Luar biasa. Itulah yang mungkin Remaja dapat siumpulkan tentang perjanalan karier Khai Bahar yang mencapai tahap populariti tertinggi dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Khai Bahar yang juga salah seorang penghias muka depan majalah Remaja isu April 2018 telah merangkul tiga anugerah utama di Anugerah MeleTOP Era 2016. Kemenangannya menerusi tiga kategori iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan anugerah utama artis lelaki, Top Top MeleTOP telah membuktikan populariti pelantun suara lagu ‘Bayang’ ini berada di puncak terhebat.
Untuk anugerah Penyanyi MeleTOP, Khai telah menewaskan Siti Nordiana, Ayda Jebat, Hael Husaini dan Haqiem Rusli. Bagis etiap kategori Khai menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi manakala anugerah utama Top Top MeleTOP pula sebanyak RM10,000 berserta trofi.
Ads
Mungkin ada antara korang tidak tahu siapakah insan di sebalik nama Khai Bahar.
Ads
Jom ikuti 5 fakta meletop Khai Bahar!
1. Khai Bahar merupakan anak jati Perlis berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis dan merupakan anak keempat.
2. Sehingga ke hari ini, muzik video rasmi ‘Bayang’ telah ditonton lebih 29.3 juta view di YouTube.
3. Penyanyi yang sangat dikagumi dan diminati oleh Khai Bahar ialah Hafiz Suip kerana baginya dia memiliki range vokal sangat hebat.
4. Lagu nyanyian di SMULE iaitu ‘Flashlight’ (Jessi J) dan ‘Sudah Ku Tahu’ (Projektor Band) telah membuatkan nama Khai Bahar viral dan di situlah segalanya bermula.
5. Pernah menyertai uji bakat pertandingan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahinya pada ketika itu.
10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.
Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.
Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu
Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.
Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.
Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini
Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.
Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.
Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.
Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini
Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.
Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.
“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.
“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.
Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya
Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.
Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.
Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.
Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan isteri tercinta tiga tahun lalu akibat dihanyutkan ombak tsunami menjadi satu lipatan sejarah hitam dalam diri vokalis kumpulan Seventeen ini.
Peristiwa 22 Disember 2018 yang menyaksikan tsunami akibat letusan anak gunung berapi Krakatoa bukan sahaja meragut nyawa isteri bahkan nyawa ahli kumpulan Seventeen yang lain.
Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah telah mengumumkan bahawa dirinya selamat bertunang dengan seorang model yang dikenali dengan nama Citra Monica di laman Instagramnya.
Sumber foto: Instagram Ifan Seventeen
Menariknya pada majlis pertunangan itu, kehadiran bekas bapa mentuanya sangat menyentuh hati. Walaupun bekas menantunya telah menjadi milik wanita lain, dia tetap hadir memberikn tanda sokongan dan kasih sayang sebagai seorang bapa.
Berterima kasih kepada sahabat dan keluarga yang membantu melancarkan majlis pertunangan mereka, pasangan sama cantik dan sama padan ini dijangka akan melangsungkan pernikahan pada penghujung Mei atau Jun nanti.
Ini bagi memberi peluang untuk anak Ifan hasil perkahwinannya yang pertama dengan Ghea Astrid pada tahun 2006 hadir ke majlis kerana kini dia sedang menuntut di sebuah pesantren.
Untuk pengetahuan pembaca, Citra Monica juga memiliki seorang anak hasil perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: Kompas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ura-ura kumpulan K-Pop popular, Blackpink akan mengeluarkan comeback single mereka pada akhir bulan Mac telah berterbangan sejak akhir Februari lagi. Tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan yang ia (1) diumumkan sebegitu pantas dan (2) poster teaser pertama mereka adalah hot seperti ini!
Single berjudul Kill This Love itu telah diumumkan pada jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia) dan ia merupakan single terbaru anggota Blackpink selepas ‘Solo’ nyanyian Jennie berjaya menjuarai kedudukan pertama carta tahun lalu.
Netizen rata-rata tidak mampu membendung rasa teruja mereka dengan poster pertama yang menampilkan Lisa. Buktinya, tiga topik trending teratas diungguli oleh Blackpink di Twitter. Ramai yang menyatakan keterujaan mereka melalui hashtag #KillThisLove, #Lisa dan #Blackpink.
Kill This Love akan diputarkan secara rasmi pada 5 April kelak. Nantikan!
Dalam pada itu, terdapat 2 lagi perkhabaran baik untuk Blackpink, pagi ini.
Setelah poster Kill This Love dimuat naik, syarikat naungannya YG Entertainment melaporkan saham mereka serta-merta melonjak naik.
Ia adalah satu perkembangan baik setelah kes skandal anggota Big Bang, Seungri membantutkan stok saham mereka. Skandal itu juga ‘berjaya’ mengheret stok saham syarikat lain seperti JYP dan SM Entertainment untuk turut sama jatuh.
Sumber: All KPop
Selain itu, akaun YouTube Blackpink juga dilihat sudah melepasi 20 juta subscribers. Hanya pada bulan Ogos tahun lalu, ia mencecah angka 10 juta. Dalam masa 8 bulan saja, ia telah melipat sekali ganda kerana sokongan Blinks seluruh dunia.
Apapun REMAJA tak sabar untuk mendengar Kill This Love, April ini.
Blackpink daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...