Memilih untuk menukar keyakinan agama bukanlah satu perkara yang boleh dibuat mainan. Berpindah kepercayaan daripada satu agama ke satu agama lain memerlukan kekuatan dan juga tawakal yang tinggi.

Terbaharu khabar dari dunia ratu cantik antarabangsa, finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali telah mengesahkan kepada umum bahawa dia kini merupakan seorang Muslimah dan telah rasmi memeluk agama Islam.

“Insya-Allah Saya Akan Kekal Istiqamah,” – Finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali Peluk Agama Islam
Jasmine ketika bergelar ratu cantik di pentas akhir Miss Universe Philippines 2021.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya dia memuat naik potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal. Seiring itu dia juga meletakkan di profil Instagramnya dengan pengenalan diri sebagai revert siap dengan emotikon wanita berhijab.

Untuk pengetahuan pembaca, revert bermaksud kembali kepada agama asal iaitu Islam. Dalam Islam sendiri umatnya percaya bahasa seluruh manusia pada asalnya beragama Islam namun masing-masing memiliki takdir dibesarkan dalam agama yang dianuti kedua orang tua.  Oleh sebab itu apabila mereka memeluk Islam, saudara baru ini digelar revert iaitu kembali kepada fitrahnya.

“Insya-Allah Saya Akan Kekal Istiqamah,” – Finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali Peluk Agama Islam

Mengesahkan lagi desas desus pengislamannya, Jasmine melalui hantaran di Insta-Story berkata, “Wahai saudara Muslimku, terima kasih atas ucapan serta sambutan mesra anda, dan ada yang memasukkan saya ke dalam doa masing-masing. Alhamdulillah saya merupakan saudara baru dan InsyaAllah saya akan kekal istiqamah.”

“Insya-Allah Saya Akan Kekal Istiqamah,” – Finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali Peluk Agama Islam

IKLAN

Menyambung lagi isi hatinya dalam satu hantaran lain, wanita cantik berusia 25 tahun ini berkata, “Teruja untuk berkongsi penghijrahan saya kepada Islam dengan anda semua, Subhanallah.”

“Insya-Allah Saya Akan Kekal Istiqamah,” – Finalis Miss Universe Philippines 2021, Jasmine Umali Peluk Agama Islam
Ketika menjadi finalis Miss Universe Philippines 2021.

Tahun lalu, Jasmine merupakan salah seorang finalis Miss Universe Philippines 2021 dan berjaya menjadi peserta top 16 dari 28 orang yang mengambil bahagian.

Penyertaannya di dalam dunia ratu cantik bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Kedua-dua orang tuanya pernah menyertai dunia pageant dan mencipta nama masing-masing. Ayahnya, Vincent Pinto merupakan juara Manhunt International Philippines 1997 manakala ibunya, Mary Jane Umali merupakan menang tempat ketiga Mutya Ng Pilipinas 1989.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI