Edisi 2022 bagi acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) beralih ke peringkat seterusnya setelah pencalonan Top 5 menerusi sembilan kategori yang dipertandingkan diumum, hari ini.
Misi GMWA 2022 untuk mengiktiraf usaha, kreativiti dan populariti pencipta kandungan digital di Malaysia adalah sejajar dengan peralihan zaman ke dunia hiburan dalam talian.
Jika dahulu, hanya penyanyi, pelakon dan pengacara sahaja yang berpeluang mengecap populariti serta dunia glamor. Kini tidak lagi apabila semakin ramai penghibur atau ‘content creator’ yang muncul menerusi platform dalam talian malah menawarkan pelbagai bentuk kandungan.
Bukan hanya mereka yang bergerak secara individu dan berkumpulan yang semakin ligat mewarnai dunia digital. Malah ada juga akaun-akaun syarikat media serta seisi keluarga yang menjadi ikutan ramai rakyat Malaysia sepanjang tahun ini. Yang penting, GMWA 2022 mengiktiraf kandungan yang positif, membawa nilai serta menghiburkan.
Jom lihat siapakah calon-calon Top 5 yang terpilih kali ini.
Malam penganugerahan GMWA 2022 bakal dilangsungkan pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dan akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Youtube serta Facebook Astro Gempak.
Tapi sebelum itu, korang mempunyai tugas penting sebagai pengundi untuk menyokong calon-calon kegemaran korang. Undian akan dibuka dari 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 di laman sesawang Gempak Most Wanted.
Selain sembilan kategori ini, GMWA 2022 juga akan mengambil kira jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori untuk menobatkan penerima anugerah utamanya, Gempak Most Wanted 2022.
All the best kepada semua calon!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
OMG! Filem The Lion King bakal Ke pawagam hujung bulan ini.
Kepada para peminat Disney tentu mengingati filem ikoniknya iaitu The Lion King. Siapa je yang akan lupa dengan watak Simba, Nala, Timon, Pumba dan Zazu kan?
Apa tidaknya, sejak Disney mengeluarkan poster filem tersebut tahun lalu dengan hanya menggunakan foto singa sahaja, peminat sudah dapat meneka bahawa filem The Lion King akan kembali ke pawagam.
Susulan itu, Disney kembali dengan gaya kreatif mereka apabila berkongsi foto pelakon suara mereka untuk watak-watak di dalam filem tersebut.
Tentunya perkongsian itu menaikkan lagi hype peminat yang tentunya tidak sabar untuk menyaksikan filem ini.
Donald Glover sebagai Simba
Beyonce sebagai Nala
Billy Eichner, Seth Rogen, dan John Oliver sebagai Timon, Pumbaa, dan Zazu
Alfre Woodard sebagai Sarabi
Chiwetel Ejiofor sebagai Scar
Keegan-Michael Key, Florence Kasumba, dan Eric Andre sebagai hyenas Kamari, Shenzi, and Azizi
JD McCrary dan Shahadi Wright Joseph sebagai Simba dan Nala waktu muda
Untuk pengetahuan, suara Mufasa iaitu bapa kepada Simba akan menggunakan suara pelakon asal iaitu James Earl Jones. Filem ini bakal keluar pada 17 Julai nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor tampan, Nabil Aqil terkejut selepas mengetahui bahawa bapa tercintanya, Ahmad Zaidi Masri, telah membina sebuah rumah kayu kampung yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya kelak.
Menurut Nabil yang membesar di bandar, dia memang sudah lama mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung. Namun, dia tidak menyangka bapa tercinta akan membina sebuah rumah khas untuk impian tersebut.
“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.
“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya.
Namun begitu, Nabil mengakui bahawa dia masih belum menemui calon isteri yang sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.
“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
“Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.
Bapa Nabil, turut berkongsi mengenai rumah kayu tersebut yang asalnya dibina pada tahun 1928 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Rumah tersebut dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa menggunakan paku.
“Rumah ini dipindahkan dan dipasang semula di lokasi sekarang.
“Ia adalah simbol keunikan seni bina tradisional yang masih relevan dalam memenuhi keperluan moden hari ini,” kata Ahmad Zaidi.
Tambahnya lagi, memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 itu, kini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepuluh malam terakhir Ramadan sering dianggap waktu paling istimewa buat umat Islam. Pada malam-malam inilah umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah kerana terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan, iaitu Lailatul Qadr, malam yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan.
Satu perkongsian Aliff Satar di media sosial telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi satu momen yang sangat menyentuh hati ketika berada di sebuah masjid pada awal pagi.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Aliff Satar, turut berkongsi satu momen menyentuh hati ketika berada di sebuah masjid pada awal pagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Satar memuat naik video yang menunjukkan seorang remaja kecil sedang membaca Al-Quran sekitar jam 3 pagi di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Apa yang membuatkan situasi itu begitu menyentuh perasaan adalah keadaan masjid yang ketika itu hampir sunyi, dengan pencahayaan yang hanya datang daripada sedikit cahaya lampu luar masjid.
Remaja Baca Al-Quran Jam 3 Pagi
Ketika kebanyakan orang masih lena diulit tidur pada waktu tersebut, remaja itu dilihat tekun membaca Al-Quran sendirian di dalam masjid.
Momen yang dirakam oleh Aliff Satar itu memperlihatkan betapa kuatnya semangat seorang anak muda dalam mencari keberkatan malam-malam terakhir Ramadan.
Menurut Aliff Satar, momen tersebut benar-benar membuatkan hatinya tersentuh apabila melihat kesungguhan remaja berkenaan dalam beribadah.
“3 pagi tadi di Masjid Saidina Umar Al Khattab.
Semoga adik diberi ganjaran malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Allahumma aameen.
Ps: Pada usia muda Allah bagi dia kekuatan sebegini, masya-Allah.. esok besar jadi imam Masjidil Haraam.”
Perkongsian Aliff Satar Raih Perhatian Netizen
Perkongsian Aliff Satar tersebut segera mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan remaja itu dalam beribadah pada usia yang masih muda.
Ramai juga yang tidak putus-putus mendoakan agar adik berkenaan terus diberi kesihatan, kekuatan iman serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat suatu hari nanti.
Ada juga yang berharap remaja tersebut bakal menjadi pemimpin atau tokoh agama apabila dewasa kelak.
Momen ringkas yang dikongsikan Aliff Satar itu sebenarnya menjadi satu peringatan buat ramai bahawa dalam kesibukan dunia, masih ada insan yang memilih untuk bangun di tengah malam demi mendekatkan diri kepada Allah.
Lebih-lebih lagi ketika berada di fasa sepuluh malam terakhir Ramadan, saat yang sangat digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan berusaha mencari keberkatan malam Lailatul Qadr.
Semoga kisah kecil yang dikongsikan oleh Aliff Satar ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk turut sama merebut peluang beribadah pada malam-malam terakhir Ramadan.
Sumber : Instagram Alif Satar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.