Usahawan yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf  Khalid tampil berkongsi berita gembira memaklumkan penyanyi itu berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai.

Menerusi hantaran di Instastory Instagram, Asyraf turut menumpang gembira selain menzahirkan rasa kagum dengan apa yang dimiliki penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu selepas segala keringat sebagai seorang anak seni dan usahawan akhirnya berbayar.

“Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini” Siti Nurhaliza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai

Selain itu, kejayaan yang dimiliki ibu tirinya itu juga menjadi inspirasi  buat dia dan isteri tercinta yang juga pelakon dan usahawan, Tya Ariffin untuk bekerja lebih keras lagi.

“Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

IKLAN

“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya. Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti.

“Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini” Siti Nurhaliza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai

IKLAN

“Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti. Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel,” coretnya panjang.

Sempat REMAJA menjengah di Instastory Siti, penyanyi lagu Kau Kekasihku yang kini berada di Dubai bersama keluarga kecilnya itu ada berkongsi beberapa klip video dan foto mendedahkan kediaman jenis kondominium baharunya itu yang dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall.

IKLAN

“Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini” Siti Nurhaliza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai

Dalam hantaran itu juga, Siti meluahkan rasa syukur dan berkongsi ruang kediaman dan pemandangan yang dikelilingi dengan bangunan pencakar langit.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza& Asyraf Khalid

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI