Pemandu kenderaan Perodua Bezza, Kimi yang merupakan salah seorang mangsa insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun kongsikan sesuatu yang berjaya menarik perhatian netizen.
Kimi, 26 yang turut dikenali menerusi akaun TikTok @hayyi_kimi telah memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dashboard cam) berdurasi 1 minit 18 saat yang memaparkan kejadian mencemaskan pada 7 Mei itu.
Jelas, keretanya remuk dek pokok tumbang besar akibat angin kencang dan hujan lebat kira-kira jam 2.19 petang. Namun dirinya terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Kimi kemudiannya dilaporkan diserah kepada paramedik untuk rawatan lanjut.
Ads
Menerusi perkongsian klip itu juga, Kimi telahpun menjawab salah satu persoalan netizen mengenai keperibadiannya dan apakah amalan yang selalu dipraktikkan sehingga Allah SWT melindunginya daripada diapa-apakan dalam kejadian tersebut.
“Macam mana kereta teruk tapi tuan badan biasa sahaja. Macam tak logik. Anggota Polis pun siap tanya apa amalan Cik?
Ads
“Bagi menjawab pertanyaan. Sebenarnya tiada apa-apa amalan khas yang diamalkan oleh saya. Cuma saya lazimkan baca selawat paling kurang 1k (1000 kali) sehari dan hampir 3 tahun saya amalkan. Itu sahaja.
“Banyak juga perkara dimudahkan sepanjang beramal selawat. Sahabat boleh cuba amalkan dan lihatkan sendiri dengan izinNya. Memang ajaib,” katanya.
Sambil itu, Kimi turut berkongsikan potongan ayat suci Surah al-Talaq (3) yang bermaksud:
Ads
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Dalam pada itu, Kimi turut memohon agar orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan Allah untuk menghadiahkannya dengan kereta baharu memandangkan beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga selama sebulan dan memerlukan kenderaan untuk urusan harian serta mencari rezeki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umatnya. Terdapat 114 surah dengan 6236 ayat yang terkandung dalam kitab suci itu dan ia juga merupakan penawar bagi segala masalah dan penyakit yang kita hadapi.
Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang korang boleh amalkan untuk mendapat syafaat daripadaNya. Apa yang penting, korang kena tahu surah-surah yang mana boleh diamalkan untuk mendapat kelebihan tertentu atau pun menjadi penawar kepada sesuatu penyakit.
Gambar hiasan
Berikut antara surah-surah yang mempunyai doa khusus yang boleh korang amalkan dalam kehidupan harian.
1. Al Waqiah
Dimurahkan rezeki
2. Ar-Rahman
Mendapat syafaat di hari Kiamat
3. Al-Mulk
Selamat daripada seksa kubur
4. Al-Hajj
Supaya cepat dapat jodoh
5. Yassin
Dipermudahkan segala urusan
6. Al-Kahfi
Terhindar daripada fitnah
7. Al-Baqarah
Mengusir gangguan makhluk Allah seperti jin, biasanya dibaca untuk menghalau gangguan di dalam rumah
8. Ad-Dhuha
Terhindar daripada sifat lalai atau pelupa
9. Al-Ikhlas
Baca 10 kali sehari, dibangunkan rumah di syurga
10. Al-Falaq dan An-Nas
Dua surah perlindungan daripada gangguan jin, sihir dan kejahatan manusia
11. Al-Fatihah
Ubat kepada segala kebaikan dan penyakit
12. Al-Anbiya
Untuk pasangan yang belum mempunyai zuriat atau ingin menambah zuriat
13. Al-Muzzammil
Disarankan untuk pasangan suami isteri membacanya jika sering dilanda masalah
14. Al-Adiyat
Bagi mereka yang mempunyai hutang dan ingin cepat melunasinya
Walau bagaimanapun, jika korang mempunyai sesuatu hajat, jangan lupa diiringi dengan usaha juga. Setelah berdoa barulah bertawakal kepada Allah SWT. Jangan pula hanya berdoa tapi tidak berusaha. Wallahualam!
DAH hujung tahun, setiap kali berkumpul dengan keluarga, soalan yang sama pasti akan muncul tanpa gagal, “Bila nak kahwin?”
Bagi sesetengah orang, ia mungkin sekadar gurauan ringan atau pembuka bicara. Namun bagi segelintir individu, pertanyaan itu mampu mencetuskan rasa tertekan, malu atau keinginan untuk mengelak daripada terus berada dalam perbualan tersebut.
Gambar Hiasan AI
Manakan tidak, soalan itu seolah-olah menjadi penanda aras kejayaan hidup apabila usia semakin meningkat. Harapan keluarga agar menjejak kaki ke gerbang perkahwinan pula dirasakan semakin mendesak, tanpa mengambil kira keadaan emosi, kewangan dan kesiapsiagaan individu itu sendiri.
Tidak hairanlah ramai golongan muda hari ini berasa terbeban dengan tekanan sosial, lebih-lebih lagi apabila jiran tetangga, saudara mara, malah rakan sekerja tidak henti-henti bertanya tentang status cinta dan tarikh perkahwinan.
Dalam gurauan ringan itu, terselit satu mesej yang sering tidak disedari iaitu hidup bujang seolah-olah dilihat tidak lengkap. Sedangkan hakikatnya, setiap individu mempunyai pilihan dan perjalanan hidup yang berbeza.
Gambar Hiasan AI
Namun, di sebalik jenaka dan desakan halus tersebut, satu kajian antarabangsa membongkar hakikat yang lebih serius. Kehidupan bujang bukan sahaja menimbulkan tekanan sosial, malah berpotensi memberi kesan kepada kesihatan dan jangka hayat seseorang.
