Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Jika sebelum ini jutawan dunia ini dikatakan ‘troll’ satu dunia berkenaan berhasrat memiliki keseluruhan laman sosial popular Twitter. Musk meneruskan juga hasrat pembelian bagi menanggung kes beliau diheret oleh Twitter kerana melanggar perjanjian asal.
Ads
Terbaru, pagi ini secara rasmi beliau mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”
Foto Via The Economic Times
Musk juga sudahpun mengesahkan tidak akan membuang 75% kakitangan seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi CEO Parag Agrawal, CFO Ned Segal dan ketua polisi serta keselamatan Vijaya Gadde telahpun dipecat serta merta. Antara rancangan awal Musk ialah untuk menjadikan Twitter sebuah aplikasi super seperti WeChat.
Wah, tahniah Elon Musk sebagai pemilik Twitter yang baru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia kini sedang khusyuk mengikut perbicaraan kes penderaan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Satu-persatu saksi pendakwaan diperkenalkan bagi menjawab persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara bekas penghuni rumah kebajikan Rumah Bonda dengan pengasasnya, Siti Bainun Ahd Razali.
Setelah kenyataan awal daripada saksi dakwaan diberikan, semalam Mahkamah Sesyen telah ditunjukkan beberapa klip video yang menunjukkan salah seorang bekas penghuninya, Yasmin Nahar Mahmood yang dilayan seperti ‘hamba abdi’ oleh Siti Bainun; seperti yang didakwa Yasmin sebelum ini.
Yasmin, 19 yang juga merupakan saksi pendakwaan kelima dilihat ada bersama-sama Bella dalam video tersebut. Ia memaparkan sambutan Aidilfitri dan semasa sambutan hari jadi Yasmin, selain percutian Siti Bainun di sebuah hotel bersama dua penghuni itu.
Mengulas mengenai video Aidilfitri pada 22 Mei 2021 itu, peguam Siti Bainun iaitu Nur Aminahtul Mardiah Md Nor bertanyakan kepada Yasmin siapakah yang Bella peluk paling lama. Jawab Yasmin, Siti Bainun. Yasmin juga mengiyakan apabila ditanya jika Bella tidak takut dan sanggung memeluk insan yang didakwa merupakan penderannya paling kuat.
Nur Aminahtul juga mempersoalkan tuduhan kononnya Bella dikatakan Yasmin asyik terjatuh apabila berjalan kerana kakinya lemas setelah sering didera. Ini berikutan paparan klip video tersebut yang menunjukkan Bella boleh berjalan seperti biasa. Begitupun, Yasmin menafikan keterangan diberikannya sebelum ini adalah palsu.
Siti Bainun, 30 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Dia didakwa melakukan perkara itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.
Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah yang berlaku kepada pelawak komedi wanita dalam video kontroversi di sebuah kelab komedi tempatan yang tular hanya sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah atau Amy itu telah ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan terhadap video yang disyaki menghina agama Islam itu.
Hari ini, Setiausaha Polis Diraja Malaysia iaitu Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan membuat permohonan sambung remang terhadapnya. Ini susulan tempoh reman yang akan tamat esok.
Sementara itu, teman lelaki kepada Amy yang dikenali sebagai Alex juga telah ditahan Unit Siasatan jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam dan akan direman selama tiga hari hingga Rabu bagi membantu siasatan.
Menerusi video berdurasi 54 saat di media sosial itu, Amy yang berimej hijab dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaian hingga meninggalkan pakaian yang mencolok mata. Perbuatan tersebut kemudiannya mendapat sorakan dalam kalangan penonton di kelab itu.
Setelah tular, ia mengundang pelbagai komen netizen termasuklah para pendakwah, selebriti dan pempengaruh.
Kertas siasatan terhadap mereka akan segera dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).
Tambah Noorsiah lagi, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengambil tindakan menggantung operasi kelab di Taman Tun Dr Ismail itu segera.
Belia Perlu Guna Akal – Faizal Azumu
Dalam pada itu, isu video kontroversi tersebut juga telah mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan yang berpendapat perbuataan tersebut bukanlah imej sifat seseorang manusia yang baik.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan belia agar menjauhi sifat negatif sedemikian dan terus berusaha memperbaiki diri.
“Manusia ini kita mesti ada rasa malu. Kalau dah tak ada rasa malu ini, kita dah letakkan diri kita setaraf dengan mahluk-mahluk yang Allah ciptakan yang tidak mempunyai akal. Jadi ini perkara yang perlu kita jauhi.
“Saya harap anak kita yang telah lakukan perkara itu bertaubat, jangan hina agama sendiri, jangan jolok pula perasaan dan hati rakan-rakan lain yang beragama Islam dan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.
Sambil itu, beliau turut berharap agar belia tempatan lain mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dan cuba membaiki diri sendiri.
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah pembantu rumah lari dan sebagainya bukanlah satu perkara yang baru. Ada yang bekerja tidak sampai seminggu, kemudian menghilangkan diri pun ada.
Malang tidak berbau, baru-baru ini kakak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman meminta orang ramai untuk mengesan pembantu rumah ibu mertuanya yang melarikan diri dari rumah.
Menerusi entri dikongsikan oleh Noor Hayati atau mesra disapa Yatie, suspek dikenali Citra turut membawa lari barangan kemas ibu mentuanya bersama.
Dalam hantaran tersebut, Yatie juga memaklukan mereka menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuan
Bawa lari barang kemas bernilai RM300,000
Sementara itu, ibu kepada usahawan berkenaan iaitu Rozita Ibrahim turut berkongsi hantaran yang sama kepada pengikut media sosialnya dan memberitahu suspek telah melarikan barangan kemas besannya bernilai RM300,000.
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Pun begitu, hantaran terbaru Yatie menyatakan hal ini telah selesai dan pembantu rumahnya telah dijumpai hanya satu malam.
Namun, banyak barang yang hilang tidak ditemui kerana telah digadai. Menurut Yatie lagi kes masih dalam siasatan polis, dan dia berterima kasih kepada semua yang membantu prihatin dengan malang yang menimpa diriya dan keluarga.
Sumber Foto Via Instagram Yatie Kamarzaman
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.