Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan pastinya perit untuk ditelan, terutama belum sempat untuk membuktikan kejayaan kepadanya…
Begitulah yang harus ditempuh seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 ini yang terpaksa menerima takdir Ilahi apabila kehilangan bapa tercinta sebulan sebelum peperiksaan besar itu bermula.
Namun, ia bukan alasan sebagai mematahkan semangatnya untuk tampil cemerlang dalam SPM. Berjaya memberikan senyuman manis buat keluarga, gadis ini meraih keputusan keseluruhan A menerusi peperiksaan itu, semalam.
Menerusi ciapan di Twitter, abang kepada salah seorang pelajar SPM 2022 mengucapkan tahniah kepada adiknya yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan.
Ads
Lebih membanggakan apabila adiknya yang digelar sebagai Achik itu juga dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
“Alhamdulillah, Achik berjaya meraih keseluruhan A dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).
“Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan,” ciapnya.
Ads
Bagaimanapun, pada hari ini Achik membuktikan bahawa dia mampu meraih kejayaan walau terpaksa menanggung kerinduan terhadap bapanya.
“Dan dia menang. Abah pasti akan bangga dengannya,” tambahnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut menumpang bangga dengan pencapaian adik itu selain melayangkan ucapan setinggi tahniah buatnya.
Sekadar informasi, seramai 10,109 daripada 373,974 orang calon memperoleh keputusan semua A dalam SPM 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penerjun wanita negara yang berjaya menempatkan diri ke tempat ke-4 acara 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dhabitah Sabri kini sudah pun bergelar seorang mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dhabitah khabarnya akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
“Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, Atlet Olimpik Negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” catat akaun rasmi UKM itu.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Dhabitah dan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka sebagai warga baru di UKM.
Tahniah Remaja ucapkan kepada penerjun kelahiran Kuala Lumpur yang bukan saja berjaya mencuri tumpuan dunia dengan skil terjunannya tetapi juga disebabkan senyuman manisnya. Semoga Dhabitah terus cemerlang dalam bidang akademik dan kerjayanya sebagai seorang atlet negara seperti yang pernah dilakukan oleh rakan seperjuangannya seperti Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Pandelela merupakan graduan ijazah Sarjana Muda dalam Sains Pengurusan Sukan daripada Universiti Malaya pada tahun 2018 setelah lima tahun setengah menyeimbangkan kedua-dua bidang.
Manakala, Leong Mun Yee pula berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2017.
Keadaan hidup mengajar seseorang untuk menjadi lebih berjaya dan gigih mencapai cita-cita tanpa kenal erti lelah. Tiada apa yang mustahil jika ketekunan dan usaha mengiringi setiap langkah. Inilah yang sesuai penulis gambarkan mengenai kejayaan Dr. Mohamad Hafifi Jamri yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada usia 30 tahun.
Bukanlah pelajar ‘straight A’ dari peringkat awal pendidikan, beliau hanya memperoleh 4A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun, beliau sentiasa berusaha untuk memajukan diri dari semasa ke semasa menerusi penglibatannya dalam aktiviti akademik dan kokurikulum seperti program kepimpinan dan peningkatan diri ketika di bangku persekolahan dan universiti.
Sebagai anak tunggal, Dr. Mohamad Hafifi menjadikan misi untuk membantu kedua orang tuanya sebagai satu gol di dalam kehidupan. Bukan berasal dari keluarga yang senang, ibunya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang manakala ayahnya pula hanyalah pemandu bas henti-henti.
Tekad untuk menyambung pelajaran secara terus menerus, lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan ini memasuki USM pada tahun 2011 sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda dan kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana sehinggalah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah pada 2021.
Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA Cawangan Alor Gajah, Dr. Mohamad Hafifi menjadikan perjalanannya sebagai satu pembelajaran hidup penuh berharga. Sepanjang pengajian dia bukan hanya belajar tetapi turut melakukan kerja-kerja sampingan bagi mendapat duit poket untuk menampung kehidupan.
