Terbaru, Doyoung daripada kumpulan popular K-Pop, NCT, sekali lagi menyentuh hati para peminat apabila membuktikan keprihatinannya terhadap isu kebajikan dengan menyumbangkan dana berjumlah 100 juta Korea Won bagi menyokong golongan belia Korea Selatan yang sedang membuat persiapan untuk hidup berdikari. Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui World Vision, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang aktif dalam bidang bantuan dan pembangunan.
Menurut World Vision dalam satu kenyataan, sumbangan itu bertujuan membantu golongan muda yang keluar daripada sistem perlindungan dan masih memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan secara berdikari. Keputusan Doyoung atau nama sebenarnya Kim Doyoung (30) ini dibuat berlandaskan empati terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan belia selepas perlindungan undang-undang mereka tamat.
Pada masa yang sama, dana berkenaan akan digunakan dengan kerjasama 13 agensi sokongan berdikari di seluruh negara bagi membantu seramai 21 orang belia yang memerlukan. Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk kos perumahan dan perbelanjaan kecemasan sara hidup bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kehidupan harian yang stabil.
Sementara itu, Doyoung turut meluahkan harapannya agar sumbangan tersebut dapat memberi makna kepada mereka yang sedang berusaha membina masa depan.
“Saya mahu menjadi sedikit bantuan kepada setiap orang yang mempunyai impian,” katanya.
“Saya juga akan sentiasa terus bermimpi tanpa henti, sekarang dan selamanya,” jelasnya ringkas mencerminkan prinsip hidup dan semangat positif yang sentiasa dipegang oleh beliau.
Lebih menarik lagi, sumbangan ini dibuat ketika Doyoung yang kini sedang menjalani perkhidmatan latihan wajib ketenteraan. Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Korea, Cho Myung Hwan juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu isyarat keikhlasan yang amat dihargai.
“Walaupun sedang berkhidmat dalam tentera, Doyoung tetap menyampaikan perasaan ikhlasnya kepada kami melalui sumbangan ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan tulus beliau,” kata Cho.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Doyoung tampil menghulurkan bantuan. Pada Oktober lalu, beliau turut menyumbangkan 100 juta Korea Won kepada World Vision bagi menyokong pembinaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Kampung Bugondo, Uganda, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai selebriti yang konsisten dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keempat-empat ahli terakhir dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang masih belum menjalani perkhidmatan tentera wajib mereka dikhabarkan telah memulakan proses pendaftaran.
Buat makluman, semua lelaki yang sempurna tubuh badan di Korea Selatan diwajibkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Meskipun sering kali isu berkaitan sama ada BTS layak mendapat pengecualian dibangkitkan dalam kalangan peminat, Jin, ahli tertua dalam kumpulan itu sudahpun mendaftar khidmatnya tahun lalu, diikuti oleh rakan sepasukannya J-Hope pada bulan April.
Manakala, ahli ketiga mereka iaitu Suga bakal memulakan perkhidmatannya pada bulan September.
Kini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut yang masih tinggal iaitu RM, Jimin, V, dan Jung Kook turut dilaporkan akan segera memulakan perkhidmatan mereka, menurut kenyataan label mereka, BIGHIT MUSIC.
“Kami ingin memberitahu peminat bahawa RM, Jimin, V, dan Jung Kook telah memulakan proses pendaftaran tentera,” jelas label syarikat tersebut.
“Kami meminta agar anda teruskan memberi sokongan kepada RM, Jimin, V, dan Jung Kook sehingga mereka berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat,” sambung kenyataan itu.
Hmmmmm…kwenchana ARMY! Pejam celik, pejam celik BTS pasti akan kembali menghiburkan kalian semua sebagai satu kumpulan lengkap okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, tiada istilah study from home bagi pelajar sekolah di seluruh negara.
Namun disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, pelajar terpaksa mempraktikkan norma baharu bagi sesi pembelajaran mereka pada setiap minggu sejak Mac lalu.
Lantas apabila sektor perniagaan mula diberikan kelonggaran untuk meneruskan urusan secara normal bermula minggu ini ataupun dalam bahasa mudah, 'business as usual', pelajar sekolah dan ibu bapa turut tertanya-tanya sekiranya sesi persekolahan juga akan dibuka tidak lama lagi.
Dalam ucapan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei, beliau mengumumkan bahawa pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk kembali semula ke sekolah berbanding pelajar di peringkat sekolah rendah mahupun pelajar dari Tingkatan 1 hingga 4.
Walaupun kebenaran untuk sekolah beroperasi seperti biasa akan diberikan tidak lama lagi, para pelajar dan pengajar masih perlu serius untuk mempraktikkan penjarakan social mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak risiko penularan wabak di kawasan sekolah.
Ini termasuklah perubahan pada kedatangan pelajar ke sekolah (mungkin mengikut sesi), kedudukan meja di dalam kelas, pembelian makanan di kantin dan sebagainya.
Foto Hiasan: SMK Kita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas empat (4) tahun mengalami trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang popular menerusi naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra (27) kini boleh menarik nafas lega.
Menurut laporan Indian Express, ia susulan seorang pengarah lelaki yang didakwa telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun akibat jenayah yang dilakukan.
Menerusi kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah yang bernama Yogesh Mahipal Singh.
Pelakon wanita itu didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya”
Menerusi akaun media sosial Malvi turut meluahkan rasa syukur, “Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar.”
Sebelum ini, pelakon filem ‘Hotel Milan’ dan ‘Abhyooham’ itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu menjalin hubungan persahabatan dengannya menerusi aplikasi Facebook.
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu mengahwininya. Sejak dari itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.