Terbaru, tiga pelajar dari Sarawak telah mencuri perhatian apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi pencapaian membanggakan dalam Global English Language Olympiad of Southeast Asia (GELOSEA) 2025, yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada 3 hingga 6 April lalu.
Mereka adalah Aariz Abdillah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Darrel Nathaneal Buko Desmond dan Marc Xavier Pitor Dineal Gumis, masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) telah membawa pulang kemenangan istimewa kepada negara.
Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi SMK Sri Aman, Aariz merangkul pingat berlian (diamond) dalam kategori Menengah 2 iaitu satu pencapaian tertinggi di GELOSEA 2025.
Kredit: Facebook SMK Sri AmanKredit: Facebook SMK Sri Aman
Manakala Darrel Nathaneal memperolehi pingat emas dan Marc Xavier Pitor merangkul pingat gangsa bagi kategori Menengah 3.
Ads
Sementara itu, tiga pelajar perempuan tajaan Yayasan Sarawak yang menuntut di Kolej Permata Pintar Negara, UKM dan kini berada dalam Asas 2 (Tingkatan 2) iaitu Qaseh Marsya Qaiysara Mohamad Zulfikar turut meraih anugerah Diamond, Eisya Syifaa Embran (anugerah Gold) dan Nur Maheerah Saifrol (anugerah Gold).
Kredit: Facebook Utusan Sarawak
Prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar ini bukan sahaja membanggakan nama negeri Sarawak. Ia juga menjadi bukti bahawa bakat dan kecemerlangan serta kemahiran dalam penggunaan bahasa Inggeris golongan muda setanding dengan peserta dari seluruh dunia.
Ads
Selain itu, kejayaan mereka ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Malaysia khususnya dari Sarawak, mampu bersaing di pentas antarabangsa sekaligus menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Ads
Kredit: Facebook SMK Sri Aman
Sekadar info, GELOSEA ialah pertandingan antarabangsa dalam bahasa Inggeris yang dianjurkan Global League of Winners, Inc (GLOW). Pertandingan ini menyediakan platform bagi pelajar untuk menguji dan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris serta memberi peluang untuk mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dari pelbagai negara, memperkukuh jaringan pendidikan dan budaya di rantau Asia Tenggara.
Seramai 137 orang murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah terpilih mewakili pasukan Malaysia. Para peserta ini telah melalui sesi tapisan pada awal tahun 2025 sebelum layak mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umumnya, amat jarang wanita “tumbuh misai” atau disebut memiliki bulu roma lebat. Walau ada, namun ia masalah terpencil kerana hormon wanita tidak sama seperti lelaki.
Foto Via msdmanuals.com
Sebelum ini pernah tular apabila seorang gadis dari Indonesia memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan misai dan janggut pada wajahnya seperti seorang lelaki.
Dikenali sebagai Nisya Fadhillah, gadis ini tidak malu untuk memuatnaik video yang menunjukkan misai dan janggutnya itu.
Menurut laporan Tribunnews, misai dan janggut Nisya tumbuh sedikit demi sedikit ketika dia semakin dewasa.
Tambahnya lagi, dia mengesyaki bahawa bulunya juga tumbuh dengan lebih lebat kerana penggunaan produk penjagaan kulit.
Tapi tahukah korang, di dalam bahasa perubatan wanita yang mempunyai bulu berlebihan di kawasan tubuh tertentu, ia dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.
Jom kita kenali masalah hirsutism yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi.
Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.
Hirsutism boleh disebabkan oleh:
1. Pengeluaran hormon lelaki androgen yang berlebihan . Hirsutism sebegini disebabkan oleh pengeluaran hormon lelaki yang banyak dalam tubuh wanita itu. Oleh itu bulu tumbuh dengan lebat pada bahagian yang biasanya berlaku pada lelaki seperti di muka, tangan dan bahagian kaki.
Selain dari tumbuh bulu, seorang wanita juga mengalami jerawat yang banyak, masalah kitaran haid yang tidak menentu, suara yang garau, penambahan otot pada badan, banyak rambut yang gugur sehingga menyebabkan kebotakan, dan saiz payudara yang kecil.
Apabila hirsutism berkait rapat dengan kegemukan, dan kitaran haid yang tidak menentu, ia menandakan kelenjar ovary yang banyak mengeluarkan hormone lelaki. Selalunya disebabkan oleh masalah penyakit “polycystic ovary syndrome (PCOS)”.
Jika wanita ini mempunyai berat yang normal, dan kitaran haid yang normal berkemungkinan ia berpunca dari kelenjar adrenal atau kelenjar pituitari.
2. Kekurangan protein yang melekat pada hormone lelaki androgen dalam peredaran darah.
Hanya hormone lelaki androgen yang tidak melekat pada protein yang aktif menghasilkan kesan pada tubuh. Pengeluaran protein yang melekat pada hormone ini dilakukan oleh organ hati. Hormon wanita estrogens yang meningkatkan pengeluaran protein ini. Ini bermakna jika tahap hormone wanita estrogens dalam badan menurun, bermakna semakin banyak hormone androgen yang tidak dilekatkan dengan protein itu.
3. Masalah pencernaan (metabolism) hormone androgen yang menukarkannya dari bahan aktif kepada bahan yang lemah.
Ini adalah punca yang selalu berlaku yang mana menyebabkan banyak hormone androgen yang aktif semakin meningkat dalam tubuh dan memberikan kesan pada tubuh.
