Penerbit terkenal, A. Aida menyifatkan penglibatan anak gadisnya, Azeva Natassha dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai platform terbaik untuk menyerlahkan bakatnya sebagai anak seni.
Menurut A. Aida, dia sebenarnya sudah lama berhasrat membawa Azeva menceburi bidang seni, namun minat tersebut hanya muncul selepas anaknya itu menamatkan pengajian di Australia.

Minat Seni Muncul Selepas Tamat Belajar
“Sejak Azeva berusia 17 tahun lagi, saya sudah paksa dia untuk buat album dan berlakon kerana saya tahu anak saya punyai suara dan tone yang unik.
“Saya memujuknya hampir 10 tahun tapi dia tidak mahu. Selepas balik daripada pengajian di Australia, dia terus ajak saya untuk buat album.
“Bila nak buat album semula, tiba-tiba dapat tawaran TTMM2. Pada saya, ini peluang keemasan untuk mencipta nama dalam industri ini.
“Ia sebenarnya bukan mudah. Ada yang sudah 10 tahun bergelar artis pun masih tidak dikenali. Pada saya, ini jalan mudah anak saya menuju ke ‘bintang’’,” katanya kepada Remaja.
A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media TTMM2, baru-baru ini.

Pengorbanan Seorang Ibu
Dalam kesibukan bersama rumah produksi A. Aida Production Sdn. Bhd, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui perlu berkorban masa demi berjuang bersama Azeva untuk bersaing di TTMM2.
“Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Bukan sahaja dari segi masa, malah, seluruh Malaysia juga sudah tahu keadaan saya. Selepas masuk ke ICU, keadaan lutut saya juga tidak seperti dahulu.
“Demi anak, saya gagahi juga. Kalau rasa sakit, saya terus ambil ubat tahan sakit. Segala cabaran akan kami redah dan renangi,” kongsinya lagi.

Terbuka Bekerjasama Dengan Ameng Demi Anak
Dalam masa sama, A. Aida turut terbuka untuk bekerjasama dengan bapa Azeva iaitu penyanyi Ameng yang sebelum ini pernah menyertai TTMM musim pertama bersama anaknya, Ammar.
“Saya tak kisah pun. Perkara yang lepas, kita biarkan lepas. Saya juga ada beberapa kali berhubung dan berjumpa dengan Ameng. Ada perkara yang kami bincangkan bersama untuk membantu Azeva di TTMM2.
“Alhamdulillah, dia bagi kerjasama yang baik. Dia pun okay bila saya ajak datang ke pejabat. Lagipun Ameng ialah bapa Azeva. Kenalah sokong anak,” ujarnya.
Anda mungkin berminat dengan
Enggan Dibandingkan Dengan Cara Ameng
Bagaimanapun, A. Aida menegaskan dia tidak mahu cara pengurusannya dalam TTMM2 dibandingkan dengan Ameng.
“Ameng masuk pertandingan ini dengan anak dia sendiri. Azeva anak saya. Walaupun Ameng ialah ayahnya.
“Ketika dia masuk, itu dunia lain. Saya pula dengan dunia saya. Ia tiada kena mengena,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, memberi sokongan kepada aktres dan usahawan popular, Nur Fazura yang baru-baru ini menerima kritikan mengenai nyanyiannya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu tampil memuji bakat nyanyian Fazura dan percaya bahawa suara pelakon itu mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri.
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff memberi pujian kepada pelakon filem popular Gol & Gincu itu selain mencadangkan agar mereka berduet bersama. Menurutnya lagi, kolaborasi nyanyian antara mereka pasti akan mendapat sambutan yang hebat.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Letak ‘Rate’ Minimum RM15 Ribu Untuk Terima Sebarang Tawaran Menyanyi

