Semenjak dua menjak kebelakangan ini, program televisyen realiti berbentuk nyanyian, Famili Duo di saluran TV3 semakin dihimpit dengan kontroversi sewaktu berlangsung DAN di luar set penggambaran.
Program yang dahulunya berorientasikan hiburan kasual untuk seisi keluarga menjelang hari Ahad setiap minggu kini ibarat tersimpang daripada misinya. Saban episod, timbul sahaja berita tidak enak mengenai Famili Duo sehinggakan warganet yang menggemarinya dulu kini jelek dengan drama program yang tidak berkesudahan.
Dari episod teguran kasar oleh juri tetap, Mas Idayu terhadap duo muda, Sissy Iman & Naim Daniel hinggalah ke dakwaan pertelagahab rumah tangga membabitkan peserta Fyna Jebat dan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan.. ia seakan tiada noktah!
Nama salah seorang pengacara program Famili Duo, Janna Nick juga tidak terkecuali daripada dipalit dengan kontroversi. Ini setelah Janna dituduh sebagai punca kepada kejadian tarik-menarik rambut antara Fyna dan isteri jurulatih terbabit di sebuah restoran di Shah Alam.
Biarpun diasak dengan spekulasi warganet dan pertuduhan daripada seorang pelakon veteran, Janna, 27 dilihat lebih selesa untuk tidak masuk campur akan hal rumah tangga selebriti lain semalam sewaktu mengacarakan episod separuh akhir Famili Duo.
Sebaliknya, Janna yang menyarungkan gaun ala Ramlah Ram semalam lebih memberi fokus kepada tugasannya sebagai pengacara bersama Sean Lee dan – guess what – menyiapkan renovasi kediamannya!
REMAJA pernah melaporkan mengenai kemampuan Janna membeli sebuah kediaman tiga tingkat sekitar bulan September tahun lalu. Khabarnya, Janna sedang sibuk menyiapkan proses renovasi kediamannya itu sejak 19 Januari lalu dan ia dijangka siap pada bulan Jun 2023.
Mindset Janna ini bertepatan dengan misinya yang dahulunya pernah berkata, misi utama pembabitannya dalam industri seni adalah untuk menambah pendapatan.
Berkat minat mendalam terhadap dunia seni sejak usia 16 tahun, Janna membuktikan dirinya mampu bertahan dengan segala dugaan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni demi mengumpul aset secara bijak.
FOTO: Instagram @jannanick
Kediaman yang digelarnya sebagai ‘Djannahome’ ini memiliki lif peribadi sendiri dan ia adalah bukti kesungguhan bekas pelajar MRSM Pendang ini.
“Tolong doa segala urusan dalam menyiapkan rumah ni dipermudahkan ya. Terlalu banyak impian besar dan kenangan yang nak dicipta dekat rumah ni.
Ads
“I’m so excited sampai kalau boleh hari-hari nak pergi tengok rumah.
“Sedihnya, I macam tak cukup bersyukur tau… always put myself down and always doubt with my ownself. You guys, please don’t be too hard on yourself. You’re doing good and you’re enough,” catatnya di akaun Instagram.
Selain Janna, antara selebriti muda lain yang telahpun memiliki kediaman peribadi sekaligus memberikan inspirasi kepada remaja lain untuk turut mempunyai impian yang sama termasuklah Naim Daniel, Hael Husaini, Daiyan Trisya dan Masya Masyitah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak mengenali vokalis kumpulan Maroon 5 yang kacak dan berbakat, Adam Levine. Lelaki yang mendapat jolokan Sexiest Man Alive dan isterinya, Behati Prinsloo menggambarkan rumah mereka sebagai ‘magik’!
Jom lihat rumah Adam dan Behati ni, sumpah cantik gila!
