Ketumbit merupakan satu bisul kecil yang terdapat di bahagian kelopak mata hasil daripada jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Dahulu, bila sebut tentang ketumbit, mungkin ramai yang menganggap ia adalah satu perbuatan ‘mengintai’ orang di bilik air. Namun, ia tidak benar sama sekali.
Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata. Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan, tetapi ada sesetengah kes mungkin individu tersebut mendapat komplikai yang lebih teruk sekiranya jangkitan merebak ke bahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis.
Jadi, apa yang korang perlu lakukan sekiranya mata korang ditumbuhi ketumbit?
Ads
Ikuti cara rawatan mudah yang dikongsi oleh Dr. Lael Salim ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Air suam
– Tuala bersih
– Syampu bayi (tidak pedihkan mata)
– Putik kapas
– Cawan kecil
– Cermin
Ads
Mula-mula, korang celupkan kain bersih ke dalam air suam. Perah dan tuamkan pada kedua-belah mata selama 2 minit. Kemudian, bancuhkan air suam lain di dalam cawan dan letakkan beberapa titis syampu bayi. Kacau bagi rata.
Gunakan putik kapas dan gosokkan dengan lembut air sabun tersebut pada akar bulu mata di hadapan cermin. Sebelah tangan korang pegang putik kapas, sebelah lagi tari kelopak mata.
Korang pernah tak perasan, bateri telefon korang boleh tahan seharian kalau duduk rumah, tapi bila nak jalan balik kampung je, tiba-tiba bateri turun mendadak walaupun tak main sebarang aplikasi pun? Fenomena ini memang kerap berlaku, dan sebenarnya ramai yang tak tahu sebab kenapa bateri telefon boleh cepat ‘kong’ masa dalam perjalanan.
Menerusi sebuah perkongsian oleh pengguna Threads yang bernama @abe.had atau BeyHad, beliau menjelaskan bahawa perkara ini berlaku bukan sebab aplikasi beroperasi di ‘background’ atau GPS aktif, tapi lebih kepada proses yang berlaku antara telefon dan pencawang telekomunikasi sepanjang perjalanan.
Jelasnya dalam bahasa teknologi, proses ini dipanggil “Cellular Handover”. Jadi, bila korang duduk diam di rumah, telefon hanya berhubung dengan satu menara telekomunikasi, maka tenaga bateri lebih jimat. Tapi bila bergerak laju atas lebuh raya, jarak dengan menara asal makin jauh dan itu menyebabkan signal semakin lemah.
Sebelum line internet putus, telefon korang akan guna tenaga tambahan untuk cari dan kunci pencawang baru di depan. Proses ini akan berulang-ulang sepanjang perjalanan, contohnya dari Johor sampai Perlis ke atau Melaka ke Kelantan, hanya untuk nak pastikan lagu atau video korang tidak terganggu.
Kesan daripada proses ini ialah bateri phone cepat habis dari biasa kerana pergerakan laju atas lebuh raya dan pertukaran pencawang yang kerap buat telefon seolah-olah berlari marathon tanpa rehat, walaupun korang tengah tidur dalam kereta atau ETS.
Pada masa yang sama, untuk menjimatkan bateri semasa travel, BeyHad sempat mencadangkan para pengguna untuk aktifkan “Airplane Mode” semasa perjalanan. Ini boleh bantu phone korang rehat dan tak payah berhempas pulas cari signal yang korang tak guna.
View on Threads
Selain tu, tip lain termasuk bawa powerbank, cas penuh sebelum bertolak, dan guna pengecas kereta supaya telefon sentiasa dalam mod ‘ready’ sepanjang perjalanan. Langkah-langkah ini penting terutama bila nak balik kampung atau semasa musim perayaan.
Jadi, sebelum keluar berjalan, pastikan korang ‘prepare’ segala keperluan termasuk telefon dan bateri. Hati-hati juga semasa memandu atau naik pengangkutan awam, dan jangan lupa jaga keselamatan diri serta keluarga sepanjang musim perayaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tugas selaku seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang boleh digalas secara sewenangnya.
Tidak kira sama ada negara sedang berdepan dengan pergolakan atau jika negara berdiri gah di mata dunia, seorang pemimpin harus berada di hadapan semua rakyat di waktu sukar mahupun senang tanpa mengabaikan keperluan rakyat.
Seorang pemimpin yang ikhlas menjalankan tugasnya demi negara tidak sesekali akan mementingkan agenda diri sendiri atau partinya. Beliau juga tidak akan membiarkan dirinya terpalit dengan sindrom ‘menyelamatkan diri sendiri’ di kala pihak lain terabai tanpa dibela.
Oleh sebab itulah tidak mudah untuk menjadi seorang pemimpin. Malangnya, lebih ramai pemimpin yang wujud pada era ini selayaknya digelar zalim dan bongkak. Sudahlah hak, nasib dan hala tuju rakyat tergadai; Pak Menteri pula lebih sakan mengumpul harta duniawi demi kegunaan peribadi.