Bujang Berisiko Meninggal Dunia Lebih Awal?
Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan individu bujang berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang berkahwin. Dapatan ini sekali gus menjadikan persoalan klasik orang tua-tua itu bukan sekadar gurauan, tetapi mempunyai asas saintifik.
Menurut penyelidik Universiti California, Robert Kaplan dan Richard Kronick, individu bujang tetap berisiko meninggal dunia lebih awal walaupun mereka mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam dan tidak mengalami masalah berat badan.
Kajian tersebut melibatkan data bancian dan sijil kematian seramai 67,000 orang dewasa di AS antara tahun 1989 hingga 1997, merangkumi golongan muda hingga warga emas.
Daripada jumlah itu, hampir separuh responden berkahwin, kurang 10 peratus adalah balu atau duda, 12 peratus bercerai, tiga peratus berpisah, lima peratus tinggal bersama tanpa berkahwin, manakala seorang daripada lima tidak pernah berkahwin.
Hasil kajian mendapati risiko kematian bagi individu bujang adalah sehingga 58 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang berkahwin dan tinggal bersama pasangan.
Lelaki Bujang Paling Terjejas
Richard Kronick menjelaskan, dalam kalangan golongan muda yang tidak pernah berkahwin, punca utama kematian adalah penyakit berjangkit seperti AIDS serta kemalangan.
Bagi kelompok pertengahan umur pula, penyakit kardiovaskular dan penyakit kronik dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kematian awal.
Kajian itu turut menunjukkan bahawa lelaki bujang lebih berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding wanita bujang. Malah, lelaki berusia antara 19 hingga 44 tahun yang tidak berkahwin didapati dua kali ganda lebih berisiko meninggal dunia awal berbanding lelaki sebaya yang telah berkahwin.
Pengasingan Sosial Jadi Punca Utama
Prof Kaplan menjelaskan bahawa perkahwinan sering menjadi gambaran kepada kewujudan hubungan sosial yang lebih stabil.
Individu yang tidak pernah berkahwin berkemungkinan mengalami pengasingan sosial yang lebih ketara kerana kurang keterikatan dengan pasangan, anak atau struktur keluarga.
“Pengasingan sosial boleh meningkatkan risiko kematian pramatang,” jelasnya.
Pandangan ini turut disokong Ketua Eksekutif Scottish Marriage Care, Mary Toner, yang menyatakan bahawa hubungan stabil dan perkahwinan sihat bukan sahaja menyokong kesejahteraan emosi, malah memberi perlindungan kepada kesihatan.
“Gaya hidup terasing atau terlalu menyendiri boleh menjejaskan kesejahteraan seseorang, manakala hubungan yang stabil memperkayakan kehidupan,” katanya.
Bukan Tekanan, Tetapi Kesedaran
Kajian ini wajar dilihat sebagai peringatan tentang kepentingan hubungan sosial dan sokongan emosi dalam kehidupan, bukan sebagai tekanan untuk berkahwin secara terburu-buru.
Bagi individu bujang, isu ini bukan sekadar desakan keluarga yang perlu dihadapi, tetapi peluang untuk menilai semula gaya hidup, tahap sokongan sosial dan kepentingan membina hubungan bermakna sama ada melalui keluarga, sahabat atau pasangan.
Kesimpulannya, perkahwinan bukan sekadar ikatan emosi, tetapi turut berperanan sebagai ‘perisai’ kepada kesihatan dan jangka hayat. Kajian mendapati individu bujang, terutamanya lelaki muda, mempunyai risiko kematian lebih awal yang lebih tinggi, dengan pengasingan sosial dikenal pasti sebagai faktor utama.
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini tampil menjelaskan sebab beliau memilih untuk tidak menyediakan sistem ‘walk-in’ di restoran miliknya, Rembayung, meskipun terdapat permintaan banyak daripada orang ramai yang mahu menikmati hidangan tanpa membuat tempahan awal.
Menerusi sebuah perkongsian di Threads milik beliau, Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (34) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor lokasi restoran yang berbeza berbanding premis makanan yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.
Menurutnya, konsep beratur dalam tempoh yang lama di kawasan terbuka bukanlah pengalaman yang terbaik untuk pelanggan, terutama ketika cuaca panas. Situasi itu juga boleh memberi cabaran kepada golongan warga emas, keluarga yang membawa anak kecil serta pelanggan yang memerlukan kemudahan asas seperti surau dan tandas.
Pada masa yang sama, beliau turut mengambil kira kesan terhadap kawasan sekitar termasuk isu parkir dan aliran trafik yang berpotensi menjejaskan peniaga lain serta penduduk berhampiran sekiranya jumlah pengunjung meningkat secara mendadak.
“Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dlm panas,” katanya.
Tambahnya, sistem tempahan yang digunakan ketika ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih teratur dan selesa tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang sebelum mendapatkan tempat duduk.
View on Threads
“Dengan reservation pelanggan turun kereta dan terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan,” jelasnya lagi.
Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial. Rata-rata menyokong pendekatan yang diambil oleh usahawan berkenaan dan berpendapat sistem tempahan lebih praktikal dalam menguruskan kehadiran pelanggan, selain membantu mengelakkan kesesakan yang tidak terkawal di lokasi restoran.
Untuk rekod, Khairul Aming dikenali sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten menghasilkan video resipi sepanjang Ramadan, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan berjaya dan figura berpengaruh dalam dunia digital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!