Penganjuran anugerah berskala besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 semalam pada awalnya mendapat tentangan peminat hiburan tempatan kerana dilihat seperti tidak sesuai dengan waktunya.
Ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berhadapan pandemik Covid-19. Ada juga pihak yang berpandangan agar stesen televisyen memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Apapun, ABPBH-33 telahpun selamat dianjurkan semalam. Seperti yang kerap kali diulang oleh pengacaranya, Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Sean Lee dan Sissy Iman, ABPBH-33 mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persiapan dan pengendalian acara.
02
Fesyen itu subjektif bukan? Akan ada orang yang suka, ada juga yang akan mengata.
Karpet merah ABPBH-33 tidak meriah dengan kehadiran ramai selebriti seperti edisi-edisi terdahulu kerana mengikut SOP (hanya pemenang setiap kategori, penyampai anugerah dan artis yang melakukan persembahan saja diminta hadir). Namun, itu tidak bermakna mata-mata fesyen tempatan tidak memerhati ya!
Some of them definitely had our eyebrows raised by being risque. Pengacara karpet merah dan Xiomi Smart Home Lounge, Sissy Iman mengambil inspirasi daripada stail Beyonce dan Rihanna.
Manakala, Wany Hasrita menarik perhatian ramai dengan pilihan skirt tulle rekaan Wan & Mary untuk dipadankan dengan stail hijab ringkas berona merah jambu.
Nama penyanyi Aina Abdul turut ‘naik’ apabila ramai yang sukar mengintepretasi idea di sebalik gaya tulle-nya.
Secara peribadi, penulis menggemari gaya Sherry Alhadad yang bersesuaian dengan Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular itu. Gaunnya adalah rekaan Rizman Ruzaini manakala glam team Sherry terdiri daripada Aizat Aidid, Syed Faizal & Cody Chua.
P.S: Penulis menggemari peningkatan skil Sissy Iman sebagai seorang hos!
Ads
03
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi lagenda 80-an dan 90-an, Francesca Peter. Pemilihan ini menerima sokongan padu daripada netizen.
Malah, sentimen itu bertambah kuat setelah penonton disajikan dengan segmen tribute lagu-lagu hit kak Fran nyanyian Hafiz Suip & Ernie Zakri. Suka sangat bila melihat kedua-dua pemenang vokal terbaik AJL ini bergandingan.
04
Bagaimanapun, tak semua kategori yang dipertandingkan semalam menerima reaksi sama. Kita mulakan dahulu dengan kategori yang dilihat janggal untuk dipertandingkan iaitu Artis Kontroversi Popular.
Walaupun sekadar kategori online sahaja (tidak disampaikan di atas pentas), ramai berpendapat ia seakan mempromosikan cerita-cerita ‘panas’ selebriti dan bukannya meraikan pencapaian popular mereka sepanjang tahun.
Kategori ini dimenangi Aiman Tino setelah mengenepikan Fathia Latiff, Syafiq Kyle dan beberapa lagi selebriti ‘kontroversi’ lain.
Nampaknya Aiman tidak kisah dengan cakap-cakap netizen apabila dia mendedikasikan kemenangan itu kepada kelab peminat. “Tahun ini milik kita, Aiman tak pernah pegang award ABPBH. 2020 kita merasa.”
Ads
05
Seperti yang korang tahu, ABPBH adalah sebuah anugerah berprestij yang bergantung kepada undian para peminat. Kuat sokongan kelab peminat, tinggi undian mereka, maka menanglah seseorang selebriti itu.
Justeru, apabila rata-rata penonton musykil dengan beberapa kemenangan kategori utama semalam, secara logiknya ia tidak perlulah dipertikaikan kerana seseorang itu menang berdasarkan undian. Tak kiralah jika satu Malaya mengenali selebriti itu ataupun tidak.
Antara kategori yang membuatkan netizen musykil adalah kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baru Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Well, mereka menang kerana undian peminat.
Bagi korang yang mempertikaikannya, seharusnya korang mengundi selebriti yang dirasakan ‘popular’ itu. Betul tak?
Isu penyampai anugerah, Shaheizy Sam yang muncul dengan gantungan pods berwarna-warni di atas pentas mengundang kecaman ramai pihak termasuklah akaun Facebook Public Health Malaysia.
Sukar untuk kita semua mempercayai hal ini terjadi disebabkan oleh kecuaian pihak produksi. Bukankah seseorang selebriti itu akan dipersiapkan semasa menunggu giliran keluar pentas?
Tidak sah jika ABPBH tidak menyiarkan persembahan yang menjadi bualan mulut ramai. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya persembahan di pentas ABPBH yang menjadi ikonik dalam sejarah penganjurannya.
Pada edisi ke-33 ini, ada beberapa momen yang diperkatakan ramai. Entah di masa silapnya, ramai penonton kurang ‘feel’ dengan nyanyian Zynakal dan Yonnyboii semalam walaupun persembahan lagu popular, Sakit amat dinanti-nantikan.
Kemunculan semula Yonnyboii ke atas pentas menerusi lagu Xiaomi For Me bersama Shalma Eliana juga seakan ‘tak sampai’ seperti yang diharapkan. Hhm, apa pendapat korang? Lain telinga lain pendapat.
Satu lagi persembahan yang diperkatakan oleh netizen adalah pemilihan lagu Lovesick Girls oleh Dolla. Ramai tidak bersetuju dengan keputusan produksi untuk memilih lagu nyanyian asal Blackpink.
Ia membuatkan grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel itu tidak mampu lari daripada imej ‘Blackpink Malaysia’ sedangkan mereka baru saja melancarkan single Impikan. Mengapa Dolla tidak diberikan peluang untuk menyanyikan lagu sendiri, seperti peluang yang diberikan kepada persembahan ‘4 Dara’ oleh Faizal Tahir, Elly Mazlien dan Zizi Kirana?
Apapun, ‘stage presence’ dan kualiti nyanyian Dolla layak diberikan pujian walaupun mereka masih baru.
Panjang lebar corat-coret kali ini ya! REMAJA sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Haqiem Rusli yang membuktikan usia bukanlah kayu pengukur kepada kejayaan.
Pada usia 22 tahun, penyanyi Adlina Marie itu telah membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2020 setelah ia dimenangi oleh Mira Filzah, tahun lalu.
Empat tahun lamanya peminat setia penyanyi dan penulis lagu dari New Zealand ini menunggu sebarang single dan album baharu daripadanya.
Berlainan dengan kebanyakan penyanyi pop antarabangsa yang sentiasa memperkemas akaun media sosial mereka pada setiap hari, Lorde memilih untuk tidak ‘ketagih’ dengan medium atas talian.
Lihat sajalah ke akaun Instagram-nya, @lordemusic. Hanya tiga foto yang menjadi tatapan 7.1 juta pengikutnya. Obviously, korang perlu betul-betul meminati Lorde untuk setia menunggu sebarang perkembangan terbaru daripada penyanyi berusia 24 tahun ini.
Namun hari ini berbeza dengan hari-hari lain.
AKHIRNYA, Lorde melancarkan single terbaru sejak album keduanya, Melodrama dilancarkan pada tahun 2017.
Single berjudul Solar Powerini adalah trek utama daripada album ketiganya yang bakal dilancarkan – well, kami ingin katakan tidak lama lagi tetapi kami juga tidak pasti bila Lorde akan melancarkannya.
Mungkin sekali pada minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan – tiada siapa yang tahu.
Kata Lorde menerusi kenyataan rasminya sempena pelancaran Solar Power hari ini, dia faham peminatnya yang selalu bertanya bilakah dia akan muncul semula. Dia sendiri turut ingin ‘memanjakan’ peminatnya dengan pelbagai lagu baharu, seperti penyanyi pop lain.
Namun jelas Lorde, “Apabila usia saya meningkat, saya sedar ada sesuatu yang istimewa mengenai perlunya ada penantian sebelum memiliki sesuatu yang berkualiti.
“Kamu boleh mendapat sesuatu yang kurang berkualiti dengan lebih pantas, tetapi setelah sesuatu yang berkualiti tinggi kamu miliki, a warm feeling grows in you.”
Solar Power
Single terbaru ini hadir selari dengan musim panas yang kini sedang dihadapi di negara-negara yang terletak pada bahagian hemisfera utara.
Dilancarkan bersama-sama satu video muzik, Solar Power ditulis dan diterbitkan oleh Lorde dengan rakan baiknya & musical extraordinaire, Jack Antonoff.
Menerusi trek ini, Lorde ingin mengajak korang untuk meraikan ‘summer energy’ yang akan dirasai pendengarnya.
“Turn it on in a new kind of bright, it’s solar (solar, solar, solar) / Come on and let the bliss begin / Blink three times when you feel it kickin’ in / That solar power.”
Lorde juga ingin mengajak pendengarnya untuk ke luar rumah dan benar-benar menghargai peluang untuk mereka ‘bersatu’ bersama alam di sekeliling.
“(Gadis dalam lagu ini) selalu berkaki ayam. Dia seksi, suka bermain, ‘liar’ dan bebas. Dia ialah seorang gadis moden yang menyarungkan bikini, yang tidak melupakan masa lampaunya namun tetap teruja untuk masa hadapannya. Dan dia paling bersemangat semasa musim panas tiba.
“Album ini meraikan dunia semula jadi, saya cuba untuk menyampaikan perasaan saya semasa saya berada di luar. Ketika kita semua berdepan kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan (sekarang), saya mendapatkan jawapan untuk semua persoalan itu daripada alam semula jadi.
“Saya telah belajar untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan. Inilah yang berlaku (sepanjang 4 tahun ini),” ulas Lorde lagi.
Penyanyi Homemade Dynamite ini juga berkata Solar Power telah disiapkan sepenuhnya di New Zealand bersama rakan-rakannya.
Dalam pada itu, Lorde tidak sabar untuk kembali menjelajah dunia dengan siri konsertnya bagi album baharu ini.
Biarpun dia masih tidak merancangnya, namun dia teruja untuk kembali menghiburkan peminatnya di festival muzik dengan band-nya setelah dunia kembali normal.
Kredit Foto : Opheloa Mikkelson Jones
Apa pendapat korang mengenai Power Solar? Adakah ia menepati semua expectation korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun mengingatkan orang ramai terutamanya wanita untuk tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Menurut Mek Yun, selepas kejadian diekori seorang lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah, dia kini akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila berada di luar.
“Silap saya juga sebab tak terus buat laporan polis dan tak sempat nak panggil pengawal keselamatan di tempat tersebut. Individu berkenaan sempat lari.
“Namun, saya bersyukur sebab tiada apa yang berlaku kepada saya dan ibu pada ketika itu. Saya pun dah tak pasti ke mana individu itu menghilang.
“Buat para wanita yang berhadapan situasi yang sama seperti saya, jangan panik. Sebolehnya, jangan berjalan atau pergi ke kawasan parkir seorang diri.
“Apa yang penting, cari bantuan seperti masuk ke kedai yang paling dekat atau panggil pengawal,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pempengaruh berbangsa Cina asal Kuala Lumpur ini juga mengakui kejadian tersebut sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma di dalam hidupnya.
“Sudah tentu. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan yang sangat menakutkan.
“Walaupun orang lain mungkin menganggap hal ini remeh tapi hanya kita yang melaluinya sahaja yang faham bagaimana perasaannya bila berhadapan dengan situasi diekori itu.
“Saya tidaklah fobia teruk sangat dan masih lagi boleh keluar seperti biasa. Namun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
“Keluarga memang sangat risau. Ketika itu saya hanya berdua dengan ibu. Ayah pun dah bagitahu, selepas ini kalau nak ke mana-mana, dia akan ikut sekali,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menafikan insiden berlaku disebab privasinya yang kini terdedah selepas bergelar pempengaruh.
“Saya tak rasa yang lelaki tersebut merupakan pengikut saya. Setakat ini, saya bersyukur kerana para pengikut saya tidak berperangai pelik-pelik.
“Kesemua mereka sangat baik dan menyokong. Malah, saya pun tak pernah terima mesej yang pelik-pelik di DM dan komen.
“Dari segi privasi pula, saya tak pernah rasa terganggu. Kalau, peminat nak bergambar pun tiada masalah kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan mereka,” kongsinya lagi.
Mek Yun yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Tik Tok Awards Malaysia yang bakal berlangsung buat julung kalinya pada 27 Ogos ini.
Meskipun tidak tercalon, sebagai content creator, Mek Yun tetap memberikan sokongan dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh rakan-rakan seperjuangan di platform berkenaan.
Katanya lagi, dia milih pempengaruh, Khairul Aming sebagai calon pemenang bagi kategori, Creator Of The Year.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Whoa, whoa. Dah lama kita tak menonton semula filem ‘KAMI’ dari tahun 2008.
Mungkin juga ada sesetengah daripada korang yang tidak perna menonton drama bersiri KAMI di saluran 8TV da seterusnya KAMI The Movie di pawagam kerana terlalu muda untuk menghadam content yang ada. Senang cerita, tak cukup umurlah!
Kami The Movie.
Namun pada hemat REMAJA, KAMI ialah antara karya coming-of-age terbaik yang pernah dihasilkan oleh produksi di Malaysia. Ia sangat bertepatan dengan isu yang dihadapi oleh remaja pada zaman itu dan pada zaman sekarang. The years may have gone past but the issues remain the same.
Malah ada isu yang dipaparka dilihat taboo di kalangan masyarakat kita. Tapi guys, itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku kepada sesetengah remaja kita.
Filem terbaru yang juga berkisarkan dunia remaja ialah Busker yang dibintangi Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail.
Busker.
Selain itu, kita ketandusan filem bergenre ini.
Betul tak?
Not for long. Kini, sebuah lagi filem remaja bakal ditayangkan tak lama lagi! Berjudul Menunggu Pagi, ia adalah sebuah naskah dari Indonesia. Dan kalau korang sukakan KAMI, 99.9999% korang akan sukakan Menunggu Pagi juga.
Idea produser Adi Sumarjono dan pengarah Teddy Soeriaatmadja ini berlatar belakangkan festival muzik terbesar di Indonesia dan Asia iaitu DWP.
Kata Adi dalam temu ramah bersama media di Indonesia, “Ia mengangkat Pop Culture dan budaya millenial yang bergantung harap kepada muzik. Ceritanya memang berkait rapat dengan anak muda bandar.”
Menunggu Pagi juga dibintangi oleh pelakon muda berbakat seperti Aurelie Moremans, Arya Saloka, Mario Lawalata, Arya Vasco, Bio One dan ramai lagi.
“Filem ini adalah filem comeback untuk Teddy setelah 5 tahun menyepikan diri. Bila Teddy keluarkan filem baru, kita semua tahu ia bagus!”
Tak sabar untuk menunggu tarikh tayangannya sekitar akhir tahun ini. But for now, apa kata korang tonton dulu klip teaser ini.
Best tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!