Ibarat menanti bom jangka yang mampu meletup pada bila-bila masa, prinsip seorang pemimpin sebegini bukan sahaja memberi kesan kepada imejnya sendiri. Bahkan, ia mewujudkan situasi tegang yang terpaksa dilalui oleh rakyat Malaysia apabila pemerhati luar mula dihambat perspektif negatif baharu dan akhirnya meragui kestabilan pucuk kepimpinan negara yang terkini. Maka, bermulalah episod kestabilan emosi rakyat yang bakal tergugat.
Ingat, rakyat tidak bodoh untuk menganalisa sendiri kelemahan yang dipamerkan oleh sesetengah golongan pemimpin di negara kita. Setiap kali mereka diuji, maka terpamerlah keinginan survival sang manusia yang dahulunya begitu angkuh mengaut keuntungan di keliling pinggang.
Jika aduan mengenai kepincangan barisan pemimpin negara kita dipekakkan begitu sahaja oleh pihak berkuasa, jujurnya rakyat tetap mempunyai outlet untuk mengadu kepada Yang Esa.
Sebagai masyarakat beragama Islam, kita percaya senjata terkuat apabila berdepan dengan golongan zalim adalah doa.
Namun, adakah doa berbaur ‘luahan perasaan negatif’ terhadap para pemimpin ini dibenarkan di sisi agama?
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam Hadis Bukhari dan Muslim, maksudnya;
“Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding.” (1)
Tindakan untuk berdoa agar golongan yang menzalami orang lain ini dijauhkan daripada kita juga telah disebut melalui firman Allah SWT dalam surah al-Nisa, ayat 148 yang bermaksud:
“Allah tidak suka berterangan menyebut kejahatan melainkan daripada orang yang dizalimi..”(2)
Jelas Ibnu Abbas menurut Ibnu Kathir, ayat tersebut membawa maksud Allah tidak suka seseorang itu mendoakan keburukan ke atas sesiapa melainkan dia dizalimi. Doa tersebut adalah satu kelonggaran yang diberikanNya.
Al-Sa’di pula pernah berkata bahawa hukum orang yang dizalimi untuk mengadu perihalnya dan menyebut secara terang-terangan kejahatan orang zalim tanpa menambah pembohongan atau berlebih-lebihan mengatasi kadar kezaliman ke atas dirinya adalah harus. (3)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu adalah kanan semua orang-orang yang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.”(4)
Betapa mulianya pemimpin yang adil di sisi Allah apabila mereka akan ditempatkan di kedudukan yang sangat dekat dengan Allah kelak di akhirat kelak.
*
Akhir kata, penulis percaya rakyat tidak mengharapkan pun seorang pemimpin itu untuk sempurna dalam setiap tindak-tanduknya. Pemimpin juga adalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan.
Namun, kewibawaan seorang pemimpin itu haruslah setanding dengan posisi yang didudukinya itu. Sedangkan kerusi pun boleh terbalik, apatah lagi kedudukan seorang pemimpin yang goyah dek kerana tipisnya integriti.
Jangan disebabkan beberapa jongkong emas dan longgokan wang kertas, pemimpin kita buta dengan nasib rakyat yang masih tidak terbela.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun peperiksaan utama bagi pelajar tahun akhir 2020 tergendala dan perlu dibawa ke tahun 2021 disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, namun proses permohonan mereka untuk melangkah masuk ke universiti kelak tetap berjalan dengan lancar buat masa ini.
Menurut muat naik yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebentar tadi, permohonan untuk kemasukan universiti (UPUOnline) bagi sesi akademik 2021/2022 telahpun dibuka bermula jam 12 tengah hari ini sehinggalah jam 5 petang pada 31 Mac 2021 kelak.
Permohonan bolehlah dilakukan di laman web kementerian iaitu di upu.mohe.gov.my. Seperti biasa, pelajar perlu membeli nombor unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) dan korang boleh berbuat sedemikian mulan Februari ini.
Bagi pelajar yang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Februari hingga Mac 2021, mereka boleh menghantarkan pemohonan dari 21 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 yang telah mereka duduki (jika ada).
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan Diploma atau sijil pendidikan yang setaraf dengannya pula, mereka boleh memohon dengan menggunakan keputusan peperiksaan terkini masing-masing.
Akhir sekali, pelajar yang mempunyai kelayakan STPM, matrikulasi, asasi dan STAM pula boleh memohon dari 16 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan menggunakan keputusan pendidikan seperti berikut:
STPM 2020: Keputusan peperiksan terbaik sehingga Semester 2.
Matrikulasi / Asasi : Keputusan peperiksaan hingga Semester 1
STAM 2020 : Keputusan peperiksaan percubaan (jika ada).
Harap maklum,
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022
UPUOnline dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang )
G-Dragon dilantik sebagai duta kehormat sesi ke-48 UNESCO World Heritage Committee di Busan, sekali gus mengukuhkan pengaruh globalnya dalam seni, budaya dan usaha pemuliharaan warisan dunia.