Jika korang masih ingat, kali pertama Twitter mengambil tindakan terhadap bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah pada Mei 2020 selepas syarikat aplikasi tersebut mendakwa Trump mengeluarkan fakta yang salah berkenaan undian secara pos; menjelang pilihan raya negara itu akhir tahun lalu.
Pada minggu yang sama selepas itu, Twitter mengeluarkan amaran kepada akaun Trump selepas presiden itu mengancam akan menghantar pasukan ketenteraan semasa protes Black Lives Matter tercetus.
Catat beliau, "When the looting starts the shooting starts".
Tweet berbaur ancaman daripada Trump ini memaksa Twitter untuk mengeluarkan amaran demi amaran. Ini termasuklah Tweet tidak benar berkaitan virus Covid-19 dan pilihan raya umum di Amerika Syarikat.
Ads
Selepas penat bergelut dengan Trump selama hampir setahun, hari ini akaun Twitter beliau
telah digantung untuk selama-lamanya atas alasan, “risiko boleh menyebabkan ketidak tenteraman (due to the risk of further incitement of violence).
Ia susulan tweet terbaru daripada akaun @realdonaldtrump dan sebilangan besar penyokong beliau.
Ads
Trump pada mulanya di-lock keluar daripada akaun beliau selama 12 jam Rabu lalu selepas beliau menggelar mereka yang melakukan rusuhan keganasan di US Capitol sebagai patriot dan pejuang.
Untuk pengetahuan korang, ratusan penyokong Trump telah menyerang kompleks tersebut semasa kongres Amerika Syarikat sedang melakukan pengesahan ke atas kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya umum yang lalu.
Rusuhan tersebut telah mengakibatkan empat kematian rakyat awam dan seorang pegawai polis. Setelah insiden itu berlaku – walaupun telah diberi amaran keras oleh Twitter untuk kali terakhir – beliau masih mengeluarkan tweet berbunyi, “ Kepada 75,000,000 patriot Amerika yang mengundi saya, (slogan) GREAT American, AMERICA FIRST, and MAKE AMERICA GREAT AGAIN, akan mempunyai nilai pada masa akan datang. Mereka tidak akan disiaihkan atau dilayan secara tidak adil.“
Ads
Twitter berkata tweet berikut memberi bayangan bahawa Trump tidak bersedia untuk membantu pertukaran jawatan presiden kepada Joe Biden.
Trump tidak berhenti di situ apabila beliau berkata tidak akan menghadiri acara rasmi itu pada 20 Januari ini. Menerusi tweet itu saja, Twitter menerima pelbagai tweet daripada penyokong Trump yang menentang keputusan pilihan raya lalu dan beranggapan ia melanggar polisi ‘Glorification of Violence’ yang mereka tetapkan. Dan itu adalah amaran terakhir yang dikeluarkan Twitter sebelum akaun Trump digantung selama-lamanya.
That is it Trump, you are banned.
Terdahulu, isteri kepada bekas Presiden iaitu Michelle Obama telah menghantar tweet pada Khamis lalu dan berkata syarikat gergasi media sosial seperi Twitter perlu menghentikan perbuatan tidak masuk akal Trump dengan menggantung akaunnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam Miss Universe nampak belum berakhir setelah wakil Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel dinobatkan sebagai juara edisi ke-71 pertandingan ratu cantik itu, hari ini.
Kali ini, ia bukanlah tentang juara tersebut. Sebaliknya, ia mengenai ura-ura pengurusan organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) sendiri.
Semenjak lebih seminggu yang lalu, ramai dalam kalangan pengikut ratu cantik tempatan telah mula bercakap mengenai status Pengarah Nasional (MUMO) yang dipegang oleh Datin Elaine Daly.
Ia bermula dengan tindakan Elaine yang juga merupakan Miss Universe Malaysia 2003 untuk memadam jawatannya sebagai Pengarah Nasional MUMO daripada ruangan bio di akaun Instagram miliknya.