Untuk info, rumah ladang yang dibeli oleh pasangan ini daripada Ben Affleck dan Jennifer Garner telah dirancang dan dibina oleh Cliff May pada akhir 1930-an.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan saja terbuka kepada para ARMY tetapi juga kepada korang yang berminat dengan percutian di Korea Selatan, peminat K-Drama, makanan Korea and all-things-KOREAN !
Buat kali ketiga berturut-turut, kumpulan grup K-Pop popular iaitu Bangtan Boys (BTS) telah dilantik sebagai duta Seoul’s Honorary Tourism.
Seperti yang korang tahu, Seoul adalah antara destinasi yang paling digemari oleh pelancong dari Malaysia. Bukan saja disebabkan oleh faktor K-Pop dan K-Drama, tetapi juga disebabkan gaya hidup bandar di sana yang digemari ramai.
Tambahan pula kini, Seoul sedang giat membina fasiliti baru bagi memudahkan pelancong Muslim seperti lebih banyak restoran yang disahkan Halal, makanan berpek Halal seperti minuman Binggrae Flavoured Milk dan ruang solat awam.
Antaran minuman Binggrae Flavoured Milk yang digemari, berperisa pisang, strawberi dan tembikai susu.Ruang solat di bangunan Lotte Department Store.
Oleh itu, Seoul Tourism Organization ingin meraikan perlantikan semula BTS sebagai duta mereka dengan mengadakan jelajah promosi ‘Seoul Culture Showroom’ di MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur.
Bertempat di ruang legar Ground Floor di East Atrium, ia akan berlangsung selama 3 hari bermula 20 September (hari ini) hingga 22 September (Ahad) kelak.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan di sini termasuklah bergambar di zon photo serta bergambar dengan baju Hanbok. Korang juga berpeluang untuk membawa pulang cenderamata K-Pop seperti poster dan shopping bags.
Dan khas bagi peminat BTS, terdapat juga merchandise BTS x Seoul Tourism Organization bagi korang bawa pulang.
Haja!
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika pada minggu lalu, Lia Aziz telah ditempatkan pada kedudukan tiga peserta dengan kutipan markah terendah dalam program Big Stage 2022.
Usaha penyanyi berusia 19 tahun itu untuk bangkit semula pada minggu ketiga malam ini nampaknya tidak berhasil apabila Lia menjadi peserta kedua untuk meninggalkan pertandingan.
Lia yang membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah sekadar berada di tangga sembilan terbaik daripada 11 orang peserta mengikut markah daripada panel juri yang terdiri daripada Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mas Idayu dan Juri Juara, Han Byul.
Namun apa yang ‘menggagalkan’ kemaraan Lia Aziz berbanding dua peserta lain iaitu Megat Rahim dan Sofiaa Mariella yang mengutip markah lebih rendah daripadanya adalah disebabkan undian peminat. Lia sekadar mengutip 5.28 peratus daripada peminat lantas tersungkur ke kedudukan terakhir secara kumulatif.
Komen Datuk Seri Siti mengenai situasi tersebut dalam sidang media, 10 peserta Big Stage 2022 yang akan meneruskan saingan harus ingat akan kuasa undian peminat.
“Apabila melihat kepada keputusan, markah seseorang mungkin bagus daripada juri tapi dari segi undian peminat, dia mungkin adalah antara yang terkebelakang.
“Pertandingan Big Stage ini ada dua pihak, markah dari sudut juri profesional datang daripada kami tapi kuasa untuk mengekalkan peserta terpulang kepada penonton.
“Semua orang boleh ada peminat yang kuat. Jangan sia-siakan kelebihan itu untuk diselarikan dengan bakat yang ada, “ pintanya.
Dalam pada itu, Ajai pula mencabar 10 peserta yang tinggal untuk mengekalkan konsistensi sekiranya mereka pernah mengutip markah setinggi 70 peratus dan ke atas.
“Bila memasuki pertandingan seperti, peserta perlu ada endurance.
“Kita harapkan yang pernah dapat 70 markah untuk kekal di sana dan naik lagi ke atas,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber Foto : Ihsan Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!