Hari ini bermulalah penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci Makkah. Betapa beruntungnya mereka yang dapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam ke 5 ini iaitu menunaikan fardu haji bagi yang mampu.
Tidak hanya golongan berusia, ada juga di kalangan remaja yang berpeluang menunaikan haji pada usia muda kerana nama mereka tersenarai dan telah mendaftar awal bersama Tabung Haji sejak kecil lagi.
Jika saban masa kita mengetahui keadaan cuaca di Makkah agak panas, tahun ni bakal Jemaah berhadapan cuaca yang agak panas dan dijangka mencecah 50 darjah Celsius.
Bagi anak-anak yang ada ahli keluarga mereka dapat menunaikan haji tahun ini, ada pesanan penting untuk korang sampaikan pada mak ayah ya iaitu bawalah bekalan ubat air garam ini kerana ia dapat menampung kembali tenaga yang terhidrat akibat cuaca panas bakal dihadapi kelak.
Pesan pada mak ayah jangan lupa bawa ubat garam ini ya agar tidak terjadi strok haba.
Baca perkongsian dari Public Health Malaysia ini mengenai hal ini.
Ads
Tolong kongsikan infomasi penting ini!
Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas dan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius!
Strok haba merupakan antara masalah kesihatan utama semasa tempoh ini dan perlu diambil perhatian SERIUS.
AMBIL TEMPOH MASA UNTUK MENYESUAIKAN DIRI
Semasa berada di Malaysia dan sebaik tiba di Saudi, dedahkan tubuh dengan cuaca panas SECARA BERPERINGKAT sebelum mula kemuncak ibadah haji.
Ads
Ini penting untuk membolehkan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan belajar untuk mengurangkan suhu badan dengan cepat.
Tempoh penyesuaian suhu ini mengambil masa 1- 2 minggu.
MINUM ORS
Ads
ORS dan Oral Rehydration Salt adalah antara paling penting, mudah dan selamat untuk mencegah masalah strok haba.
Apabila berpeluh terlalu banyak, garam akan keluar dari tubuh, apabila garam mula rendah anda mula berasa lesu, pening, kaki dan perut mula rasa kejang.
ORS ini dapat mengantikan garam dan air dengan pantas dan berkesan.
Setiap individu inginkan hari tua yang menenangkan selepas tempoh persaraan kerana inilah masanya untuk mereka berehat setelah sekian lama penat bekerja.
Thailand disifatkan antara ’25 tempat terbaik untuk bersara’ oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
Negara tersebut menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9 meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia pula berada di kedudukan ke-15 dengan purata markah 72.
Menurut International Living, negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.
Keputusan ini dibuat dengan menilai beberapa siri kriteria termasuklah kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini adalah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpul di lapangan.
Untuk makluman, International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop serta maklumat mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.
Pulau-pulau di Thailand pun memang cantik dan menenangkan kan? Maka, tidak hairanlah sekiranya negara ini tersenarai antara tempat terbaik untuk bersara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu pencemaran udara yang melanda Malaysia bertukar serius apabila semakin banyak lokasi titik panas yang dilaporkan.
Malah penutupan sekolah di beberapa buah negeri juga merisaukan rakyat mememandangkan musim peperiksaan sedang berlangsung dan sesetengah daripadanya bakal menjelang.
Wilayah Persekutuan Putrajaya antara kawasan paling teruk tercemar disebabkan jerebu.
Hari ini, satu lagi laporan mendukacitakan telah dikeluarkan oleh rakan media di New Straits Times.
Bandar yang menerima implikasi jerebu paling buruk buat masa ini iaitu Kuching Sarawak telahpun dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia disebabkan pencemaran udara yang sedang berlaku.
Ia berdasarkan kepada laporan Indeks Kualiti Udara Amerika Syarikat (AQI) – pada kadar 202. Ini bermakna Kuching kini lebih teruk dicemari berbanding beberapa bandaraya dunia yang sinonim dengan isu pencemaran udara seperti Beijing China dan New Delhi, India.
Ia bertambah serius berbanding catatan AQI pada hari Rabu lalu iaitu 165 yang mengakibatkan Kuching tersenarai dalam carta bandar paling tercemar di dunia. And now, Kuching is at the top of THAT list.
Untuk pengetahuan, catatan AQI tidak sama dengan catatan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (API). Oleh itu, jelas figura yang ditunjukkan oleh kedua-dua catatan tersebut adalah berbeza.
Selain Kuching, antara bandar di Malaysia yang sedang bergelut dengan isu pencemaran jerubu ialah Putrajaya (199) dan Nilai (168).
*
Lantas, Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada tengah hari tadi.
Walaupun ia boleh membantu untuk mengurangkan bacaan API, itu tak bermaksud jerebu akan berkurangan serta-merta sekiranya kebakaran yang sedang melanda Indonesia gagal dipadamkan denga kadar segera.
Sejak kecil, impiannya mahu bergelar arkitek. Malah dia sudah pun peroleh Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dua tahun lalu. Namun tiada siapa menduga perjalanan hidupnya.
Kemalangan di tempat kerja ketika membuat pemeriksaan bangunan, jatuh dari tingkat enam ke tingkat lima sehingga mengakibatkan otaknya membengkak sebelum doktor bertindak memotong sebahagian tempurung kepalanya (kemudian dipasang semula selepas enam bulan), koma dua minggu sebelum bed riding 6 bulan antara pengalaman sukar dilupakan.
Menurut Ibun Muhamad Harith Ibad bin Zaini, 26, kejadian menimpanya dua tahun lalu mengubah keseluruhan perjalanan hidupnya.
Beginilah keadaan Ibun ketika terlantar sakit sebelum ini.Koma dua minggu dan bed riding 6 bulan akibat kemalangan di tempat kerjaIbun akui dia sentiasa mencari sisi positif untuk masa depan dirinya dan keluarga yang amat disayanginya
Berkongsi bagaimana kemalangan terjadi, jelas Ibun sebaik tamat peperiksaan akhir, sebagai anak sulung yang kehilangan ayah sejak remaja, dia memilih bekerja sementara di sebuah tapak pembinaan. Skop kerjanya perlu memeriksa bangunan setiap tingkat yang sudah disiapkan.
“Masa buat pemeriksaan itu keadaan agak gelap. Saya perlu ambil gambar untuk skop kerja. Semasa mengundur itulah, saya terjatuh dalam lubang laluan elektrik yang tidak ditutup dan kepala terhempas dahulu.
“Keadaan saya agak parah ketika itu. Ketika dibawa ke hospital keadaan saya agak teruk. Pemeriksaan doktor dapati otak saya membengkak kerana ada pendarahan. Saya koma dua minggu dan bed riding selama 6 bulan lamanya. Sebahagian tempurung kepala saya dibuka bagi membolehkan doktor memantau keadaan saya ketika itu.
“Akibat hentakan di kepala itu serta pendarahan dialami, sebahagian tubuh saya kehilangan fungsi. Ia umpama orang strok selain masalah saraf. Pengalaman ini benar-benar sukar dilupakan,” katanya ketika dihubungi.
Jadi seorang yang berputus asa
Menetap di Johor dan bakal berpindah ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat, kata Ibun, masalah dialami membuatkan dirinya hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang.
“Bayangkan, saya anak sulung. Saya patut bantu ibu selepas ketiadaan ayah. Saya minat dalam dunia pekerjaan tapi saya hanya mampu terbaring. Makan orang suapkan, nak mandi orang lapkan. Nak bangun orang tolong bangkitkan. Memang teruk sangat ketika itu.
“Jujurnya saya terlalu putus asa. Ada timbul perasaan kenapa Allah tak ambil saya nyawa saya. Biarlah saya tiada dari menyusahkan orang. Tapi mak selalu bagi semangat. Bila saya pandang muka adik-adik, saya tahu mereka perlukan saya.
“Terbaring dan tiada apa-apa pampasan kerja juga semakin membuatkan saya tertekan. Saya baru dua bulan kerja ketika itu. Langsung tiada pampasan. Sebab itulah saya semakin tertekan kerana tak boleh berbuat apa. Sampailah saya bertemu Tuan Haji Khalil dari Pertubuhan Pembela Mangsa Kemalangan Industri (PPMKI).
“Saya luahkan masalah saya. Bila dengar kata-kata semangatnya dan pembelaan yang PPMKI lakukan untuk saya yang berjawatan kontrak, tiada potongan sosco dari majiikan dan lain lagi, saya sangat lega. Kes saya kini bakal didengari di mahkamah selepas pihak PPMKI mengadakan pertemuan dengan majikan. Ia sebagai satu langkah untuk melindungi golongan seperti kami yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.
Ibunya, Noryati Abdul Gafar sentiasa memberi semangat untuknya bangkit dari kegagalan dan kesusahanIbun hanya mampu terbaring selama enam bulan akibat kemalangan di tempat kerjaIbun bersyukur dengan kehidupan dijalaninya selepas ditimpa ujian besar
Rasa berdosa kalau lewat solat dua tiga minit
Sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan, Ibun akui sebelum kemalangan dia hanya biasa-biasa dalam solat fardunya. Ada masa buat dan ada masa tertinggal dengan sengaja. Mungkin ketika itu, Ibun akui tiada sebarang masalah dalam kehidupannya.
“BIla saya kenang-kenang kembali betapa saya selalu mengabaikan solat sebelum ini terasa begitu berdosa dengan Allah taala. Kemalangan ini banyak mengejar saya erti bersyukur. Di saat saya terlantar, hampir tiada punya apa-apa tapi kasih sayang Allah tetap hadir dalam hidup saya. Kalau dulu saya fikir saya akan lumpuh sepenuhnya kerana masalah saraf ini tapi Allah tetap sayangkan saya.
Jelas Ibun, semasa koma dia ada kisah tersendiri yang ingin dikongsikan dengan mereka yang boleh mengambil iktibar akan kisah dirinya.
“JIka sebelum ini saya kata solat saya hanya biasa-biasa saja tetapi semasa koma saya dipertontonkan satu peristiwa. Dalam kejadian itu, saya lihat satu keluarga sedang bertekak. Namun di akhirnya, pemuda paling dewasa diseksa dengan sangat dahsyat kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya.
“Saya kaitkan kejadian itu dengan dirinya saya sendiri. Sebelum itu saya sangat berputus asa dengan kehidupan. Tapi saya lihat dan tanya diri saya sendiri. Apa sumbangan saya terhadap keluarga selepas ayah tak ada?. Sayalah ketua keluarga sekarang dan kalau saya gagal menjaga emak dan adik, sayalah lelaki dewasa yang akan diseksa itu. Ini juga sebab mengapa saya bangkit, kuatkan semangat dan terus menjaga hubungan saya dengan Allah taala. Saya takut kalau saya gagal dan perlu menjawap dengan Allah di akhirat kelak,”katanya mengakui bila mana dia telah menjaga hubungan dengan Allah dengan sangat baik, sentiasa ada rezeki tidak disangka-sangka malah kesihatannya juga semakin pulih seperti sediakala.
Dalam pada itu, jelas Ibu, dia sentiasa memohon doa kepada Allah taala agar diberikan kekuatan kerana saya mahu membalas jasa mak yang jaga saya selama saya sakit. Saya juga dapat jawapan sebenar apa tugas saya sebagai abang kepada adik-adik. Hari ini saya terasa berdosa kalau melewat-lewatkan solat dalam dua tiga minit berlalu. Allah beri ujian, Allah beri kekuatan dan alhamdulillah, saya semakin boleh menerima kekurangan diri ini. Walau tak sesempurna mana tapi saya masih sihat di saat suatu ketika dahulu seperti tiada harapan,”katanya menzahirkan rasa syukurnya.
Memilih sukan lempar cakera dan lontar peluru namun jelas Ibun dia terpaksa lupakan segalanya kerana memilih untuk bekerja demi menyara ibu dan adiknya
Bergiat dalam sukan
Jelas Ibun, akibat kemalangan berlaku dan hilang upaya seperti golongan normal, dia akui sudah memperoleh kad sebagai golongan kurang upaya. Masa yang sama menyedari potensinya dalam bidang pekerjaan tidak seperti orang normal, Tuan Haji Khalil telah memberi galakan untuk dirinya menceburi bidang sukan bagi golongan OKU.
Jelas Ibun, dia bersyukur kerana acara lontar cakera dan peluru membuatkan dirinya layak di peringkat pemilihan bagi mewakili Malaysia di masa depan.
“Bukan senang untuk berlatih sukan. Malah saya telah diberi penerangan ketika di Majlis Sukan Negara di mana kami diterangkan elaun, tempat tinggal dan sebagainya. Tapi buat buat masa ini saya terpaksa lupakan sukan kerana telah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta di Kota Damansara yang mesra untuk golongan OKU seperti saya,”katanya yang akan berpindah ke KL dalam masa terdekat.
Bagi Ibun, kejadian yang terjadi bukan pematah semangat biar semangatnya pernah luntur suatu ketika dahulu. Namun dia begitu bersyukur kerana nasibnya akan terbela selepas pihak PPMKI bertindak membelanya.
“Mungkin ramai tidak tahu tentang ini tapi alhamdulilllah, saya ditemui dengan PPMKI yang banyak membantu,”katanya mengharapkan perkongsian ceritanya ini mampu memberi semangat buat golongan kurang upaya sepertinya untuk bangkit semula selepas diuji.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!