Disebabkan video berdurasi 50 saat saja, kecoh media sosial tempatan dibuatnya.
Tular satu video TikTok baru-baru ini yang menunjukkan gelagat seorang remaja lelaki yang berendam di dalam sebuah tab mandi menggunakan air mineral berjenama Muarra. Perbuatan tersebut pantas mendapat perhatian warganet dengan komen mereka.
Ada yang merasakan ia adalah perbuatan membazir tatkala ada dalam kalangan kita yang struggle untuk mendapatkan sumber minuman bersih.
“Serious lah mandi air mineral? Membazir dohhhh.”
“Tudia mandi dengan air mineral. Engko dah kenapa eh?”
Namun, tidak kurang juga yang kongsikan kelebihan apabila mandi menggunakan air mineral disebabkan nilai Potential of Hydrogern (pH)-nya yang lebih baik demi menjaga kecantikan kulit daripada ancaman jerawat dan jeragat.
Ads
Komen @sidchan, “Wow baru tahu kadar pH7.6 air mineral Muarra ini paling tinggi among mineral water yang ada di pasaran, malah jauh lebih baik dari sesetengah jenama mineral water mahal. Nah aku tepek facts dekat sini!”
Ada juga yang teruja kerana baru mengetahui tentang lokasi pemprosesan air mineral Muarra ini yang diekstrak daripada sumber asli di Simpang Renggam, Johor.
Perkongsian tersebut sehingga kini telahpun mencatatkan hampir 98,000 tontonan di Twitter manakala video asal di aplikasi TikTok pula sudah ditonton sekerap 158,000 kali.
*
Ads
Setelah nama air mineral Muarra dipetik berulang kali setelah video tersebut tular, perkara ini telahpun mendapat perhatian saudara Mohamad Faruqi Mohamad Nazri; Pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd yang tampil dengan penjelasan.
“Assalamulaikum, pagi ni dikejutkan dengan berita viral mengenai pelanggan kami yang mandi menggunakan air mineral Muarra.
“Ramai pihak yang memuji dan mengecam tindakan tersebut. Oleh itu saya sebenarnya ingin menjelaskan bahawa air Muarra yang digunakan seperti dalam video terbabit mengandungi nilai pH sebanyak 7.6 iaitu lebih alkali dan ia baik untuk kesihatan kulit.
“Muarra juga merupakan penaja rasmi bagi kelab Melaka Timur dan KLCC Football Club. Alhamdulillah, jenama Muarra telah berkembang ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ads
“Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra. Kita mungkin tak tahu beliau buat macam tu mungkin benefit air mineral tu sendiri,” katanya menerusi video di akaun Facebook rasmi Muarra Journey.
Tinjauan REMAJA terhadap kandungan air mineral Muarra ini juga mendapati ia boleh menguatkan tulang, menurunkan kolestrol dan menyokong pencernaan sekiranya diminum seperti biasa.
Haa, siapa yang teringin mandi air mineral lepas ini? Manalah tahu kulit korang bertambah cantik dan sihat sempena Aidilfitri tahun ini hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol Coke pada sidang media telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).
Kali ini, giliran Pogba menurunkan botol alkohol Heineken ketika mewakili pasukan kebangsaan Perancis dalam sesi sidang media.
Dalam video yang tular di media sosial, tidak seperti Ronaldo, Pogba sepertinya tidak menghadapi masalah dengan Coca-Cola. Namun, dia kelihatan tidak selesa dengan sebotol bir yang disajikan di meja. Pogba kemudian meletakkan botol bir dengan wajah kesal di wajahnya.
¡POGBA APLICÓ UN CRISTIANO RONALDO! 😱
El mediocampista francés retiró una cerveza patrocinadora previo al arranque de la conferencia de prensa
Pogba mengambil tindakan ini pada sidang media selepas Perancis mengalahkan Jerman pada Euro 2020, Rabu (16/6) pagi.
“Paul Pogba meniru Cristiano Ronaldo ketika dia meletakkan sebotol bir sebelum memulakan sidang media setelah Perancis menang pada Jerman (pada Euro 2020),” lapor East Africa News Post, Rabu (16/6).
Sama seperti Coca-cola, Heineken juga merupakan salah satu penaja rasmi Euro 2020.
Tidak ada pengesahan dari Pogba mengenai tindakan ini. Namun, spekulasi mengenai alasan Pogba menurunkan minuman beralkohol dari atas meja mungkin kerana agama Islam melarang pengambilan minuman beralkohol dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Sebelum itu, pemain Portugal Cristiano Ronaldo yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary malam tadi telah mengejutkan banyak pihak disebabkan tindak-tanduknya itu.
Do NOT put Coca Cola in front of Cristiano Ronaldo 😠
Ronaldo menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan media sambil mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya.
Menurut laporan, aksi Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol Coke pada sidang media telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion). Wow, itulah kesan orang berpengaruh tentunya menjadi tumpuan dalam masyarakat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kala ini di twitter sedang berlegar slogan #PauseMalaysia yang digerakkan oleh parti MUDA yang baru ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
#PauseMalaysia adalah satu desakan untuk semua ahli politik berhenti bergaduh berebut takhta kerana rakyat terus menderita dan sengsara.
