Baru-baru ini, seorang peguam berpengalaman, Datuk Dr. Victor Isaacs meraih perhatian apabila berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada usia 85 tahun selepas enam tahun menimba ilmu.

Kejayaan PhD Dalam Bidang Undang-Undang

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi UniSZA pada 3 November, bapa kepada empat anak dan datuk kepada enam cucu itu memperoleh PhD pertamanya selepas menamatkan pengajian dalam bidang sarjana undang-undang pada tahun 2021. Beliau memilih bidang undang-undang kerana minat mendalam terhadap sistem keadilan dan etika perundangan di Malaysia.

Tesis beliau mengupas pengaruh golongan profesional terhadap penggubalan undang-undang berkaitan eutanasia di Malaysia iaitu satu topik mencabar kerana menyentuh isu sensitif dalam konteks perundangan dan etika perubatan. Dalam undang-undang semasa, tindakan mencabut alat sokongan hayat pesakit dianggap satu kesalahan.

Oleh itu, Dr. Victor Isaacs mencadangkan agar UniSZA menubuhkan rumah penjagaan paliatif di dalam kampus bagi membantu pesakit tenat mendapatkan rawatan sewajarnya.

Inspirasi Luar Biasa! Datuk Dr. Victor Isaacs Raih PhD Undang-Undang Pada Usia 85 Tahun

Cadangan Penambahbaikan Penjagaan Kesihatan

Beliau menekankan bahawa kemudahan sebegitu amat penting bagi memastikan pesakit yang tidak lagi dirawat di hospital masih dapat menerima penjagaan dan pemantauan berterusan. Pada masa yang sama, Dr. Victor turut mencadangkan agar hospital swasta diberi peluang mengambil alih tanggungjawab tersebut sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan di setiap negeri.

Ads

Pesakit berkemampuan boleh menanggung kos sendiri, manakala kerajaan negeri boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan. Cadangan ini menunjukkan keprihatinan mendalam Dr. Victor Isaacs terhadap kesejahteraan pesakit dan tanggungjawab sosial dalam bidang perundangan serta kesihatan awam.

Cabaran Menuntut Ilmu Di Usia Emas

Mengulas cabaran sepanjang pengajian, Dr. Victor mengakui faktor usia menjadi kekangan utama, namun tidak sekali-kali melemahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu. “Usia memang menjadi cabaran, tetapi bidang yang saya pilih ini mencabar dan memberi manfaat kepada masyarakat. Itulah yang membuatkan saya terus bersemangat,” ujarnya.

Beliau juga berkongsi perjalanan kerjaya panjangnya dalam dunia perundangan. Selepas pulang dari England pada tahun 1971, beliau memulakan tugas sebagai majistret sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.

Ads

“Pada tahun 1978, saya mengambil keputusan meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya sebagai peguam. Kini sudah lebih lima dekad saya berkhidmat dalam bidang guaman, mungkin antara yang paling lama di Terengganu,” jelasnya.

Inspirasi Luar Biasa! Datuk Dr. Victor Isaacs Raih PhD Undang-Undang Pada Usia 85 Tahun
Kredit foto: P116 Blog
Inspirasi Luar Biasa! Datuk Dr. Victor Isaacs Raih PhD Undang-Undang Pada Usia 85 Tahun
Datuk Dr. Victor ketika menerima Ijazah Sarjana pada tahun 2021 lalu

Semangat Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat

Walaupun berdepan kehilangan isteri enam tahun lalu, Dr. Victor tidak pernah membiarkan kesedihan itu memadamkan cintanya terhadap ilmu. Beliau yang pernah menjadi guru dan dibesarkan dalam keluarga pendidik menjadikan pengalaman hidupnya sebagai kekuatan untuk terus belajar dan berbakti dalam dunia akademik.

Menutup bicara, beliau menegaskan bahawa kejayaan bukan diukur melalui usia, sebaliknya melalui semangat dan keinginan untuk terus maju. Bagi Dr.Victor, menuntut ilmu adalah perjalanan sepanjang hayat yang perlu diteruskan tanpa rasa takut terhadap kegagalan kerana kegagalan itu sendiri merupakan guru terbaik.

Ads

Sumber: FB Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads