Baru-baru ini, bintang sensasi K-Pop, Jisoo daripada kumpulan popular BLACKPINK mencetuskan spekulasi hangat di kalangan peminat apabila beliau memuat naik teaser misteri di laman media sosialnya, memperlihatkan bayangan seorang lelaki di belakangnya dengan perkataan ‘EYESCLOSED’ yang terpampang pada imej tersebut.
Menerusi perkongsian sama, kapsyen ringkas tertulis, “A duet is near,” seolah-olah memberi bayangan bahawa kolaborasi terbaru bakal tiba tidak lama lagi. Beberapa jam kemudian, Jisoo atau pemilik nama sebenar Kim Jisoo sekali lagi memuat naik sebuah lagi hantaran susulan dengan gambar yang hampir sama.
Namun kali ini menampilkan figura lelaki itu lebih jelas di hadapan dengan kapsyen berbunyi, “Two voices, one orbit. Coming soon,” sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang cuba meneka siapakah penyanyi misteri tersebut.
Dalam pada itu, teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila identiti penyanyi lelaki berkenaan disahkan sebagai Zayn Malik, bekas ahli kumpulan popular One Direction di mana kolaborasi ini dilihat sebagai gandingan luar biasa antara dua bintang global yang memiliki gaya dan vokal tersendiri.
Dalam teaser tersebut, Jisoo kelihatan berdiri di hadapan manakala figura Zayn berdiri di belakangnya dengan membelakangkan kamera, menambahkan elemen misteri dan dramatik yang menarik perhatian ramai sehingga ia menjadi tular di media sosial.
Terdahulu, hubungan antara kedua-dua penyanyi ini sebenarnya mula menjadi bualan sejak Julai lalu apabila Zayn dilihat menghadiri konsert BLACKPINK di New York bersama anak perempuannya, Khai sekaligus mencetuskan spekulasi awal mengenai kemungkinan kolaborasi mereka.
Sementara itu, kolaborasi ini turut menandakan kemunculan semula Jisoo dalam industri muzik selepas kejayaan mini albumnya berjudul ‘Amortage’ yang dilancarkan pada Februari lalu. Album tersebut menampilkan beberapa lagu hit seperti Earthquake, Your Love dan Hugs & Kisses.
Pada perkembangan terkini, Jisoo sedang sibuk menjayakan jelajah dunia BLACKPINK ‘Deadline World Tour’ yang bermula di Seoul pada Julai lepas. Kumpulan itu dijadualkan meneruskan siri konsert mereka di Kaohsiung, Taiwan pada 18 Oktober ini selepas berehat seketika pasca persembahan di London pada Ogos lalu.
Untuk pengetahuan, lagu duet Jisoo dan Zayn Malik berjudul ‘EyesClosed’ dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini, dan dijangka menjadi antara kolaborasi paling dinanti-nantikan tahun ini oleh para peminat muzik antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak nasib pelajar pelatih yang sedang terlibat dengan program latihan industri (internship) di peringkat kerajaan semakin terbela dalam tempoh sebulan.
Pada akhir Julai lalu, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan kewajiban bayaran kepada pelajar pelatih atau interns di kesemua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
Tidak sampai sebulan, semalam beliau telah mengumumkan kadar elaun intern melalui video di akaun media sosial miliknya.
Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it!
Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPowerpic.twitter.com/4cSbIJDnSS
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun intern dari RM300 (sedia ada) ke RM900 sebulan, ataupun RM5 setiap jam. Secara tak langsung, itu bermakna elaun yang diberi dinaikkan 3 kali ganda daripada jumlah sedia ada!
Huntung lerr..
Kadar tersebut dipersetujui setelah kerajaan menyemak kepentingan elaun kepada pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga B40 (berpendapatan 40 peratus terendah) serta keluarga M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan).
Ini bagi membantu keperluan mereka menyara kehidupan di bandar dari segi sewa tempat tinggal, makan minum, keperluan asas, pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya.
Dengan penguatkuasaan elaun baru ini bermula 1 September 2019, ramai pelajar di media sosial yang menyaran agar syarikat swasta turut mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan.
Antaranya..
Amacam syarikat swasta?
The ball is in your court..
Apapun, REMAJA gembira dengan perkembangan ‘pembelaan pelajar’ terbaru ini. Diharap prestasi korang bekerja pun setimpal lah dengan elaun yang diberi. Jangan sekadar mengharapkan kerja diberi sambil duduk berlengang je..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hero dan heroin drama Korea ‘Crash Landing On You’ akhirnya bersatu di dunia nyata!
Hyun Bin dan Son Ye Jin selamat bergelar suami isteri semalam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Aston House, Sheraton Wakerhill Seoul. Dilaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh pasangan pengantin, keluarga dan rakan rapat seramai 200 orang sahaja.
Mengambil gambar berlatar belakangkan hiasan bunga berwarna merah jambu memang menaikkan seri pengantinnya. Foto: Soompi
Walaupun pihak agensi masih tidak berkongsi foto perkahwinan mereka dengan banyak, netizen tetap terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan Son Ye Jin dibaluti busana perkahwinan indah. Memang cantik dan sepadan, bak kata orang ‘match made in heaven‘!
Untuk korang yang masih berteka-teki siapakah gerangan pereka busana perkahwinan ini Son Ye Jin, pereka pilihan aktres itu tidak lain tidak bukan ialah Vera Wang. Rekaan gaun daripada koleksi perkahwinan Vera Wang musim bunga 2020 itu sememangnya kelihatan romantik dan kena dengan diri Ye Jin yang berdiri pada ketinggian 165cm.
Rekaan gaun perkahwinan Vera Wang daripada koleksi Musim Bunga 2020.
Gaunnya kelihatan unik dengan perincian asymmetrical berfabrikkan tulle pada bahagian lengannya untuk memberikan keselesaan kepada pengantin dengan rekaan off-shoulder sebegini. Pada bahagian bodice-nya pula menggunakan fabrik lace yang dilapisi dengan tulle bagi memberikan volume kepada gaun tersebut. Cantik kan!
*
Untuk persalinan kedua pula, Son Ye Jin mengenakan busana pengantin rekaan Elie Saab yang diambil daripada koleksi musim bunga 2022.
Gaun pengantin Elie Saab, koleksi Musim Bunga 2022.Foto Via kbizoom
Ringkas dengan garis leher geometrik berbentuk empat sama, gaun ini diperincikan potongan skirt A-line dengan sulaman bunga pada bahagian dada dan badan. Dipadankan pula dengan solekan minimal dan sanggul rendah, Son Ye Jin kelihatan seperti bidadari yang hatinya dimiliki oleh Hyun Bin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Boleh dikatakan apa sahaja menu yang berkaitan dengan durian pasti dijual dengan harga yang agak tinggi. Mana tidaknya, harga durian juga ada yang mencecah hingga ratusan ringgit satu biji.
Kali ini, Remaja nak kongsikan resipi daripada Azizi Zamani, Hokkaido Baked Cheese Tart Durian kegemarannya. Kalau nak beli mahal, baginya buat sendiri lebih puas hati.
Betul tak?
Bahan-bahan:
– Kulit tart
– 100 gm gula kaster
– 150gm tepung gandum
– 1 kuning telur gred B
Cara membuat:
1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati
3. Kemudian, masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut
4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya
5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk
6. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit
7. Selepas itu, angkat dan sejukkan dahulu sebelum diisi filling cheese tersebut
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...