Datin Elaine Daly bersama wakil Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Tindakan tersebut lantas mencetuskan spekulasi sama ada beliau sudahpun menarik diri setelah memegang tampuk kepimpinan organisasi itu sejak tahun 2016.
Sehubungan dengan itu, ramai yang mula berteka-teki mengenai siapakah pengganti baharu yang akan mengambil kerusi panas yang diduduki Elaine tersebut dan antara nama yang disebut-sebut adalah rakan seindustri dan sahabatnya, Dato’ Hans Isaac.
Perkhabaran tersebut menguatkan lagi spekulasi orang ramai bahawa Hans adalah pengganti Pengarah Nasional MUMO baharu memandangkan Anne dalam kenyataannya sebelum ini pernah mewar-warkan kepada individu yang ingin mengambil alih pemilikan organsisi Miss Universe kebangsaan di negara masing-masing.
Tinjauan ke laman Wikipedia pada petang tadi mendapati nama Dato’ Hans Isaac tertera sebagai Pengarah Nasional baharu Miss Universe Malaysia.
Begitupun tidak lama kemudian, Hans dengan pantas menepis spekulasi tersebut. Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau melabel tangkap layar laman Wikipedia itu sebagai berita palsu sekaligus menidakkan ura-ura yang bertebaran sepanjang minggu ini.
Adakah benar Elaine telah melepaskan jawatan itu dan jika ya, siapakah Pengarah Nasional baharu MUMO? Sama-sama kita nantikan sebarang kenyataan rasmi daripada pihak-pihak berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nahas pesawat Boeing 737 Max 8 melibatkan syarikat penerbangan Lion Air JT 610 menjadi trending di seluruh dunia selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
Pesawat ini tidak pecah di udara sebagaimana tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, kotak hitamnya belum ditemui. Malah di mana kedudukan pesawat malang ini masih menjadi misteri kerana selaman pada kedalaman 30-35 meter ke dasar laut tidak menemukan apa-apa lagi. Malah pihak berkuasa Indonesia juga menafikan gambar yang tular di media sosial kononnya separuh dari badan pesawat sudah ditemui.
Tular di media sosial kononnya separuh badan pesawat sudah ditemui. Sehingga petang ini tiada penemuan bangkai pesawat dilaporkan
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com.
REMAJA senaraikan 14 nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Lion Air sepanjang 10 tahun beroperasi.
3 pesawat Lion Air terdiri dari 737 MAX, MAX, 737 MAX 7 dan 737 MAX8, 737 MAX 9
Mendarat tanpa roda depan Februari 2009 – Pesawat Lion Air JT 972 mendarat secara kecemasan di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam tanpa roda depannya yang bermasalah pada 23 Februari 2009 sekitar jam 18.30 petang. Situasi panik berlaku tapi pesawat berjaya di daratkan dan tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir di landasan Mac 2009 – Pesawat Lion Air jurusan Gorontalo-Makassar-Jakarta tergelincir di landasan terminal 1A Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Cengkareng, Isnin petang 9 Mac 2009. Tiada korban dalam insiden ini.
Tergelincir di landasan November 2010 – Pesawat penerbangan Lion Air penerbangan 712, PK-LIQ Boeing 737-400 laluan Jakarta-Pontianak-Jakarta, tergelincir di Bandara Supadio, Pontianak. Tiada korban jiwa.
Gambar ini diambil pada 10 Oktober 2018 melibatkan pesawat Lion Air Boeing 737-800 di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri airport di Palu. Gambar oleh ADEK BERRY / AFP)
Tergelincir di landasan Februari 2011 – Lion Air Penerbangan 598, Boeing 737-900ER laluan dari Jakarta-Pekanbaru tergelincir saat mendarat di Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Tiada korban jiwa.
Tergelincir lagi Februari 2011 -Penerbangan Lion Air dari Medan-Pekanbaru-Jakarta dengan nombor penerbangan JT 0295 mengggunakan pesawat Boeing 737-900 ER sekali lagi tergelincir di Pekanbaru pada pukul 17.00 petang. Dikatakan roda pesawat keluar dari lintasan lapangan terbang namun tiada penumpang yang cedera atau alami luka-luka.
Nahas dikatakan bermula sebuah traktor yang keluar secara tiba-tiba dan tanpa sengaja mengarah ke pesawat Lion Air yang lainnya. Pesawat dikatakan mengalami kerosakan pada stabilizer bahagian belakang.
Lagi tergelincir dan sempat berada di hujung Runway 01 Oktober 2011 – Nampaknya kejadian tergelincir bagaikan menghantui Lion Air. Jika kejadian sebelumnya terjadi pada Februari, hujung tahun itu, pada Oktober sekali lagi berlaku kejadian pesawat tergelincir.
Kali ini melibatkan pesawat Lion Air 673 laluan dari Tarakan – Balikpapan dan tergelincir di Bandara Sepinggan Balikpapan. Pesawat ini mendarat mengalami overshoot di hujung Runway 01 (area stopway). Posisi dua roda rosak bahagian belakang.
Mendarat dalam air dan juruterbangnya positif dadahPesawat ini mendarat dalam air di Bali gara-gara pilotnya berhalusinasi bahawa landasan ada di depannya. Rupanya landasan sebenar ada di depan lagi
Juruterbang positif dadah, daratkan pesawat dalam laut dan pesawat patah dua April 2013 – Laluan Bandung – Bali mengalami kecelakaan saat hendak mendarat pada 13 April 2013. Kecelakaan ini disebabkan oleh kelalaian manusia atau human error.
Juruterbang dikatakan berhalusinasi dengan melihat sebuah landasan sehingga dia mendaratkan pesawatnya sedangkan landasan yang sebenara masih ada di depannya.
Pesawat malang ini dikendalikan oleh juruterbang Mahlup Ghazali dan pembantu juruterbang berasal dari India iaitu Chiraq Kalra lalu jatuh ke dalam laut dan menyebabkan badan pesawat patah dua.
Lebih malang, selepas hasil penyiasatan mendapat pilotnya positif dadah. Semua penumpang seramai 101 selamat termasuk anak kapal.
Tergelincir gara-gara 3 ekor lembu di landasan Ogos 2013 – Pesawat Boeing 737-800 milik Lion Air dengan nombor penerbangan JT892 tergelincir saat mendarat di Bandara Jalaluddin Tantu, Gorontalo pada Selasa, 6 Ogos 2013 malam.
Kejadian ini berpunca dari 3 ekor lembu yang berkeliaran di landasan sehingga pesawat mengalami over run atau keluar landasan. Tiada korban jiwa dan kesemua 110 penumpangnya selamat.
Pesawat terhempas kuat & 2 penumpang alami kecderaan serius Februari 2014 – Lion Air penerbangan 461, Boeing 737-900ER, dari Bandar Udara Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Balikpapan menuju Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya, dengan 222 penumpang dan kru pesawat, mengalami pendaratan keras di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya. Insiden ini mengakibatkan dua penumpang alami kecederaan serius dan tiga penumpang alami luka ringan.
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com
Pesawat dilanggar burung Februari 2015 – Ratusan penumpang tergendala perjalanan di Terminal 1 dan Terminal 3 Banten tanpa ada sebarang penjelasan dan kepastian bila pesawat patut boleh terbang. Kes ini berlarutan tiga hari lamanya.
Sehinggalah Pengarah Umum PT Lion, Edward Sirait membuat penjelasan ada tiga pesawat yang tidak boleh terbang selepas terlanggar burung dan mengakibatkan kerosakan pada pesawat. Hal ini cuma dapat dikesan selepas pemeriksaan rapi dilakukan dipercayai ketika juruterbang mendarat di Semarang.
Pesawat alami ledakan, 3 penumpang luka April 2015 – Pesawat Lion Air JT303 laluan Kualanamu-Jakarta mengalami insiden di Bandara Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat 24 April 2015. Dikatakan pesawat mengalami ledakan di bahagian belakang pesawat ketika mahu berlepas menuju ke Jakarta. Seramai 207 penumpang dan 7 anak kapal selamat kecuali 3 penumpang cedera dan alami luka sebelum dibawa ke hospital.
Insiden sayap pecah Ogos 2017 – Insiden melibatkan pesawat Lion Air berterusan apabila berlaku kejadian sayap pecah di Bandara Internasional Kualanamu, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, Khamis 3 Ogos 2017.
Kejadian ini berlaku pagi apabila pesawat Lion Air berusaha bergerak ke kanan namun kerana sayap pesawat agak dekat dan terbatas di runway, maka berlaku kejadian pelanggaran sayap pesawat dengan Wings Air. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir lagi April 2018– Lion Air penerbangan 892, Boeing 737-800, laluan penerbangan Makassar ke Gorontalo tergelincir saat mendarat di Bandar Udara Jalaluddin, Gorontalo. Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini.
24 mayat termasuk bayi sudah ditemui dan dibawa naik sebelum dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi pengecaman jenazah yang kebanyakannya hancur
Nahas terburuk jatuh terhempas 29 Oktober 2018 – Nampaknya semalam merupakan insiden terburuk melibatkan syarikat Lion Air apabila 187 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas udara ini.
Dalam sejarah penerbangan Indonesia, Garuda Air pernah terhempas pada tahun 1997 di Sumatera Utara pada 1997 mengorbankan 234 orang.
Begitu juga pesawat Mandala Airlines yang baru seminit berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, Sumatera Utara pada 6 September 2005 dan terhempas di sebuah kawasan perumahan mengorbankan 149 orang, termasuk seorang penumpang rakyat Malaysia iaitu Ti Teow Chuan yang berasal dari Sabah.
Sumber : Tribun News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah luahan perasaan yang dilontarkan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska yang semakin menjadi ‘barah’, pada masa ini.
Pesan pelakon filem popular Pisau Cukur itu, pemilik taska perlulah lebih berhati perut dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata.
“Geram dan sakit hati sebab kebelakangan ini, banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tapi, dalam masa singkat, tiga hari atau sebulan, anak-anak cedera kena pukul sampai meninggal dunia apa semua.
“Pesanan untuk semua yang nak bekerja di taska atau nak buka taska dan sebagainya, kalau tak nak jaga anak orang, tak payahlah jaga. Tolonglah. Kita dahlah penat melahirkan dan membesarkan anak. Dan, ada di antara kita yang menunggu zuriat bertahun-tahun. Hantar ke taska dua tiga hari, sampai cedera teruk.
“Baru-baru ini, sampai tempurung kepala cedera, koma dan ada yang meninggal dunia. Terbaharu, kurung anak-anak kecil di dalam bilik sempit tanpa diberikan makanan dan sebagainya,” tuturnya.
Perkara tersebut diluahkan Fazura menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naiknya di platform Tiktok.
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak mementingkan diri sendiri dan mendapatkan rezeki dengan cara yang halal.
“Nak cari rezeki, tolonglah dengan cara yang berkat dan ikhlas. Kalau tak nak kerja jaga bayi, tolonglah cari kerja lain. Tak tahulah. Saya memang sangat-sangat kecewa dan sakit hati. Sebagai seorang ibu, memang saya sangat sakit hati.
“Jadi, siapa yang nak jadi pengasuh ke apa, ataupun nak buka taska, tolonglah upah orang-orang yang betul-betul ikhlas,” katanya lagi.
Sebelum ini, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “EL Ameerah” berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.
Dedahnya, anaknya yang berusia satu tahun itu diletakkan di dalam bilik kosong yang tidak beralas walaupun telah dibekalkan dengan selimut. Lebih mengejutkan, dia diberitahu pemilik taska bahawa ruangan itu adalah bilik ‘isolasi’ sementara buat kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun.
Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.