“Okey, boleh tahanlah suara awak sedap sangat, Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya, bakat awak lebih terserlah. Kita akan meletup bersama,” tulis Aliff dalam hantaran tersebut.
Dalam pada itu, Aliff turut yakin bahawa duet mereka berdua akan membawa kejayaan besar, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Selain itu, Aliff menganggap suara Fazura sangat unik dan sedap didengar.
“Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf, Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan…” -Aliff Syukri

“Syabas, suara awak unik dan sedap. Bagi saya, suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar. InsyaAllah Fazura boleh pergi jauh,” tambahnya.
Sebelum ini, Fazura mendapat pelbagai reaksi apabila menyanyikan lagu terbarunya, Bertahan Demi Cinta, di sebuah program bual bicara di Indonesia.
Rata-rata komen yang diterima adalah kritikan, dengan beberapa pihak mencadangkan agar Fazura menghadiri kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aliff Syukri
∞
Setelah seminggu membuatkan bakal pengunjung teruja, acara ‘taman tema berhantu’ tahunan di Sunway Lagoon iaitu Day.Light Fright yang sepatutnya berlangsung mulai 3 Oktober (Sabtu) ini terpaksa ditangguhkan.
Ini berikutan laporan kes wabak Covid-19 yang berlaku di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid beberapa hari yang lalu.
Justeru, setelah melihat respon rakyat Malaysia yang kini dalam keadaan lebih berjaga-jaga, acara Day.Light Fright yang menggantikan acara Night of Fright ini telah ditunda ke 17 Oktober kelak sehingga 15 November.
Menurut akaun Facebook Sunway Lagoon, ia merupakan keputusan yang terpaksa diambil oleh mereka dengan hati yang berat.

“Kami tahu, keputusan ini akan mengecewakan peminat ‘fright’ dan tetamu kami. Namun, kami ingin memastikan bahawa pengalaman mereka di Sunway Lagoon adalah pengalaman terbaik dan dalam keadaan yang tidak gusar.”
Walaupun Day.Light Fright telah ditunda, taman tema itu masih beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pihak Sunway Lagoon sentiasa memastikan kawasan mereka disanitasi sekerap mungkin. Malah, jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu juga dihadkan kepada 50% daripada kapasiti sebenarnya.
Bagi korang yang telah membeli tiket Day.Light Fright, pihak Sunway Lagoon boleh membantu korang emel ask_lagoon@sunway.com.my atau di talian 03-5639 000.
∞
Dah masuk bulan kedua untuk tahun 2018 ni macam mana dengan berat badan korang? Dah turun berapa kg?
Mana yang berazam nak kurus tu, teruskan usaha.
Bagi memudahkan perancangan diet korang, Remaja nak kongsi kan jadual diet yang diberi oleh Norafiza Mahmud untuk mengurangkan 10 hingga 15 kg dalam hanya masa dua bulan, serta beberapa senaman ringan untuk perut (30 minit pagi dan 30 minit petang).
Pertama
Penggunaan bengkung di perlukan dalam diet aktiviti ini. Fungsi bengkung ini akan mengecilkan usus dari luar. Hasilnya, kau orang akan kurang rasa lapar.
Kedua
3 liter air kosong. Sukatannya mudah. Pastikan urine ( air kencing ) jernih seperti tiada campuran warna.
Ketiga
Detox setiap hari. Dari pagi sehingga malam. Sehari jika boleh tiga kali pembuangan sisa makanan.
Keempat
Amalan bertungku mempercepatkan proses pembakaran lemak korang. Malah, dalam masa dua minggu saja boleh mencecah 5kg penurunan.
Kelima
Krim panas. Fungsi krim panas ini untuk membakar lemak di bawah lapisan kulit. Jika di sekalikan sewaktu mengamalkan tungku. Hasilnya sangat magik.
Keenam
30minit senaman pagi. 30minit senaman petang atau malam. Hanya di dalam rumah. Ini bukan penghalang.
Berikut merupakan jadual makanan sepanjang minggu yang boleh korang ikut.







Selebihnya, lihat video yang dikongsi di laman Facebook.
Good luck sis!
∞