Drama korea The World of The Married sudah pun melabuhkan tirainya apabila episod akhir siri tersebut telah pun ditayangkan pada Sabtu lalu.
Drama ini menjadi fenomena di Malaysia dengan memaparkan kisah seorang suami yang curang serta menipu isterinya. Ramai yang tidak senang duduk melihat kecurangan yang dilakukan oleh Tae Oh bersama Da Kyung.

Nah, kisah merereka telah pun mendapat karma apabila rumah tangga yang dibina diatas kesedihan isteri pertama, Dr Ji berakhir dengan sadis. Hiks!
Menurut Nielsen Korea, episod 16 yang merupakan episod akhir siri tersebut telah mencatatkan 31.6% (28.4% seluruh negara) tontonan.
Ini sekali gus menjadikan The World of The Married sebagai drama siri kabel yang paling ramai ditonton, melepasi rekod K-Drama Sky Castle yang ditayangkan pada awal tahun lalu, iaitu 23.8%.
Berikut kami senaraikan antara rating drama-drama yang mempunyai rating tertinggi:
1. The World of The Married – 31.6%

2. Sky Castle – 24.6%

3. Crash Landing On You – 23.2%

4. Guardian: The Lonely And Great God – 22.1%

5. Reply 1988 – 21.7%

Khabarnya, JTBC bakal menayangkan siri asal drama Doctor Foster minggu ini bagi menggantikan The World of The Married.
Masih mengekalkan pengakhiran adaptasi daripada drama Britain ini, rata-ratanya berpuas hati dengan kesudahan The World of The Married.
Anda mungkin berminat dengan



Ok, lepas ni agak-agaknya K-Drama apa pula yang bakal meletop?
Nantikan..
Sumber: Koreaboo
∞
Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Tak caya? Jom tengok ni.
1. Shaheizy Sam

2. Hairul Azreen

3. Zarul Umbrella

4. Zizan Razak

5. Zul Ariffin

6. Nazim Othman

7. Remy Ishak

8. Shukri Yahya

9. Hans Isaac

10. Zain Saidin

11. Alif Muhaimin

Jangan tak tahu Hero Remaja 2017 ni pun berbadan sado ya. Tahniah kami ucapkan kepada Alif Muhaimin kerana dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja.
∞
Tidak dinafikan penggunaan Touch n Go eWallet banyak memberikan manfaat buat pengguna kerana menawarkan pelbagai diskaun pembelian di beberapa jenama terpilih.
Kini, Touch n Go eWallet telah mengambil bahagian di dalam program e-Tunai Rakyat, iaitu satu inisiatif digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, korang yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk menerima Rm30 seorang melalui Touch n Go eWallet.
Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehinga 14 Mac 2020. Korang boleh buat tuntutan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan tersebut.
Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya.
Korang juga boleh buat membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.
So guys, jangan lupa bermula 15 Januari depan untuk tuntut dengan Touch n Go eWallet. Rugi pula kalau tak digunakan manfaat yang ada bukan?
∞
Jika sebelum ini masyarakat diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi kerana semua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan pada perbekalan yang ada, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Namun, viral di media sosial baru-baru ini apabila orang ramai diberikan beberapa tip yang dikongsi warganet dan khabarnya, tip tersebut membuahkan hasil dan mereka terus menerima temu janji selepas itu.
Apa pun, kini pihak JKJAV dan juga KKM berkongsi melalui laman sosial, supaya tidak melakukan perkara berkenaan. Janji temu akan diberikan secara automatik dan berperingkat, dan tiada jalan pintas untuk mendapatkannya.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak ke HelpDesk MySejahtera untuk tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, namun kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19 ini. Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul. Hah, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya. InsyaAllah…semua akan divaksin dan dilindungi dari Covid-19.
Sumber : JKJAV,KKM
∞