Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.
Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.
Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.
Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.
Ads
Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.
Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.
Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!
Walaupun usia 39 dianggap sudah agak lewat menyambung pengajian, tetapi pemilik nama Naszriah Ngasri, menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dengan jayanya.
Anne Ngasri
Menerusi perkongsian di media sosial, Anne berkongsi momen bermakna dan tampil ceria menggayakan jubah konvokesyen. Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata tersebut menyatakan kesyukuran.
“Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, ‘Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah,” kongsi Anne.
Bekas pelakon kanak-kanak popular itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab rona merah sambil memegang erat diploma yang diraih.
Anne Ngasri
Tahniah diucapkan buat Anne Ngasri yang mencapai cita-citanya dan berjaya menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Anne yang aktif dalam bidang politik kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia. Kejayaan diraih Anne menjadi inspirasi warganet dan sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang sentiasa tampil awet muda itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular tanah air, Hafiz Suip akhirnya tampil menjelaskan status rumah tangganya yang telah lama menjadi tanda tanya.
Teka-teki itu terjawab apabila Hafiz mengesahkan bahawa dia telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu.
Pemenang Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, perpisahan tersebut berlaku setelah hubungan mereka tidak lagi sehaluan dan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, Hafiz menegaskan bahawa hubungan dengan bekas isterinya kekal dalam keadaan baik, demi anak-anak.
“Menjawab status, saya sudah bercerai talak satu dengan isteri pada 29 Mei lalu. Hak penjagaan anak-anak adalah milik bekas isteri. Saya rasa individu yang paling layak untuk menjaga anak-anak adalah ibu mereka,” jelas Hafiz kepada Kosmo! Online dalam satu majlis ramah mesra bersama media baru-baru ini.
Fokus Pada Kebahagiaan Anak-Anak
Bagi Hafiz, walaupun bukan lagi bergelar suami, peranannya sebagai bapa tetap tidak akan berkurang. Walaupun hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isteri, beliau tetap akan berusaha untuk meluangkan masa bersama mereka, termasuk merancang untuk datang ke Kuala Lumpur sebulan sekali bagi bertemu anak-anaknya.
“Tipu kalau saya kata tak ingat atau fikirkan tentang anak-anak. Memang sentiasa rindu dan nak hubungi mereka, tapi mereka juga ada jadual sendiri dan perlu bersekolah,” katanya yang kini menetap di Kuching, Sarawak.
Tambah beliau, tumpuannya kini adalah untuk memastikan hubungan dengan bekas isteri kekal harmoni tanpa perlu melalui konflik berpanjangan, terutama demi kestabilan emosi anak-anak mereka.
“Saya tak mahu timbulkan sebarang isu. Cukuplah turun naik mahkamah untuk urusan perceraian tempoh hari. Penat.”
Terima Takdir Dengan Hati Terbuka
Walaupun berdepan dengan ujian perpisahan, Hafiz menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesali apa yang berlaku. Baginya, setiap yang berlaku datang dengan pengajaran tersendiri dan beliau memilih untuk reda serta terus melangkah ke hadapan dengan lebih matang.
“Saya tidak menyesal dengan semua yang berlaku dan anggap semua ini sebagai pengalaman hidup. Perceraian ini adalah satu takdir. Kita hanya perlu teruskan hidup dan jangan saling menyalahkan.”
Beliau turut menitipkan nasihat kepada pasangan muda yang merancang untuk mendirikan rumah tangga agar benar-benar bersedia dari segi mental dan emosi.
“Kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang. Dalam Islam juga mengajar kita untuk berdamai dengan takdir jika ingin merasa tenang.”
Perkahwinan bukanlah sekadar lambang cinta semata-mata, tetapi menuntut komitmen, kematangan dan keupayaan untuk menghadapi cabaran yang tidak dijangka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti sering mencuri perhatian peminat. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 5 orang cahaya mata. Isteri kepada Jep Sepahtu ini sentiasa menjaga penampilan yang kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri.
Menerusi gambar tersebut, Sari memberitahu Barr Al Aliy sudah berusia 13 tahun dan mendapat Anugerah kecemerlangan Akedemik. Dalam pada itu Sari sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan anaknya terus cemerlang.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan memuji wajah Sari yang kelihatan awet muda. Malah, mereka mengatakan si ibu dan anak bagaikan kakak dan adik.
Wah, pandai Sari dan Jepp mendidik anak-anak mereka. Tahniah abang Barr…
Untuk info, Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali ke dua dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!