Brown Sugar Pearl Soya
4. Honey Golden Pearl Soya
5. Roasted Brown Sugar Pearl Soya
Penggemar Daboba kini boleh ‘menikmati’ aroma manis minuman Mochi Pearl Peanut Soya, Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya, Brown Sugar Pearl Soya, Honey Golden Pearl Soya dan Roasted Brown Sugar Pearl Soya di mana sahaja mereka pergi mulai 10 Julai 2020.
So apa tunggu lagi, cepat tag lah member korang yang suka sangat minum bubble tea ni 😋 Siapa yang kena tag, dia lah yang kena belanja 😏
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem aksi 007 akhirnya akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 November ini. Daniel Craig bakal membawa peranan James Bond buat kali terakhir dan kali ini digandingkan kembali bersama barisan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.
Selepas daripada bersara menjadi ejen 007, James Bond menjalani kehidupan yang tenang di Jamaica, namun rakan lamanya Felix Leiter dari CIA meminta bantuannya untuk menjejaki seorang saintis yang telah diculik.
Walaupun sudah ‘cuci tangan’ daripada melakukan kerja-kerja siasatan ini, Bond terpaksa akur untuk menyelesaikan misi tersebut.
Istimewanya untuk edisi James Bond kali ini, Remaja ingin memberikan merchandise istimewa dari filem No Time To Die dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.
Korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:
NOTIMETODIEDie-Cast Aston Martin Keychain
NO TIMETODIE Wireless Charging Station
NO TIMETODIE Backpack
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil hadiah tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
*Hadiah perlu di ambil dalam masa dua (2) minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
All the best guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.