Para peminat BLACKPINK pastinya tidak asing lagi mengetahui bahawa Lisa merupakan peminat tegar karakter popular, Labubu. Apa yang lebih menakjubkan, idola K-Pop popular ini juga menerima hadiah eksklusif daripada penciptanya secara langsung iaitu Kasing Lung.
Menerusi sebuah gambar di Instagram Story miliknya, Lisa atau pemilik nama sebenar Lalisa Manobal (28) berkongsi momen istimewa itu dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna berbunyi, “akhirnya!!!”.
Pelantun lagu ‘Moonlit Floor (Kiss Me)’ itu kelihatan telah bertemu dengan Kasing Lung sambil memegang patung plush Labubu edisi istimewa. Patung yang diberi nama Mokoko, menampilkan bulu merah jambu ikonik serta ditandatangani sendiri oleh Kasing Lung dengan mesej peribadi.
“Untuk Lisa, terima kasih atas sokongan kamu yang luar biasa,” tulis Kasing.
Ads
Dalam pada itu, sewaktu konsert jelajah dunia BLACKPINK di London baru-baru ini, Lisa turut mencuri perhatian apabila tampil mengenakan kostum Labubu merah jambu, sekaligus mengukuhkan lagi hubungannya dengan karakter comel itu.
Peminat (BLINK) segera menyedari bahawa hadiah ini bukan sekadar pemberian biasa, sebaliknya sebagai tanda penghargaan daripada Kasing Lung terhadap peranan Lisa dalam mempopularkan koleksi Labubu ke seluruh dunia.
Ads
Sebagai antara selebriti pertama yang dilihat memiliki anak patung Labubu, bintang kelahiran Thailand itu secara tidak langsung telah membantu karakter ini melonjak ke tahap fenomena global.
Ads
Hubungan mesra antara Lisa dan Kasing Lung juga memberi gambaran bagaimana pengaruh seorang artis boleh melangkaui sempadan muzik, merentas dunia fesyen serta budaya pop. Kolaborasi tidak rasmi ini membuka ruang lebih luas buat Labubu menjadi jenama koleksi yang semakin digilai generasi muda.
Pemberian Mokoko ini juga seakan mengesahkan status Lisa bukan sahaja sebagai ikon K-Pop, tetapi juga sebagai trendsetter global yang mampu mengangkat sesuatu jenama ke peringkat antarabangsa hanya melalui personaliti dan gaya uniknya.
Sementara itu, dengan hadiah istimewa ini, Lisa bukan sahaja meninggalkan momen manis buat dirinya, malah mengukuhkan lagi ikatan dengan peminat Labubu di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika Mokoko kini dianggap sebagai simbol eksklusif yang mengabadikan hubungan istimewa antara Lisa dan Kasing Lung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perubahan imej pelakon dan penyanyi cantik dari Singapura, Hannah Delisha sejak berhijab pada awal September tahun ini nyata telah menarik perhatian netizen terutama dari kalangan peminatnya.
Bagi tahu penulis siapa yang tak ‘cair’ lihat melihat keayuan Hannah ini.
Hannah juga kini dilihat lebih bijak berkomunikasi menerusi foto dan status yang dimuat naik ke media sosial seiring dengan perubahan tersebut. Dan siapa sangka si manis ini mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian.
Menerusi perkongsian Hannah Delisha baru-baru ini, video teaser nyanyiannya telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya seperti berikut:
Lagu ini ditujukan buat semua frontliner (barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis dan lain-lain) atas jasa mereka melawan COVID-19 kekal tabah berbakti untuk masyarakat dan negara.
Baru teaser sahaja sudah mendapat pujian ramai. Video Hannah Delisha cover lagu untuk menghargai frontliners ini telah meraih hampir 160 ribu tontonan dan sejak dikongsikan semalam . Rata-rata warganet memuji nyanyian Hannah Delisha ini dan meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
Sumber Gambar : Instagram Hannah Delisha
Apa-apa pun, kami doakan agar Hannah Delisha terus sukses dengan impiannya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Mesti semangat terus frontliner bila dengar Hannah Delisha nyanyi kan…
Sumber : Instagram Hannah Delisha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kali ini cerita tentang idol K-pop popular iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young dikhabarkan telah membeli salah satu rumah yang termahal di Korea Selatan. Malah beliau membeli rumah itu secara bayaran tunai.
Sumber: Allkpop
Seriuslah beli rumah secara tunai?
Menurut mahkamah berdaftar, G-Dragon membeli rumah seluas 2,624 kaki persegi (224 meter) yang terletak di kawasan Hannam-don, Yonsan-Gu, Seoul, Korea Selatan pada akhir bulan Mac tahun ini.
Malah jualan rumah itu telah menetapkan jualan paling tertinggi pada tahun 2022 dengan harga KRW16.4 bilion atau lebih kurang RM57 juta.
Rumah tersebut terkenal dengan nama Nine One Hannam mendapat tempat kedua sebagai kompleks rumah elit yang termahal selepas rumah elit di Cheongdam.
Sumber: Koreaboo
Malah perkara ini menjadi bualan hangat dengan peminat artis Korea kerana ketua dari kumpulan Big Bang itu telah membayar keseluruhan harga tersebut dengan secara tunai.
Lebih menarik lagi, G-Dragon juga telah menandatangani kontrak transaksi untuk 6 buah isi rumah yang lain dengan jumlah yang sama.
Seperti yang sedia maklum, G-Dragon merupakan artis yang memilki hak cipta lagu terbanyak berbanding dengan artis kumpulan K-Pop yang lain.
Bukan itu sahaja, artis tersebut adalah duta jenama untuk barang ternama sehingga jenama pakaiannya PEACEMINUSONE pernah berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka iaitu Nike.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tamat sudah istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi ini.
Alhamdulillah guys! Rakyat sudah memiliki seorang Yang di-Pertuan Agong baharu.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Foto: Astro Awani
Dalam pada ramai rakyat yang gembira atas peristiwa bersejarah pada hari ini, ada beberapa spekulasi yang bertebaran mengenai penggunaan gelaran Duli Yang Maha Mulia.
Mungkin kerana masih ramai remaja yang muda dan tidak begitu mengetahui sejarah penggunaan gelaran tersebut secara mendalam.
Disebabkan itu, pengendali siaran langsung istiadat pada pagi ini di sini telah menerangkan mengenai maksudnya yang sebenar.
Foto: Bernama
‘Duli’ itu bermaksud debu atau habuk. Debu ini disamakan sebagai sifat seorang hamba. Oleh itu ‘Duli Yang Maha Mulia’ membawa maksud walau seluas mana jajahan takhluk seorang Raja yang bertakhta itu, dirinya hanyalah ibarat Debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Bukan untuk memperlekehkan posisi Yang di-Pertuan Agong, tetapi Baginda serta kita sebagai hambaNya ini tetap sama melainkan amal ibadat yang dilakukan.
Menyentuh mengenai gelaran ‘Seri Paduka Baginda’ pula, ‘Paduka’ bermaksud selipar manakalah Baginda merujuk kepada Baginda Rasulullah SAW.
Jadi, gelaran tersebut bermaksud, sebanyak manapun nikmat harta yang dimiliki Raja yang berkuasa, dirinya hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah yakni utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
***
Info ini pun masih baru dan cuba untuk dihadam oleh REMAJA hehe. Nampaknya Bahasa Malaysia ini cukup kaya dengan kiasan indah yang mengangkat Tuhan dan UtusanNya jauh lebih tinggi berbanding kita manusia biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...