4. Pengambilan ubat-ubatan herba yang tidak disahkan dan ubatan doktor yang diambil tanpa preskripsi
Masalah ini tidak berkait dengan masalah tahap hormone lelaki androgen dalam badan. Selalunya ubat-ubat herba yang dicampurkan dengan ubat-ubat hormone atau ubat-ubat doctor yang diambil tanpa preskripsi dan mengandungi bahan aktif seperti testosterone, dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS), danazol (Danocrine), corticotropin, steroid corticosteroids yang tinggi, metyrapone (Metopirone), phenothiazine, anabolic steroid yang biasa digunakan oleh ahli bina badan, androgenic progestin, dan acetazolamide.
Ubat-ubat lain seperti cyclosporine (Neoral, Sandimmune, SangCya), phenytoin (Dilantin), diazoxide (Hyperstat IV), triamterene-hydrochlorothiazide (Dyazide, Maxzide), minoxidil (Loniten, Rogaine), hexachlorobenzene, penicillamine (Cuprimine, Depen), dan psoralens.
.
Berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan (sukar hamil)
Selain dari masalah misai dan bulu yang banyak di beberapa bahagian tubuh yang tidak sepatutnya berlaku, masalah ini juga selalu berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan (sukar hamil), sering keguguran, keluarnya lendiran pada puting payudara walaupun tidak hamil, dan sering mengalami sakit di bahagian pelvis.
Saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan doctor. Doktor selalunya akan mengambil darah untuk menguji tahap kandungan hormone lelaki testosterone dan beberapa jenis hormone lagi seperti prolactin dan 17-OH progesterone dalam tubuh, dan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memantau keadaan ovari.
Keadaan ini berlaku pada mana-mana wanita, terutamanya pada umur wanita itu dalam waktu subur. Oleh itu jika ia berlaku pada kanak-kanak perempuan yang belum matang atau wanita yang telah mencapai umur menopause, dikhuatiri mereka mengalami keadaan yang lebih serius iaitu tanda berlakunya ketumbuhan pada kelenjar yang mengeluarkan hormone. Jika berlaku pada wanita yang mengalami menopause, selalunya bulu pada ketiak dan kawasan ari-ari (pubic hair) semakin menipis, namun bulu di bahagian lain semakin menebal.
Oleh itu pemeriksaan yang lengkap harus dilakukan untuk pengesahan lanjut. #HealthDrZubaidi
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Koktail buah-buahan antara menu penyegar mulut yang bukan sahaja enak, malah mudah untuk disediakan. Biasanya, ia dihidangkan sebagai pencuci mulut dan sering menjadi menu pilihan di setiap majlis keramaian yang dianjurkan.
Cara penyediaan koktail buah-buahan ini mungkin berbeza mengikut setiap individu, tetapi istimewanya kali ini kami nak kongsikan resipi rahsia yang hampir 7 keturunan hasil perkongsian Hafidz Idris dalam group Masakan Berpuaka di laman Facebook.
Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
– ½ tin krimmer pekat manis
– 1 kotak whipping cream (250ml)
– 1-2 tin susu sejat
– Nata de coco
– 1 tin laici
– 1 tin buah-buahan koktail
– Ais ketul
Cara menyediakan:
1. Tapis buah-buahan koktail dan buang airnya
2. Tuangkan semua susu sejat ke dalam jag air (Boleh tuang dua tin sekiranya nak kuah lebih)
3. Kemudian, masukkan kesemua whipping cream ke dalam jag
4. Selepas itu, masukkan susu pekat, nata de coco (berserta airnya) dan laici (masukkan sedikit sahaja airnya)
5. Gaulkan sehingga sebati dan cedokkan ke dalam cawan berisi ais ketika dihidangkan. Siap!
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal minggu ini, isu guru sekolah yang bersiaran secara langsung menerusi platform TikTok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas telah mencuri perhatian ramai pihak termasuklah unit Kementerian Pendidikan sendiri.
Begitupun, lain pula ceritanya di peringkat pendidikan tinggi apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengalu-alukan kerjasama bersama platform media sosial nombor satu itu, kelmarin.
Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan TikTok Pte. Ltd itu telahpun dimeterai di antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong.
MoU tersebut difahamkan adalah demi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik menerusi platform media sosial.
Sebagai contoh di UiTM cawangan Sabah sendiri pada tahun lalu, ia telahpun memperkenalkan kandungan TikTok Guru Bah! yang berjaya mendapat sambutan. Lantas, UiTM memandang kerjasama ini sebagai usaha ke hadapan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, proaktif dan kompetitif seiring dengan perubahan zaman.
Lebih-lebih lagi apabila kini, UiTM ingin memperkenalkan skop pendidikan jarak jauh (PJJ) dan terbuka selain pendidikan formal seperti sesi kuliah. Oleh itu, tidak salah lagi strategi bersama TikTok ini boleh mengembangkan lagi minat serta fahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.
Kata Roziah sewaktu berucap, usaha ini juga diharap dapat mengubah perspektif umum mengenai penggunaan meida sosial dalam gedung pendidikan negara.
“Berdasarkan reputasi TikTok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kerjasama ini akan membuka banyak ruang. Ia selaras konsep Edukation 5.0 @ UiTM dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel dengan peralihan dan trend teknologi terkini.
Buat TikTok Malaysia pula, langkah ini adalah sesuatu yang baru untuk merek dalam memperkasakan aplikasi itu sebagai satu platform perkongsian ilmu; selaras dengan agenda pendidikan negara.
Siapa kata media sosial itu negatif semata. Jika kena dengan cara penggunaannya, banyak manfaat yang boleh kita semua perolehi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.