Penyanyi dan juga ahli kumpulan terkenal NCT, Doyoung atau nama sebenar Kim Doyoung (29) baru-baru ini mencuri perhatian dengan kemurnian hatinya apabila memberi sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won (lebih kurang RM338,000) bagi membantu golongan remaja dan kanak-kanak yang sedang bersiap untuk meninggalkan pusat kebajikan serta memulakan hidup berdikari.
Menerusi sebuah perkongsian oleh platform ‘Direct Donation Center’ pada 11 Julai, mereka memaklumkan bahawa dana tersebut akan digunakan untuk membekalkan barangan keperluan seperti makanan, suplemen nutrisi dan kit makanan kepada penghuni pusat kebajikan serta belia yang baru melangkah ke alam berdikari.
Dalam pada itu, sumbangan ini merupakan sumbangan kali kedua dari pelantun lagu ‘Little Light’ itu pada tahun ini. Sebelum ini, sempena ulang tahun kelahirannya pada 1 Februari, beliau turut memberi derma khas untuk anak-anak yang memerlukan.
Akan tetapi apa yang menjadikan kali ini lebih istimewa, ia datang dari janji yang pernah beliau buat pada peminatnya sendiri semasa sesi promosi album solo keduanya bertajuk ‘Soar’.
Ads
Pada masa yang sama, Doyoung berikrar akan membuat sumbangan jika lagunya berjaya merangkul tempat pertama dalam mana-mana program muzik. Hasilnya, lagu berjudul ‘Memory’ bukan sekadar menang sekali, tetapi tiga kali berturut-turut, dan kini menunaikan janji tanpa lengah.
“Terima kasih atas segala cinta daripada Czennies, saya menerima hadiah yang sangat berharga iaitu kemenangan tempat pertama, dan saya dapat menunaikan janji saya untuk membuat sumbangan yang bermakna,” katanya.
Ads
“Saya harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak, remaja dan belia yang sedang bersedia memulakan kehidupan baru. Seperti mesej dalam album saya, saya berharap mereka akan menemui ‘kekuatan untuk bermimpi’ sepenuh hati,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menurut wakil dari Direct Donation Center, Koh Ha-eun berkata, pihaknya akan menggunakan setiap sokongan dan sumbangan ikhlas daripada penyanyi itu bagi membantu remaja yang sedang bersedia untuk hidup berdikari serta kanak-kanak yang perlukan bantuan.
Tindakan Doyoung ini bukan sahaja menyentuh hati peminatnya NCTzens (Czennies), malah ia juga menjadi inspirasi buat ramai selebriti muda lain untuk sama-sama memberi semula kepada komuniti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Ameera Khan telah didakwa bercuti bersama aktor, Meerqeen di Bali, Indonesia oleh netizen hanya kerana berada di lokasi sama.
Tidak mahu membiarkan dakwaan itu berpanjangan, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa memaklumkan dia berada di Bali bersama sepupunya, Aisha selain mengakui suda mempunyai kekasih yang kini menetap di London.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, pengawal peribadi dan pemandu. Hanya kami berempat.
“Saya ada teman lelaki dan dia berada di London,” katanya di InstaStory.
Kata gadis berusia 23 itu lagi, dia sepatutnya tidak mempunyai keperluan untuk menjelaskan tentang hal tersebut kepada umum namun melakukannya disebabkan dakwaan tidak berasas oleh netizen.
“Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih-lebih.
“Tutup mulut anda dan berambus,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, dakwaan tersebut tercetus apabila dia dan Meerqeen serentak berkongsi foto berada di Bali. Rentetan daripada itu, Ameera menerima komen daripada beberapa individu yang menyatakan dia bercuti di Bali bersama aktor popular berkenaan.
Terdahulu, Ameera pernah dikatakan bercinta dengan Meerqeen apabila mereka pernah saling berbalas komen dalam Instagram namun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.
SUMBER: Instagram Ameer khan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wah, akhirnya selebriti popular wanita Korea, Jang Nara akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Jang Nara telah mengumumkan secara rasmi di laman webnya bahawa dia akan mengikat tali pertunangan bersama teman lelakinya yang bukan dikalangan selebriti.
Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, Jang Nara mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripadanya.
Berikut adalah mesej penuh yang disampaikan oleh selebriti Korea itu kepada para peminatnya.
Saya mempunyai sebuah berita gembira untuk dikongsi bersama anda semua hari ini. Saya akan berkahwin!
Selepas dua tahun berkenalan dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripada saya dan bekerja dalam bidang pembikinan video. Kami telah berjanji untuk menjadi teman sehidup semati. Saya jatuh cinta kepada senyumannya yang manis, mempunyai hati yang baik dan tulis dan melihat caranya begitu ikhlas dalam mencurahkan segalanya pada bidang kerjayanya.
Hakikatnya, saya akan menghabiskan hidup bersama-sama dengan orang yang begitu hebat membuatkan saya sangat gembira sehingga saya tidak mahu meminta apa-apa lagi. Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda semua yang sangat berharga buat saya.
Sepertinya baru semalam, tidak ada apa yang istimewa, memulakan kerjaya sebagai selebriti tetapi semuanya berlalu dengan begitu cepat. Saya sangat berterima kasih kerana telah menyokong saya dan sentiasa setia bersama kerjaya saya.
Saya bercadang untuk menghadiahkan satu projek istimewa selepas berkahwin, jadi saya akan bekerja keras untuk membuat persiapan itu juga. Saya akan menjadi seorang pelakon yang sentiasa melakukan terbaik dalam setiap pekerjaan yang diberi.
Saya begitu kesal kerana tidak dapat menjelaskannya dengan lebih terperinci (tentang tunang saya) kerana bimbang dia bukan selebriti mungkin berasa tidak selesa di tempat kerja kerana saya. Saya harap para peminat semua faham akan situasi ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bintang Korea ini. Sama-sama kita nantikan sekiranya Jang Nara ingin berkongsi foto bersama tunangnya itu. Tak sabar rasanya nak melihat Jang Nara di hari perkahwinan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.
Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.
Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.
Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.
Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.
Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF
Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.
Teringin sangat nak ‘naik offshore’
Kejadian ombak besar satu perkara normal
Petugas selalu akan hargai kehidupan
Kalau bad weather memang semua cuak sebab ombak boleh buat platform 8 kaki bergoyang angin pn boleh buat orang terbang,tapi kalau weather cantik kau nampak laa cantik nya ciptaan Allah ✨ pic.twitter.com/FyT8g8Jozs