Emas Pearly & Thinaah Pastikan Malaysia Lepas Sasaran Sukan Komanwel 2022

Share

 

Hanya dalam tempoh 33 minit perlawanan, satu lagi pingat emas yang ditagih oleh rakyat Malaysia berjaya dituai daripada arena sukan badminton.

Pingat emas ketujuh negara di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 ini menjadi kenyataan menerusi beregu utama wanita, Pearly Tan – Thinaah Muralitharan. Ia setelah mereka mengenepikan saingan pasangan tuan rumah, Chloe Birch – Lauren Smith 21-5, 21-9 di National Exhibition Centre sebentar tadi.

(Dari kiri) : Pearly Tan – Thinaah Muralitharan.
Pearly Tan – Thinaah Muralitharan mengenepikan saingan pasangan tuan rumah, Chloe Birch – Lauren Smith 21-5, 21-9. Kredit Foto : NSTP

ARTIKEL BERKAITAN : Tuah Nur Dhabitah, ‘Hadiahkan’ Perak Kedua Di Birmingham Buat Malaysia – REMAJA

Tekanan pastinya dirasai beregu wanita di kedudukan 11 dunia itu setelah pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong terlebih dahulu tewas kepada pemain India, Lakshya Sen hari ini dan hanya berupaya membutirkan satu pingat perak.

Namun sebaliknya, sosok duo ini langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi cemas dan tenang sahaja memberikan saingan. Dengan kejayaan Pearly dan Thinaah ini, Malaysia kini meraih tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Semalam, atlet gimrama negara, Ng Joe Ee telah menggembirakan rakyat Malaysia setelah mencapai sasaran pingat emas keenam yang diletakkan ke atas kontinjen negara untuk temasya kali ini.

BACA LAGI : Pelajar SMK Puteri Titiwangsa, Ng Joe Ee Cemerlang Sumbang 2 Pingat Emas Untuk Malaysia – REMAJA

Acara penutup Sukan Komanwel 2022 dijadualkan berlangsung di Stadium Alexander bermula jam 3 pagi (Selasa) waktu Malaysia, esok.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN