Penyanyi popular K-Pop, Doyoung NCT baru-baru ini menunjukkan contoh teladan menjelang penyertaannya dalam perkhidmatan ketenteraan pada Disember ini apabila beliau menyalurkan sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM294,000) kepada badan kebajikan antarabangsa, World Vision bagi tujuan membina sebuah sekolah di Uganda.
Menurut World Vision dalam sebuah kenyataan pada 31 Oktober memaklumkan bahawa, Doyoung NCT atau pemilik nama sebenar Kim Doyoung (29) telah menyumbang dana tersebut untuk memperbaiki persekitaran pendidikan bagi menyokong impian kanak-kanak.
Projek Sekolah Di Uganda Tumpuan Utama Sumbangan
Difahamkan, dana tersebut akan digunakan untuk projek pembinaan sebuah sekolah di Kampung Bugondo, Mayuge, Uganda yang bakal memberikan kemudahan pembelajaran lebih selamat dan selesa kepada kira-kira 1,000 kanak-kanak di kawasan tersebut.
Selain memperkukuh pengaruh positif beliau sebagai seorang idola K-pop, Doyoung NCT juga sempat menzahirkan rasa terima kasihnya kepada para peminat (NCTzen) selepas menamatkan jelajah keduanya yang bermula di Seoul pada bulan Jun lalu. Jelajah tersebut turut melibatkan beberapa bandar utama di Asia seperti Jepun, Singapura, Macau, Thailand dan Taiwan, sebelum diakhiri dengan konsert encore bertajuk ‘2025 DOYOUNG ENCORE CONCERT [Yours]’ yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober lalu.
Balas Kasih Peminat Melalui Sumbangan Amal
Melalui konsert jelajah tersebut, Doyoung NCT berjaya mencipta memori bermakna bersama peminat yang telah menyokong sepanjang perjalanan kerjayanya. Justeru, keputusan untuk melakukan sumbangan ini dibuat sebagai cara untuk membalas semula kasih dan sokongan yang diterimanya daripada peminat di seluruh dunia.
Ads
“Sewaktu saya menutup tirai jelajah kedua ini, saya bersyukur dapat sedikit sebanyak membalas kasih sayang daripada para peminat di seluruh dunia.”
“Saya berharap sekolah yang dibina dengan sumbangan ini akan menjadi titik permulaan bagi kanak-kanak untuk membina dan mengejar impian mereka,” katanya.
Sementara itu, World Vision menjelaskan, projek pembinaan sekolah di Uganda itu bukan sahaja akan menyediakan ruang pembelajaran yang lebih kondusif, malah diharap dapat memberi motivasi kepada anak-anak di sana untuk terus menimba ilmu dan menggapai masa depan yang lebih baik.
Ads
Untuk perkembangan terkini, agensi naungan Doyoung NCT, SM Entertainment, mengesahkan bahawa idol tersebut akan memulakan latihan ketenteraan sebagai anggota aktif pada 8 Disember ini. Manakala ahli kumpulan NCT lain, Jungwoo, turut akan menyertai perkhidmatan pada tarikh yang sama setelah diterima masuk ke pasukan muzik tentera.
SM Entertainment turut memaklumkan bahawa tiada sebarang acara khas akan diadakan pada hari pendaftaran ketenteraan tersebut. Pihak agensi meminta agar para peminat tidak hadir ke lokasi bagi mengelakkan sebarang kesesakan dan isu keselamatan.
“Kami berharap peminat terus memberi sokongan dan kasih sayang kepada Doyoung NCT dan Jungwoo semasa mereka menjalankan tanggungjawab ketenteraan dengan setia dan kembali dalam keadaan lebih sihat serta matang,” jelas SM Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah kamu bahawa dunia perniagaan di retail store di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mengecil dan tidak mendapat sambutan? Mengapa perkara ini berlaku?
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Pada masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Uniknya berbelanja secara online, kamu kadangkala tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang barangan yang ditawarkan. Dan disebabkan risiko inilah ada orang yang terpedaya dengan iklan jualan yang mereka lihat di Internet.
Lain yang dijangka, lain pula yang dapat. Nak salahkan siapa? Mungkin salah sendiri sebab tak semak laman sesawang atau info lengkap produk atau ia adalah salah satu bentuk penipuan?
10 orang di bawah ini telah mendapat pengajaran yang besar. JANGAN SESEKALI BERBELANJA TANPA USUL-PERIKSA DENGAN LANJUT!
1. Ini permaidani ke sarung tangan? LOL
2. Dalam gambar bukan main cantik lagi rekaannya. Hehe
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Clarence Seedorf bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak dunia. Legenda bola sepak Belanda yang pernah beraksi untuk beberapa kelab besar dunia, Clarence Seedorf umum beliau kini telah memeluk agama Islam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau sendiri melalui Instagram.
”Ucapan terima kasih istimewa untuk semua yang mengalu-alukan kehadiran saya dalam keluarga Islam. Saya amat gembira untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada saudara Islam di seluruh dunia.
”Terutamanya kepada Sophia, yang banyak mengajar saya secara lebih mendalam tentang Islam. Saya tidak akan menukar nama dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya ini.
”Sampaikanlah salam sayang saya buat anda semua di seluruh dunia,” umum Clarence Seedorf .
Di zaman kegemilangannya telah mewakili banyak kelab-kelab besar dunia termasuklah Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan Barcelona. Antara pencapaian terhebatnya adalah memenangi 4 kejuaraan UCL, masing-masing 1 trofi dengan Ajax dan Madrid manakala 2 trofi dengan Milan
Alhamdulillah, apa-apapun sama-sama lah kita doakan agar lagenda bola sepak ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.