Program vaksinasi di Malaysia masih lagi giat dijalankan dan setakat 24 Ogos 2021, seramai 13,580,934 individu telah pun lengkap menerima dua dos vaksin, manakala 18,631,593 individu telah mendapatkan dos pertama.
Namun begitu, isu vaksin ini masih lagi hangat diperdebatkan sama ada daripada keberkesanannya atau pun kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh penerima vaksin.
Terbaharu, seorang ahli bekam mendakwa kononnya darah individu yang sudah vaksin akan berubah warna mengikut jenis vaksin yang diambil.
Dakwaan itu dinafikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Suhazeli Abdullah yang menjelaskan bahawa warna darah yang keluar selepas vaksin TIDAK dipengaruhi oleh jenis vaksin, tetapi ia bergantung kepada individu berkenaan, sama ada vaksin atau tidak vaksin.
Ads
Darah yang daripada kulit kita akan membeku mengikut masa yang tertentu. Sama ada warna cerah atau pekat kehitaman, berbeza-beza. Namun, kebanyakan manusia adalah sama.
Contohnya orang yang mengalami anemia (Hemoglobin sel darah merah rendah); darah mereka akan nampak lebih cerah, cair dan berplasma. Sekali imbas nampak bernanah. Bagi yang berpenyakit Polycytemia pula, darah mereka kelihatan pekat dan kurangnya plasma.
Oleh itu, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah keliru dengan pihak tertentu yang membuat testimoni keadaan darah bekam selepas divaksin.
Untuk pengetahuan korang juga, vaksin dicucuk ke dalam otot bahu, bukannya bawah kulit. Sedangkan darah yang keluar daripada rawatan bekam adalah darah bawah kulit sahaja (dermis dan epidermis).
Doktor ini juga menasihatkan agar jangan bekam di tempat suntikan vaksin. Ia kemungkinan akan menyebabkan kesan sampingan makin teruk seperti bengkak, radang, ruam kemerahan, kesakitan tempat cucuk dan jangkitan kuman lain jika tidak dijaga kebersihan bekas luka bekam. Kalau nak bekam juga boleh, tetapi lakukan dibahagian tubuh yang lain.
Semoga penjelasan yang diberikan oleh doktor ini dapat memberikan pencerahan buat semua. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan individu yang tidak pakar dalam bidang ini.
Kita selalu dengar tentang kecurian data di emel kita. Lebih malang jika data diperoleh adalah hal penting membabitkan kewangan, kertas kerja personal dan sebagainya.
Paling menyedihkan kalau ia berkaitan soal duit kerana akaun kita akan kosong dicuri scammer jika kita menyimpan banyak maklumat peribadi diemel tersebut.
Tapi bagi yang nak tahu sama ada emel korang pernah diceroboh dan datanya dicuri atau belum, eloklah ikut step diajar oleh John Mohamed di fbnya.
Ia bagi memastikan yang emel korang tak diceroboh dan kalau diceroboh, cepat-cepat tukar passwordnya agar tak berterusan jadi mangsa.
Nak tahu macam mana email korang tu dah kena curi datanya? Boleh masuk website ni https://haveibeenpwned.com/. Isikan email korang tu, bila tekan perkataan Pwned tu dia akan keluar result, Merah bagi yang email dah kena hacked, hijau masih lagi selamat. Kalau result keluar merah korang perlu tukar password dan buat password tu lebih kukuh dengan guna simbol.
Contoh MaL4ys!A57&63. Bila ada simbol macamni orang yang buat kaedah brute force untuk teka password tu akan ambil masa yang agak lama. Segala account media sosial, online banking atau apa² sahaja yang melibatkan email yang dah di hacked tu perlu ditukar dengan segera, jangan tangguh.
Nak tahu app atau website apa yang dah dedahkan data kita, korang perlu tekan Subscribe dan masukan email korang, lepastu login email tu dan tengok dalam inbox ada email dari web ni, dari situ korang boleh tahu hasil dia. Sumber : JOHN MOHAMED
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Malaya (UM) menduduki tangga ke-46 dan ia merupakan pencapaian terbaik universiti dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, UM hanya menduduki tangga ke-59. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Jelas Naib Canselor UM, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, sistem penarafan itu merupakan satu penanda aras baru buat intistusi pengajian tinggi negara. Ia juga amat penting buat UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan pelbagai industri serta perkongsian strategik antarabangsa.
Peningkatan ini juga merupakan bukti kepada pelaburan dan inisiatif yang telah diambil UM sejak beberapa tahun bagi menambah prestasi mereka.
Ia merupakan tahun kedua UM tersenarai dalam ranking THE. Bagaimana pula dengan universiti terbaik di Asia? Menurut carta yang dikeluarkan THE, National University of Singapore menduduki tangga pertama.
Mereka telah mempertahankan kedudukan tersebut selama tiga tahun berturut-turut. Dengan pelbagai peningkatan dari segi pengajaran dan kajian, National University of Singapore mendapat kedudukan tertinggi tanpa digugat universiti lain.
Berikut merupakan fakta menarik Asia University Rankings 2018
– Tsinghua University mengambil alih tempat Peking University sebagai universiti terbaik dari China
– Sebanyak 9 buah universiti dari Malaysia yang tersenarai dalam carta dikeluarka pada tahun ini
– Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menduduki tempat ke-99 & ke-2 dari Malaysia
– Jepun merupakan negara yang paling banyak universiti tersenarai dengan sebanyak 89 buah universiti
– Tahun ini merupakan kali pertama institusi pengajian tinggi Malaysia berjaya masuk ke senarai Top 50
Top 10 Asia University Ranking 2018
Kedudukan Universiti Dari Malaysia Dalam Asia University Ranking 2018
Seolah menjadi satu bahan gurauan dan seperti sudah diterima pakai gelaran “makcik bawang”, “akak bawang”, kepochi dan pelbagai gelaran lain di media sosial hari ini.
Biarpun gelaran ini dilihat seakan “mengejek” individu yang suka ambil tahu, suka buat kecoh tetapi gelaran makcik bawang ini dilihat sebagai bahan gurauan dan jadi bahan lawak jenaka yang dianggap selamba.
Kenapa ya, kita suka mengambil tahu hal orang lain? Bertanya soalan yang bukan-bukan dan masa yang sama, kita tidak pernah nak ambil tahu adakah soalan itu menyakitkan hati orang lain? Mengguris hati mereka. Tidak bolehkah kita tidak mengajukan soalan yang menyakitkan hati orang lain?
Bacalah dengan penuh jiwa luahan hati ibu anak istimewa ini. Bagaimana sebenarnya dengan satu pertanyaan itu sebenarnya mampu menguris hati orang lain. Dikurniakan anak syurga yang menderita Ceberal Palsy, akui Saidah Aziz di fbnya, adakalanya hatinya bertisu juga biar sekuat mana dia menerima takdir ditentukan Alllah untuknya meraih pahala di dunia.
Permata hatinya, Darwish
Hati saya kental tapi adakala bertisu juga..
***Untuk yang tak punya anak istimewa dialu-alukan baca.***
Situasi 1
Siang tadi mahu pergi pos barang customer, masuk lif dan satu lif dengan jiran depan rumah. Jiran baru pindah rumah, kiranya jiran baru saya. Dia tegur sambil mata melihat darwisy.
Dia senyum dan mula berkata,”dia sakit ke?”
Saya jawab tidak. Tapi mukanya kelihatan agak pelik. Dan terus terdiam tanpa bertanya apa-apa lagi. Tunggu juga tapi dia diam dan saya pun lebih baik mendiamkan diri.
Situasi 2
Pergi AEON Jusco, pergi makan dahulu di food court. Tekak ngidam betul nasi goreng cili padi disini. Duduk dimeja untuk cop tempat dan suami terus order makanan.
Di depan meja kami terdapat seorang ibu dan seorang anak perempuan yang saya kirakan berumur 11 tahun. Mata 2 beranak ini tertumpu pada darwisy sahaja. Darwisy jenis yang akan mengambil masa nak selesakan diri ditempat yang dia tidak biasa. Kaku dan air liur semakin laju mengalir.
Si ibu sudah perasan yang saya tak selesa. Dengan muka yang ketat dan dia membiarkan anaknya yang tengah makan ayam goreng sambil melihat darwisy dengan mata yang tak berkelip-kelip. Saya tenung muka si anak tapi dia seolah tak peduli. Si ibu juga tidak melarang.
Saya tak tahan dan terus menukar tempat duduk dimana keadaan membelakangkan mereka dan sekaligus pandangan mereka pada darwisy akan terhalang.
Biar diuji namun kehidupan mereka sangat bahagia dan gembira
Keceriaan sentiasa melingkari kehidupan ibu muda ini
Apa yang saya terkilan?Apa yang membuat hati saya menjadi tisu?
Situasi 1
Sudah cukup baik, beri dan sedekah senyuman pada anak istimewa ini. Ini saya puji kerana tak ramai masyarakat yang tak punya anak istimewa akan memandang anak ini dengan raut wajah yang menyenangkan hati. Sebaliknya raut wajah mereka bertukar menjadi kasihan, geli dan menjauhkan diri.
Tetapi pertanyaannya perlu diubah. Ini bukan sakit, anak istimewa bukan penyakit tetapi mereka insan kelainan upaya. Pernah saya disapa, banyak kali juga. Sapaan yang langsung tidak mengguris hati saya.
Seperti contoh,
i) “Anak istimewa, Alhamdulillah” (sambil usap badan darwisy).
ii) “MashaaAllah, ahli syurga (sambil pegang tangan darwisy). Rugi tak sentuh anak ini”.
iii) “Kuat ye puan” (sambil mata pandang dan senyum pada darwisy dan usap bahu saya).
Jika jumpa anak istimewa dan juga ibu ayah anak istimewa, usah ditanya bagaimana ke latar belakang anak ini. Nak dicerita ianya terlalu panjang dan menyedihkan. Lebih baik jangan menegur atau bertanya, senyum pun sudah cukup menggembirakan hati.
Beri kekuatan pada ibu ayah anak istimewa. Kalian tidak tahu bagaimana saya sendiri ibu pada anak istimewa melawan diri untuk mencari kekuatan, ianya sakit dan memeritkan. Jadi terus bantu, tak minta lebih tapi cukup sekadar sokongan moral.
Situasi 2.
Anak istimewa bukan bahan tontonan! Tolong…ibu ayah luar sana yang tak punya anak istimewa, berhenti melihat anak istimewa seperti melihat makhluk asing!
Muka kelat, pandangan dan renungan sungguh tajam sekali. Adakah anak ini musuh kalian?!
Dan tolong menasihat dan educate your kids supaya respect pada special needs. Anak kalian sudah cukup besar jika berumur 10 tahun keatas. Pandangan jelik seperti kalian inilah yang akan membunuh keyakinan anak-anak istimewa.
Dunia ini berwarna warni, ada tinggi dan rendah, ada kurus dan ‘semakin’ kurus, warna kulit hitam putih, normal dan istimewa. Jadi terima kehadiran anak ini seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang pelik berlaku. Nak pandang boleh, sekadar pandang dan tak usah direnung dengan pandangan yang tajam.
–Saidah Aziz–
Ibu kepada anak istimewa
Cerebral Palsy
Jadi selepas kita membaca luahan hatinya tentu sekali kita akan faham kenapa sebenarnya dengan satu pertanyaan, kita boleh membuat hati orang lain terluka. So, henti-hentikanlah ya pertanyaan yang bukan-bukan!