Ratu boling padang negara, Emma Firyana Saroji baru-baru ini mencuri perhatian apabila berjaya merampas kedudukan sebagai pemain boling padang wanita nombor satu dunia sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet terbaik negara di pentas antarabangsa.

Menerusi kedudukan dunia wanita yang dikemas kini dalam World Bowls Series, beliau kini menghuni tangga teratas dengan kutipan 787 mata. Pencapaian itu turut menyaksikan atlet berusia 39 tahun tersebut mengatasi pencabar terdekat dari Australia, Jamie-lee Worsnop yang mengumpul 709 mata, manakala Cheryl Chan dari Hong Kong berada di kedudukan ketiga dengan 694 mata.

Emma Firyana Lakar Sejarah Baru, Kini Dinobat Pemain Boling Padang Nombor Satu Dunia

Dalam pada itu, kejayaan menduduki ranking teratas dunia itu hadir susulan prestasi konsisten Emma sepanjang musim, termasuk kejayaan merangkul kejuaraan acara perseorangan wanita Piala Dunia yang berlangsung di Bukit Kiara pada November tahun lalu.

Ads

Kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi yang membanggakan buat Emma, malah turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara kuasa yang semakin disegani dalam sukan boling padang di peringkat antarabangsa.

Peningkatan ranking itu juga menjadi suntikan motivasi terbaik buat atlet berpengalaman tersebut menjelang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel yang bakal berlangsung di Glasgow, Scotland.

Ads

Emma Firyana Lakar Sejarah Baru, Kini Dinobat Pemain Boling Padang Nombor Satu Dunia

Dengan pengalaman luas yang dimiliki, Emma dijangka menjadi sandaran utama skuad boling padang negara untuk memburu kejayaan serta menghadiahkan kilauan pingat kepada kontinjen Malaysia pada temasya berprestij itu.

Ads

Pada usia 39 tahun, Emma terus membuktikan bahawa disiplin, pengalaman dan prestasi yang konsisten mampu meletakkannya sebaris dengan atlet terbaik dunia, selain menjadi inspirasi kepada generasi baharu yang ingin mencipta nama dalam sukan boling padang.

Pencapaian membanggakan ini sekali lagi membuktikan kemampuan atlet negara untuk bersaing di pentas dunia, sekali gus memberi harapan agar momentum kecemerlangan Emma Firyana dapat diteruskan apabila cabaran Sukan Komanwel membuka tirainya dari 23 Julai hingga 2 Ogos nanti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads