Setelah berdepan episod hitam dalam hidupnya, Datuk Red atau nama sebenar, Datuk Seri Adnan Abu hari ini memanjatkan rasa syukur apabila diberikan peluang kedua untuk mencari sinar kehidupan.

Terdahulu pada 25 Oktober 2023, Datuk Red telah menerima penfailan cerai oleh bekas isteri yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor atas sebab tiada persefahaman.

Siapa sangka, Datuk Red pada ketika itu sudahpun diisytiharkan muflis selama lima tahun tanpa memiliki sebarang pendapatan sehingga perlu menumpang belas ihsan isterinya itu.

Dalam temubual bersama media, Datuk Red mengulas bahawa gelaran biawak hidup itu sememangnya menceritakan keadaannya dan beliau tidak malu dengan gelaran itu.

Cuma, perasaan beliau tercuit sedikit mengenangkan nasib anak-anak yang meminta baju raya seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

Apatah lagi apabila Datuk Red mengaku dirinya tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk membeli juada berbuka puasa sehingga terpaksa meminta Adira menghulurkan RM100 sebagai pinjaman.

IKLAN

Mengenangkan nasibnya itu, hari ini Datuk Red diumumkan sebagai model baju Melayu bagi jenama Jakel setelah sekian lama menganggur.

Jejaka berusia 46 tahun itu ditampilkan dalam video hantaran akaun Jakel Textile sebentar tadi.

Datuk Red Temui Sinar Selepas 5 Tahun Muflis. Kini Model Baju Raya Jakel, Adira Pesan Elok-Elok Kerja

“Bismillah. Terima kasih di atas atas peluang yang tidak disangka-sangka ini. Ini adalah kali pertama saya menjadi model bagi jenama fesyen dan saya terharu dengan peluang ini,” catatnya di akaun TikTok.

IKLAN

Selain menerima bayaran selaku model pakaian, Datuk Red juga khabarnya menerima hadiah berupa pakaian hari raya untuknya sekeluarga oleh Jakel.

Datuk Red Temui Sinar Selepas 5 Tahun Muflis. Kini Model Baju Raya Jakel, Adira Pesan Elok-Elok KerjaDatuk Red Temui Sinar Selepas 5 Tahun Muflis. Kini Model Baju Raya Jakel, Adira Pesan Elok-Elok Kerja

Turut mencuri tumpuan adalah pesanan bekas isterinya, Adira di hantaran Jakel Textile tersebut.

Datuk Red Temui Sinar Selepas 5 Tahun Muflis. Kini Model Baju Raya Jakel, Adira Pesan Elok-Elok Kerja

IKLAN

Dalam pada itu, seorang lagi pempengaruh popular, Abang Tesla turut meminta Datuk Red untuk menghubunginya bagi memudahkan pemberian bantuan agar Datuk Red sekali lagi dapat bergelar ahli perniagaan.

Semoga dengan sinar Ramadan ini, rezeki Datuk Red sekeluarga akan mula melimpah-ruah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI