Kehangatan Anugerah MeleTOP ERA semakin dapat dirasai sebelum Ahad, 20 Disember ini!
Pejam celik, sudah enam tahun usia Anugerah MeleTOP ERA (AME) rupanya. Cuma ada sesuatu yang berlainan pada penganjurannya yang ke enam ini.
Sepatutnya, AME dijadualkan untuk berlangsung pada 21 April yang lalu. Namun, susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan berdasarkan ketetapan SIP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia terpaksa ditunda ke 20 Disember 2020.
Iyalah, benda yang kita sendiri tak rancang. Apakah semangat untuk meraikan AME 2020 itu masih ada pada pihak penganjur dan penyiar, Astro? Tentulah!
Untuk kali pertamanya di Malaysia, AME2020 bakal menjadi progra yang bersiaran dengan format 4K UHD. Korang di rumah boleh menontonnya menerusi saluran khas 780 dan boleh disaksikan juga menerusi decoder Astro ‘Ultra Box’, selain Astro Go dan On Demand.
Ads
4K UHD ini bermaksud korang boleh menonton dalam standard resolusi ‘cinema’ baru menerusi televisyen 4K yang semakin popular di pasaran. Pada resolusi 3,840 x 2,160 ini, pengalaman korang menonton AME2020 memang akan menjadi sangat lit!
Seperti biasa, ramai akan ternanti-nantikan siapa yang akan memperolehi undian tertinggi peminat pada Ahad malam ini. Antara kategori yang menjadi tumpuan ialah Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita, Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Filem MeleTOP ERA, Pelakon MeleTOP ERA dan Hos MeleTOP ERA.
Ads
Namun, kami lebih tertarik dengan senarai artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu. Dengar cerita, kumpulan remaja yang semakin meningkat popular, Dolla akan bergabung dengan kumpulan rap, K-Clique!
Wany Hasrita dan Noraniza Idris juga dijangka akan bergabung untuk membawakan persembahan Etnik Kreatif, manakala Aina Abdul dan Ernie Zakri akan saling berpadu suara serta tenaga di atas pentas itu nanti.
Bukan calang-calang duo yang akan membuat persembahan ini,
Bagi peminat Haqiem Rusli, korang boleh menantikan persembahannya bersama Andi Bernadee. Penyanyi berpengalaman seperti Misha Omar dan Anuar Zain juga tidak dilupakan dan bakal mendapat slot persembahan sendiri nanti.
Setiap kali AME dianjurkan, pastinya ada sesuatu yang akan menjadi bualan mulut seluruh Malaysia. Agaknya kali ini apa ya? Kenalah stand by di depan televisyen pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro RIA HD.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop terkenal, Jisung NCT baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila memilih untuk menyambut hari lahirnya yang ke-24 dengan hal bermakna, iaitu menyumbangkan dana besar bagi tujuan kebajikan dan perubatan. Tindakan ini sekaligus membuktikan keprihatinan penyanyi muda itu terhadap isu kesihatan yang serius.
Menurut Samsung Medical Center pada 5 Februari, pihaknya memaklumkan bahawa Jisung atau nama penuhnya Park Jisung telah menderma sebanyak 250 juta Korea Won(sekitar RM680,000) sempena ulang tahun kelahirannya. Difahamkan, sumbangan tersebut diperuntukkan khusus bagi menyokong penyelidikan kanser pankreas, termasuk kajian berkaitan perubatan ketepatan dan rawatan tersuai.
Pada masa yang sama, Samsung Medical Center menjelaskan dana berkenaan dijangka dapat membantu memajukan penyelidikan bagi penyakit yang sukar dirawat serta menyumbang kepada pembangunan teknologi perubatan yang lebih berkesan pada masa hadapan.
“Hati saya hancur melihat pesakit yang menderita akibat penyakit yang sukar dirawat. Walaupun ia mungkin hanya bantuan kecil, saya berharap ia dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan supaya lebih ramai orang dapat menjalani kehidupan yang bahagia tanpa kesakitan,” kata Jisung dalam satu kenyataan.
Pelantun lagu ‘Smoothie’ dan ‘ISTJ’ itu turut menegaskan bahawa sokongan peminat menjadi dorongan utama untuknya terlibat dalam amalan memberi.
“Disebabkan kasih sayang yang diberikan oleh peminat (NCTzen), saya dapat mengambil bahagian dalam amalan memberi ini. Dengan keinginan untuk membalas cinta yang saya terima daripada peminat, saya ingin menyumbang ke arah mewujudkan dunia yang lebih hangat,” ujarnya.
Sementara itu, seorang wakil daripada Samsung Medical Center juga menyatakan bahawa sumbangan Jisung merupakan satu sokongan besar dalam usaha memajukan penyelidikan penyakit sukar dirawat, termasuk kajian perubatan tersuai bagi kanser pankreas.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Jisung menunjukkan sikap dermawan. Pada tahun lalu, beliau pernah menyumbangkan 50 juta Korea Won kepada Community Chest of Korea bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan susulan kebakaran hutan di wilayah Yeongnam, khususnya untuk menyokong keluarga yang terjejas.
Dalam perkembangan terkini, NCT Dream dijadualkan untuk mengadakan konsert penutup jelajah mereka, ‘2026 NCT Dream Tour ‘The Dream Show 4: Future The Dream’, di Seoul pada bulan hadapan, sekaligus menutup satu lagi babak penting dalam perjalanan kerjaya kumpulan popular tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku kepada seorang pemuda berusia 32 tahun, Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan wajahnya semata-mata ingin melakukan pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Ha, biar betul?
Berasal dari Perancis, pemuda ini mendapatkan bantuan khidmat daripada individu dari Barcelona yang dikenali sebagai Oscar Marquez kerana aktiviti pengubahsuaian seperti ini tidak boleh dilakukan di negaranya.
Pakar bedah ekstrim telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai “rhinotomy”, dimana Anthony memiliki lubang yang terbuka pada wajahnya.
Pemuda pelik itu turut memuat naik posting di Instagramnya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Oscar Marques kerana telah merealisasikan impiannya.
Anthony juga telah melakukan pembedaan lain, termasuklah membuang kedua-dua telinganya, membelah lidah serta mencacah tatu pada bola mata walaupun berisiko menjadi buta.
Untuk mendapatkan penampilan yang luar biasa, lelaki ini juga melakukan implant kulit dan melakukan benjolan gaya reptilia di dahinya serta garis pahat di tulang pipi.
Fuh, dengar pun dah ngeri.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah menyesal mengubah wajah asalnya kepada makhluk asing yang diidamkannya. Dia mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan dan menyedari yang dirinya tidak menjalani hidup seperti yang dia mahu kan.
Hm, dah elok-elok jadi manusia, nak jadi alien pula. Pelik, memang pelik. Wajah asal lebih handsome kan? Hiks!
Last Christmas merupakan sebuah lagi filem Hollywood yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana dibintangi oleh dua pelakon kelahiran negara, Henry Golding dan Dato' Michelle Yeoh.
Selepas Crazy Rich Asians, korang sekali lagi boleh menonton gandingan dua pelakon bertaraf antarabangsa ini di layar perak.
Filem yang bergenre romantic comedy (rom-com) ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Kate (Emilia Clarke) bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Kehidupan Kate yang dilihat seperti sering tidak bernasib baik sedikit sebanyak menyuntik elemen komedi dalam filem ini.
Kehadiran Tom dalam kehidupan Kate membuatkannya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Walau bagaimanapun, sepertinya hubungan mereka tidak akan berkekalan.
Apa yang pasti, ending filem ini boleh membuatkan korang menangis dalam panggung wayang. Nah, kami tak nak bagi spoiler. Korang kena la tonton sendiri.
Gandingan pelakon mantap
Dari permulaan cerita sahaja, penonton sudah akan terhibur dengan watak Kate yang dilakonkan oleh Emilia Clarke. Seorang gadis ceria yang sering mengundang pelbagai 'masalah'. Merupakan pekerja kepada Santa (Michelle Yeoh), dua watak ini juga dilihat menjadi penarik bagi menguatkan lagi jalan cerita filem ini.
Kehadiran Santa sebagai bos yang selalu memarahi Kate membuatkan kami terfikir tentang karakter typical bos orang Asia yang bersifat garang dan tegas. Scene mereka yang banyak membuatkan penonton di pawagam tergelak.
Oh ya, kehebatan lakonan Henry Golding juga sudah tidak perlu disangkal. Bukan hanya berbekalkan wajah kacak, kami pasti pemuda ini tidak hanya mendapat perhatian oleh peminat di Malaysia, namun di seluruh dunia kerana bakat lakonannya yang semakin dilihat oleh penggiat filem antarabangsa.
Walaupun memegang watak yang bersahaja, namun kehadiran Tom berjaya menyentuh hati kami dan membuatkan penonton sebak.
Kenapa sebak? Ha, korang kenalah tengok sendiri..
Dah nama pun filem genre rom-com, sudah tentulah banyak babak-babak sweet yang dipaparkan dalam filem ini.
Pendek cerita, dia punya sweet memang boleh buat korang tersengih sorang-sorang la. Hiks!
Nak tahu apa kesudahan filem Last Christmas ni, jangan lupa saksikan sendiri di seluruh pawagam tanah air bermula 28 November 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...