Dalam satu perkongsian di tweetnya, Syed Saddiq berkata, rakyat Malaysia sudah PENAT.
Penat dengan orang politik, penat dengan perebutan kuasa. Penat dengan politik dua darjat. Penat dengan politik tidak bermaruah yang tidak berprinsip. Saya akur saya ahli politik tapi saya sentiasa bermuhasabah kerana tanpa sokongan rakyat mustahil saya ada pada hari ini.
Sebab itu bagi parti muda, kita ingin mencadang dan mendesak bukan saja bagi kerajaan tapi juga pembangkang.
Kata Syed Saddiq lagi ada tiga perkara yang dilancarkan iaitu:-
Berhentilah politik perebutan kuasa sambil merebut takhta kuasa, ini kerana katanya rakyat terus sengsara
Hentikan niat untuk adakan piliharaya sama ada piliharaya umum atau negeri selagi COVID-19 masih berleluasa.
Ketiga, inilah masa untuk kerajaan dan pembangkang cari jalan penyelesaian bersama. Inilah masa untuk kita bersama berkhidmat untuk Malaysia.
Cukup cukup lah bergaduh!
Sambil ada yang berebut takhta kuasa, rakyat terus menderita dan sengsara.
Desakan #PauseMalaysia ini kini menjadi trending di twitter kala ini.
Secara jujurnya, jika dilihat kepada tweet yang dilontarkan sejak kebelakangan ini, jujurnya rakyat sudah muak dengan tindakan ahli politik. Ditambah pertambahan bilangan mereka positif dijangkiti COVID-19 gara-gara pilihanraya Sabah, ia membuka ruang untuk mengajak rakyat Malaysia melihat tindakan ini bukanlah sesuatu yang bijak termasuk menukar kerajaan baru.
Percaya atau tidak, di saat seorang ahli Parlimen mendakwa dirinya sudah cukup sokongan menjadi Perdana Menteri baru, ada tweet meminta tarikh itu dilakukan pada 10/10/2020 iaitu sama hari jualan besar-besaran dilancarkan portal e-dagang membeli-belah secara dalam talian iaitu Lazada, Shopee dan lain-lain platform untuk melelong Adun-adun yang melompat parti (tidakkah tweet ini sedikit sarkastik dan amat sinis?).
Tapi kami percaya, tak kisahlah apa perbezaan pun sama ada dari segi politik atau pandangan, kita semua sayangkan Malaysia dan mahu lihat negara ini aman damai. Pandangan sesuatu dari aspek positif dan jangan sesekali meletakkan kepentingan peribadi lebih utama.
Apa pandangan korang mengenai kempen #PauseMalaysia ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini ibarat minggu yang amat bermakna untuk penggiat dan peminat seni perfileman dan drama di Malaysia.
Semalam, netizen akhirnya disajikan dengan tayangan filem Dukun terbitan Astro Shaw selepas 12 tahun penantian. Satu tempoh yang cukup lama untuk sesebuah filem diperam tanpa khabar berita.
Hari ini pula, drama bersiri Gantung The Series terbitan Red Communications pula yang menemui peminat novel keluaran Fixi; Gantung menerusi Astro First setelah tempoh hampir dua tahun selepas penggambarannya siap dijalankan.
Gantung The Series terlebih dahulu ditayangkan di Indonesia melalui aplikasi Tribe pada akhir bulan Disember tahun lalu. Walaupun peminat Gantung di Malaysia mempertikaikan mengapa ia tidak ditayangkan secara serentak di kedua-dua buah negara memandangkan Gantung The Series melibatkan kru dan pelakon daripada Malaysia dan Indonesia.
Pada awalnya, khabar angin mengatakan ia akan dapat ditonton secara rasmi di Malaysia pada Januari. Memasuki bulan Februari, Gantung The Series masih kekal menjadi tanda tanya.
Sehinggakan pada bulan Mac, drama tersebut telah disebarkan secara ‘haram’ di platform media sosial dan WhatsApp.
Sempat juga penulis bersembang dengan Nadia Khan berkenaan isu tersebut.
Sebagai penulis novel dan skrip untuk drama ini, perasaannya bercampur baur. Gembira kerana akhirnya penonton dapat menikmati dan menilai karya tersebut. Pada masa yang sama, risau sekiranya harapan untuk melihat Gantung The Series disiarkan secara rasmi terkubur begitu saja memandangkan isu tayangan ‘haram’ merebak dengan terlalu pantas.
Namun kini, Nadia Khan, para pelakon, kru dan semua yang terlibat akhirnya boleh tersenyum setelah ia dikeluarkan secara rasmi menerusi Astro First secara mengejut.
Dikeluarkan dalam format 8 episod original selama 45 minit setiap satu, korang boleh membeli pakej drama bersiri ini hanya pada harga RM15.90 untuk tontonan 10 hari.
Walaupun ramai yang sudah menonton Gantung The Series, Nadia Khan and co. masih memerlukan sokongan korang untuk menontonnya secara ‘halal’ agar harapan peminat Gantung untuk melihat Gantung The Series musim kedua mampu menjadi kenyataan okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...