Kecemerlangan demi kecemerlangan dituai oleh penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri di Sandwell Aquatics Centre, Birmingham.
Dhabitah yang merupakan sebahagian daripada skuad terjun negara yang kini berada di Kejohanan Dunia Sukan Komanwel Birmingham 2022 terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan bersama Wendy Ng Yan Yee, baru-baru ini.
Nur Dhabitah, Maddison Keeney dan Mia Jolie Doucet Vallee bergambar bersama pada majlis penyampaian pingat dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Centre, pada Ahad. –fotoBERNAMA
Terbaru, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat perak kedua pula kepada Malaysia dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.
Ads
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir, bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.
Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata. Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Ads
“Untuk Sukan Komanwel kali ini, memang saya tak fokus sangat (pada) acara ini (3m papan anjal) kerana saya lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama,” katanya kepada Bernama.
Terdahulu, kali terakhir beliau beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata anak perempuan tak mampu menempah kejayaan di lapangan yang lasak.
Apatah lagi dalam bidang ketenteraan udara! Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua graduan dan wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.
Diiktiraf sebagai Juruterbang Wanita Berbangsa India Pertama, bukan saja menjadi kebanggaan kepada Lt Lohappriya, malah turut dijadikan lambang kejayaan Pasukan Udara Diraja Malaysia (TUDM) melahirkan juruterbang serba boleh.
Menerusi Facebook TUDM, semalam telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18.
MAJLIS PENYAMPAIAN SAYAP PENERBANGAN KURSUS ASAS PENERBANGAN SIRI 81/18 DAN KURSUS ASAS PENERBANGAN HELIKOPTER SIRI…
Yang menariknya dari semua penerima sayap penerbangan, beberapa orang darinya merupakan anggota wanita TUDM antaranya Lt Lohappriya Manisegaran
Bukan sahaja membanggakan kaum wanita malahan lebih menariknya apabila dikhabarkan, Lt Lohappriya adalah wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.
Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Parthiban Al Muniandy
.
Majlis penyampaian Sayap Penerbangan Lt Lohappriya dan pelatih lainnya telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.
Laman Facebook TUDM turut berkongsi foto-foto dan majlis sewaktu majlis tersebut dijalankan.
Rata-rata warganet turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada juruterbang wanita berbangsa India pertama negara itu yang mana menurut mereka pastinya akan memberikan inspirasi kepada semua wanita diluar sana.
REMAJA turut sama berbangga dengan kejayaan Lt Lohappriya dan rakan-rakan ini. Best of luck on your future!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BIADAB. mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang remaja lelaki yang sanggup menumbuk seorang lelaki tua, si penjual roti apabila tindakannya mengambil roti tanpa membayar dihalang.
Sanggup Tumbuk Pakcik Tua Sebaya Bapanya!
Tular video di laman sosial yang telah menimbulkan reaksi geram kerana tindakan remaja terbabit. Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat hampir seribu lebih komen daripada para netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya.
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan remaja lelaki itu dilihat mengambil beberapa bungkusan roti yang digantung dan terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Sedar dengan perbuatan pemuda itu, pakcik peniaga roti terbabit dilihat mengejar lelaki itu untuk mengambil semula roti-roti jualannya. pemuda berkenaan seperti enggan melepaskan semula roti yang diambil malah menyembunyikan di belakang badannya.
Paling sadis, lelaki itu bertindak menyerang peniaga tersebut dengan menghayunkan tangannya ke arah dada peniaga tersebut dan terus beredar.
Penulis paling sedih melihat video pakcik tua ini memegang dan mengusap dadanya yang telah ditumbuk oleh remaja lelaki berbaju merah itu. Mungkin kesan daripada tumbukan itu masih terasa sakitnya. Emmm
Netizen Turut Rasa Kesal & Marah
Rata-rata warganet jelas kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemuda itu malah dilabelkan sebagai biadab.
Bagi penulis adab itu harus ditanam dalam setiap diri remaja sekarang agar tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di masa hadapan. Tak salah kan minta kalau tiada wang pun.
Sumber : Facebook Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, kini seorang lagi pemuda yang dipercayai dari Jakarta mampu meraih 25 juta tontonan dengan hanya melakukan aksi termenung di aplikasi TikTok.
Mempunyai seramai 381.5 ribu pengikut di TikTok, akaun yang dikenali sebagai @anhtrantan ini memuat nak video pertamanya pada September lalu dan menerima lebih daripada 5 juta tanda suka.
Kadangkala kita tidak perlu memerah otak sangat untuk memikirkan content apa yang akan menarik perhatian orang ramai.
Mungkin si perakam video hanya merekodkan video ‘termenung’ ini secara spontan dan hanya untuk suka-suka. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral. Betul tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!