Kecantikan pelakon Emma Maembong tidak perlu disangkal lagi, anak kacukan Malaysia-Scotland ini menangkap mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Baru-baru ini Emma memuat naik rangkaian gambar-gambar maternity shoot yang dilakukan bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Foto yang dimuat naik dalam bentuk gambar hitam putih dan berwarna itu mendapat sentuhan jurufoto terkenal, Pinography.
Disolek dan didandan rapi oleh jurusolek, Gabriel Padan, Emma dilihat selesa menggayakan kot labuh kulit rona coklat dan dipadankan bersama gaun labuh berkait.
Melengkapkan keseluruhan gayanya dia mengenakan aksesori terkenal antarabangsa, Swarovski. Menjadikan momen itu lebih menarik, jenama antarabangsa yang berpangkalan di Austria tersebut turut meninggalkan komen berbunyi, “Naturally Stunning.”
IKLAN
Sehingga kini foto tersebut telah menerima lebih 30 ribu tanda suka dan hampir 200 komen. Ramai warganet meninggalkan komen memuji kecantikan Emma yang kini mengandung anak kedua.
“Tengok gaya perut nak dapat babygirl ni. Tu muka makin berseri-seri,” komen seorang warganet.
“Love sangat couple ni, semoga kekal ke Jannah,” ujar seorang lagi pengikut Instagram Emma.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia 2 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan kesayangan kebanyakan daripada masyarakat kita. Bukan saja perwatakannya yang comel, malah haiwan comel ini juga sangat manja dan mudah dijaga.
Kalau korang sememangnya seorang individu yang sayang kepada haiwan peliharaan ini, confirm tak boleh tengok kucing kan mesti geram je rasa nak peluk.
Jadi, tak hairanlah kalau ada yang sanggup bawa kucing jalanan pulang ke rumah semata-mata kasihan dan ingin menjaga mereka.
Nah, untuk pencinta kucing kami ada beberapa filem nak cadangkan untuk korang tonton.
1. The Cat Funeral
Filem romantik dari Korea ini mengisahkan tentang Dong-Hoon dan Jae-Hee yang hidup bersama. Suatu hari, mereka menemukan seekor kucing di jalanan dan membawa pulang untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah.
Walaupun filem ini bertemakan cinta dan konflik antara pasangan ini, namun aksi lucu si kucing turut mengambil bahagian dalam kisah cinta mereka.
2. The Secret Life of Pets
Bukan hanya untuk peminat kucing, filem ini menceritakan tentang kehidupan haiwan peliharaan di apartmen setelah majikan mereka masing-masing pergi bekerja. Serius comel gila wey tengok gelagat mereka!
3. A Street Cat Named Bob
A Street Cat Named Bob merupakan kisah benar yang diangkat dari sebuah novel mengisahkan tentang James Bowen, seorang lelaki yang tiada tempat tinggal dan bekas penagih dadah berubah selepas kehadiran seekor kucing jalanan yang bernama Bob.
Difahamkan juga, kucing yang berlakon dalam filem ini adalah kucing asli daripada kisah benar tersebut. Ternyata Bob senang memberi kerjasama sepanjang penggambaran dijalankan.
4. Nine Lives
Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan tentang Tom Brand, seorang lelaki yang workaholic dan selalu sibuk sehinggakan jarang bersama anak dan isterinya. Ketika ulangtahun kelahiran anaknya, dia meminta ayahya untuk membeli seekor kucing tetapi Tom menolak kerana tidak suka kepada kucing.
Namun, disebabkan sudah tidak ada hadiah lain jadi Tom membelikan saja kucing kepada anak perempuannya sempena hadiah hari lahir. Jadi macam mana agaknya kisah Tom yang terpaksa berhadapan dengan kucing yang tidak disukainya itu?
5. Cat a Wabb (Cat A.W.O.L)
Filem komedi romantik dari Thailand ini berkisarkan tentang syarikat pengiklanan yang menjadikan kucing sebahagian daripada projek iklan mereka. Kisah ini bukanlah memberi fokus hanya kepada kucing semata-mata, tetapi ia turut menyelitkan aksi kucing comel yang confirm buat cat lovers jatuh cinta.
6. Rudorufu to Ippai – Attena (Rudolf the Black Cat)
Filem animasi Jepun ini mengisahkan tentang persahabatan antara seekor kucing hitam (Rudorufu/Rudolf) dan Ippai-Attena. Rudolf sangat menginginkan kehidupan di luar tempat tinggalnya. Baru saja dia ingin keluar daripada kawasannya itu, Rudolf sudah tersesat jauh daripada rumahnya.
Apakah yang bakal terjadi kepada kucing hitam ini? Ha, korang boleh cari file mini untuk tahu kesudahan nasib Rudolf.
7. A Cat in Paris
Menceritakan tentang seekor kucing hitam yang mempunyai dua kehidupan berbeza. Di siang hari, dia menjadi teman kepada seorang anak kecil dan pada malamnya pula dia menjadi teman kepada seorang pencuri. Filem yang bergenre crime and adventure ini memang layan habis la!
8. Kedi
Lain sikit genre daripada drama, komedi romantik dan animasi, Kedi merupakan sebuah dokumentari tentang kucing jalanan di Istanbul. Kisah kucing-kucing yang memang liar dan berdikari mampu mencari makanan sendiri, serta beberapa kucing jinak yang kadang kala diberi makan oleh orang sekeliling.
Dokumentari ini juga menyelitkan beberapa temubual bersama masyarakat sekeliling yang sering berinteraksi dengan kucing-kucing tersebut.
Amacam, onz tak onz? Geram kan. Grr!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khai Bahar sendiri tidak menyangka impiannya untuk beraksi untuk konsertnya sendiri di Istana Budaya bakal menjadi kenyataan pada bulan Mac ini.
Dengan kerjasama Fauziah Ahmad Daud dan dianjurkan oleh Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, acara yang dinamakan Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule ke Pentas DUnia’ bakal menjadi acara terbesar yang pernah disertai oleh Khai selain daripada beberapa lagi acara berprestij lain seperti Anugerah Juara Lagu.
Bermula semalam, peminat sudah boleh mendapatkan tiket seperti yang tertera di poster. Bermula dari harga RM86 hinggalah ke RM446, tiker termahal yang dijual pula adalah untuk tempat duduk ‘Gold Seat’ yang dijual pada harga RM556.
Menariknya, percaya atau tidak, tiket Gold Seat tersebut telahpun diumumkan habis terjual!
Menerusi akaun Instagram rasmi @konsertkhaibahar, pihak penganjur turut memberitahu bahawa mereka akan menyediakan peluang kepada pemegang tiket RM466 untuk menyertai sesi Meet & Greet yang dianjurkan.
Sementara itu, pemegang tiket Gold Seat pula akan menerima hadiah istimewa daripada Khai Bahar.
*
Hebat eh penangan Khai Bahar walaupun di atas kertas nyata lebih junior berbanding penyanyi lain yang pernah menjayakan konsert di Istana Budaya sebelum ini.
Menurut Khai sendiri pada sidang media yang diadakan semalam, dia enggan terlalu memikirkan soal ‘layak atau tidak’ untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij itu.
“Mana-mana penyanyi akan mempunyai angan-angan untuk mengadakan konsert di Istana Budaya, begitu juga saya. Sesiapa saja berhak untuk mengadakan persembahan di sini.
“Saya sedar masih baru dalam industri dan saya anggap pengalaman ini sebagai cabaran besar yang ingin saya sahut. Ini kerana peluang seperti ini tak selalu datang,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu.
Bagi korang yang ingin merebut tiket Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule ke Pentas Dunia’ pada 27 dan 28 Mac kelak, korang boleh mendapatkan tiket di airasiaredtix.com.
Kehebatan drama Korea tidak perlu dinafikan lagi kerana ia bukan hanya berjaya menarik perhatian peminat di Korea, malah seantero dunia termasuklah di negara kita.
Selain daripada barisan pelakon yang mantap dengan pakej wajah menawan, jalan ceritanya yang menarik juga membuatkan ramai sering ternanti-nanti kemunculan dari satu drama ke drama yang lain.
Beberapa drama terbaharu bagi tahun hadapan telah pun dikongsi oleh portal Allkpop, yang menjanjikan barisan drama menarik untuk ditonton.
Jom kita lihat antara k-drama yang bakal ditayangkan pada tahun 2022.
1. Jaebeol House Youngest Son
Pelakon: Song Joong Ki, Shin Hyun Bin
Diadaptasi daripada novel popular, drama fantasi ini berkisarkan tentang setiausaha yang kembali hidup sebagai anak bongsu chaebol dan memaparkan kisah kehidupan keduanya.
2. Why Oh Soo Jae?
Pelakon: Seo Hyun Jin, Hwang In Yeob
Kisah cinta antara peguam Oh Soo Jae dan seorang pemuda yang membuatkan peguam itu mengubah kehidupannya.
3. A Business Propasal
Pelakon: Ahn Hyoseob, Kim Se Jung
Berdasarkan webtoon popular, drama ini memaparkan seorang lagi chaebol yang menghadiri blind date dengan CEO syarikatnya… dan kisah itu terbongkar dari situ.
4. Twenty-Five, Twenty-One
Pelakon: Nam Joo Hyuk, Kim Taeri
Berlatarkan tahun 1988, drama ini menggambarkan kisah cinta romantik remaja semasa zaman krisis IMF yang mencabar dan sukar.
5. Big Mouse
Pelakon: Yoona, Lee Jong Suk
Diterbitkan oleh penerbit Hotel Del Luna, drama ini membongkar kisah di mana watak-wataknya diadunkan ke dalam insiden pembunuhan, dan mereka berusaha untuk menjadi “big mouse” atau penipu untuk melarikan diri daripada kejadian itu.
6. Again My Life
Pelakon: Lee Junki, Kim Jieun
Drama ini juga berdasarkan drama web, di mana seorang pendakwa mendapat peluang kedua dalam hidup selepas berada di ambang dunia akhirat.
7. Island
Pelakon: Cha Eunwoo, Lee Dahee, Kim Nam Gil
Berdasarkan webtoon, drama ini memaparkan cerita fantasi di Pulau Jeju yang indah dan “rahsia” misterinya.
8. Crazy Love
Pelakon: Kim Jae Wook, Krystal
Drama ini menceritakan kisah antara CEO yang diberi amaran dengan ancaman pembunuhan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...