Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.

Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).

Dahulunya Hanya Pekerja Gucci, Kini Bergelar Kekasih Cristiano Ronaldo
Instagram: @georginagio
Dahulunya Hanya Pekerja Gucci, Kini Bergelar Kekasih Cristiano Ronaldo
Instagram: @georginagio

Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.

I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.

Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.

IKLAN

“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”

Dahulunya Hanya Pekerja Gucci, Kini Bergelar Kekasih Cristiano Ronaldo
Instagram: @georginagio

Itulah antara bait yang diucapkan oleh gadis bertuah ini ketika menceritakan perubahan hidupnya selepas bertemu dengan Cristiano Ronaldo.

Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

IKLAN

Kisah pasangan ini juga sempat trending di aplikasi TikTok apabila kebanyakan wanita membuat video parodi sedang mencari pekerjaan di butik Gucci.

@j.aliz I’m really good at sales #iamgeorgina #netflix ♬ Computer Keyboard Typing Sound Effects – Sound Effects Nation

IKLAN
@burcu_inkuwait 🙈 #netflix #netflixseries #gucci #iamgeorgina ♬ Computer Keyboard Typing Sound Effects – Sound Effects Nation

Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI