Sakit tekak sering berlaku dikalangan kita dan ia mempunyai pelbagai sebab yang boleh membuatkan seseorang itu mengalami kesakitan tekak.
Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan atau kegatalan pada tekak. Terdapat beberapa sebab sakit tekak, termasuklah jangkitan virus, bakteria, alahan, refluks asid, kerengsaan daripada udara kering, bahan kimia atau asap rokok, akibat penggunaan suara yang berlebihan, post-intubation dan kanser.
Tambah pula sekarang ini kalau sakit tekak, lagilah mendatangkan kerisauan kerana takut ia adalah simptom COVID-19.
Oleh yang demikian, ada beberapa cara yang korang boleh lakukan untuk menghilangkan sakit tekak. Namun, sekiranya masih tidak baik lagi, segeralah berjumpa dengan doktor okay?
Cara-cara mengurangkan sakit tekak ini telah pun dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin dilaman twitternya. Jom kite semak!
1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.
Ads
2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.
3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.
4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas (analgesia), ada yang berangin (menthol), dan sebagainya.
Ads
5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.
6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.
7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpuncar dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor mengesahkan ia disebabkan bakteria, korang akan diberi antibiotik.
Semoga tip dan petua ini dapat membantu korang menghilangkan sakit tekak dengan cara alami. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, tiga pelajar dari Sarawak telah mencuri perhatian apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi pencapaian membanggakan dalam Global English Language Olympiad of Southeast Asia (GELOSEA) 2025, yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada 3 hingga 6 April lalu.
Mereka adalah Aariz Abdillah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Darrel Nathaneal Buko Desmond dan Marc Xavier Pitor Dineal Gumis, masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) telah membawa pulang kemenangan istimewa kepada negara.
Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi SMK Sri Aman, Aariz merangkul pingat berlian (diamond) dalam kategori Menengah 2 iaitu satu pencapaian tertinggi di GELOSEA 2025.
Kredit: Facebook SMK Sri AmanKredit: Facebook SMK Sri Aman
Manakala Darrel Nathaneal memperolehi pingat emas dan Marc Xavier Pitor merangkul pingat gangsa bagi kategori Menengah 3.
Sementara itu, tiga pelajar perempuan tajaan Yayasan Sarawak yang menuntut di Kolej Permata Pintar Negara, UKM dan kini berada dalam Asas 2 (Tingkatan 2) iaitu Qaseh Marsya Qaiysara Mohamad Zulfikar turut meraih anugerah Diamond, Eisya Syifaa Embran (anugerah Gold) dan Nur Maheerah Saifrol (anugerah Gold).
Kredit: Facebook Utusan Sarawak
Prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar ini bukan sahaja membanggakan nama negeri Sarawak. Ia juga menjadi bukti bahawa bakat dan kecemerlangan serta kemahiran dalam penggunaan bahasa Inggeris golongan muda setanding dengan peserta dari seluruh dunia.
Selain itu, kejayaan mereka ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Malaysia khususnya dari Sarawak, mampu bersaing di pentas antarabangsa sekaligus menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Kredit: Facebook SMK Sri Aman
Sekadar info, GELOSEA ialah pertandingan antarabangsa dalam bahasa Inggeris yang dianjurkan Global League of Winners, Inc (GLOW). Pertandingan ini menyediakan platform bagi pelajar untuk menguji dan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris serta memberi peluang untuk mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dari pelbagai negara, memperkukuh jaringan pendidikan dan budaya di rantau Asia Tenggara.
Seramai 137 orang murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah terpilih mewakili pasukan Malaysia. Para peserta ini telah melalui sesi tapisan pada awal tahun 2025 sebelum layak mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman berkafien dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order Kopi ais dekat mamak.
Betul tak?
Sumber Gambar : Pexels
Menurut pakar banyak kebaikan minum air kopi adalah tiga ke lima gelas satu hari.
Tapi kenapa tidak boleh minum berlebihan air kopi ini? Ketahui jawapannya di bawah. Seorang doktor dan ahli kimia berkongsi kebaikan dan keburukan pengambilan kopi kepada tubuh badan setiap hari.
Menurut Doktor Fatimah melalui laman facebooknya menyarankan mengambil 3-5 cawan kopi sehari. Pun begitu, jumlah pengambilan ini adalah subjektif kepada individu, jenis kopi dan jumlah kafein di dalamnya.
Tingkatkan metabolisma
Kafein boleh membantu dalam meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada tenaga (aka metabolisma) dalam badan. Kajian menunjukkan kafein boleh meningkatkan sementara kadar metabolisma sehingga 16% dalam 1 ke 2 jam selepas pengambilan.
Kajian juga menunjukkan kafein boleh mengalakkan badan menukarkan simpanan lemak dalam badan menjadi tenaga. Namun ini kurang berkesan kepada individu yang obes. Pun begitu, pengambilan kafein yang berlebihan akan menghilangkan kesan peningkatan metabolisma disebabkan toleransi badan kepada kafein.
Selain daripada manfaat meningkatkan metabolisma badan, kafein juga boleh meningkatkan daya fokus, menenangkan minda, mengurangkan selera makan, menguatkan memori jangka pendek dan meningkatkan kadar reaksi (adrenaline).
Sumber Gambar : Photo by Chevanon Photography from Pexels
Kesan Kafein Berlebihan
Antara kesan sampingan kafein yang berlebihan dalam badan pula :
peningkatan tekanan darah
gangguan tidur
menggigil
sakit perut
muntah
sakit dada
gelisah
Kafein juga boleh menyebabkan heartburn, gejala GERD kepada sesetengah individu.
Kesan baik atau buruk kafein adalah bergantung kepada jumlah (dos) yang diambil dan penerimaan badan individu. Individu yang mudah mendapat kesan buruk adalah jenis yang sensetif kepada kafein (walaupun sedikit) dan individu yang lambat proses penyingkiran kafein daripada badan. Maka, di sini perlunya kita memahami sensetiviti, toleransi dan keperluan badan sendiri terhadap kafein. Usah pukul rata.
Semoga bermanfaat!
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenal satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera iaitu MyMinda bagi membolehkan pengguna membuat penilaian kendiri tentang status kesihatan mental masing-masing.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pengguna kini boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri tersebut untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres.
Tambah beliau, pengenalan ciri baru MyMinda dalam MySejahtera itu adalah sebahagian daripada komitmen KKM dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental melalui digitalisasi selari dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.
“MyMinda sebagai satu komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psikologi pendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.
“Kita harap orang ramai dapat menilai status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan disediakan dalam MyMinda,” katanya kepada pemberita.
Selain itu, menerusi hasil dapatan info pengguna daripada MyMinda, KKM juga bakal mengumpul statistik dan membuat analisis terhadap kesihatan mental orang ramai.
“Sebenarnya dari situ kita boleh memperoleh statistik status kesihatan mental orang ramai dan keduanya, kita dapat melakukan analisis berdasarkan simptom.
“Paling penting masalah berkaitan kesihatan mental, mereka ini diberikan intervensi awal yang mana ada tempat kepada mereka untuk mendapatkan sokongan bagi apa saja jenis masalah sedang mereka hadapi,” katanya lagi.
Kini, pengguna boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri MyMinda untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!