Ujarnya, “Saya pernah menjadi Juruwang di Esso, Jurutol Sambilan di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang serta beberapa pekerjaan secara separuh masa dalam universiti misalnya Pembantu Penyelidik Siswazah dan Eksekutif Acara. Malah, sebelum diterima bekerja di UiTM, saya turut pernah bekerja sebagai Assistant Person in-Charge di kedai dua ringgit, pembanci serta proofreaders.”
Dr. Mohamad Hafifi bersama kedua orang tuanya dan isteri.
Pengalaman sememangnya menjadi guru terbaik namun dalam kehidupan langit tidak semestinya cerah sampai ke petang. Segala onak dan duri harus ditempuhi demi sebuah kemanisan.
Sepanjang 10 tahun pengajian, terdapat peristiwa-peristiwa meruntun hati jejaka ini. Kongsinya, “Dalam tempoh pengajian di USM, saya diuji dengan keadaan yang amat berat iaitu kematian nenek tersayang saya pada tahun 2013. Ketika saya baru memasuki tahun akhir pengajian Sarjana Muda. Pada waktu itu, saya merasakan bahawa satu kunci doa saya telah hilang.
“Semasa menjalani pengajian PhD pula, saya diuji dengan kesakitan bapa saya yang mana dia disahkan dijangkiti pneumonia pada 13 Mac 2019. Dari tempoh tersebut sehingga 13 Mei 2019 iaitu genap dua bulan, saya dan ibu berulang alik ke hospital iaitu bermula dari Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya dan kemudiannya ke Hospital Pulau Pinang.
“Tempoh tersebut adalah tempoh yang amat sukar bagi diri saya. Saya boleh katakan bahawa keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan saya ketepikan pengajian dahulu untuk sementara. Syukurlah, ketiga-tiga penyelia saya amat memahami. Selepas bapa saya kembali pulih, barulah saya berusaha mendapatkan semula momentum pengajian yang tertunda.”
Mengakhiri temubual kami, Dr. Mohamad Hafifi mengakui yang tempoh masa 10 tahun di USM ternyata memberikan pelbagai pengalaman kepada beliau berkenaan kesukaran dalam keseronokan menjadi seorang pelajar pra-siswazah dan pasca-siswazah. Walau bagaimanapun, perkara yang lebih penting adalah pengalaman yang diraih dalam tempoh menjadi pelajar, baik di peringkat universiti, latihan industri serta melalui pengalaman yang dikongsikan oleh para pensyarah, penyelia, penyelidik serta pakar-pakar bidang yang ditemui.
Beliau berpandangan bahawa tidak rugi untuk merendahkan diri dalam mencari ilmu serta kembali semula memberikan sumbangan ilmu melalui aktiviti perkongsian dengan rakan-rakan serta anggota masyarakat. Bak kata pepatah, ibarat resmi padi semakin semakin berisi semakin tunduk.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Projek pembangunan semula Battersea Power Station di London, United Kingdom adalah sebuah projek yang telah dikemudikan sejak beberapa tahun lalu oleh pasukan gabungan S.P Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF).
Secara ringkasnya, Battersea Power Station terletak bersebelahan River Thames di South West London dan fungsinya telah diolah menjadi sebuah bangunan yang menempatkan kediaman jenis studio apartment, townhouse dan penthouse serta unit-unit pejabat, kedai, kawasan riadah dan penempatan servis.
Sejak ia mula dilancarkan di Bangsar pada tahun 2013 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu iaitu Dato’ Seri Chor Chee Heung, Battersea Power Station telah beberapa kali melangsungkan acara khas demi menyambut peralihan fasa dalam projek tersebut.
Bukan calang-calang pemaju ya yang memperolehi peluang bagi membangunkan semula tapak bersejarah ini, lebih-lebih lagi pemaju dari Malaysia bagi sebuah projek mega di kawasan ‘hotpot’ di UK. Secara tidak langsung, Battersea Power Station adalah sebuah projek yang menempatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dan merupakan simbol kebanggaan negara.
Bukan itu saja, penulis turut berpendapat bahawa ia adalah simbol kesungguhan anak jati Malaysia bagi menunjukkan tiada apa yang mustahil untuk kita kecapi.
Berkibarnya Jalur Gemilang
Sejak pelancarannya pada tahun 2013, Jalur Gemilang sudah beberapa kali disaksikan ‘berkibar’ di facade bangunan tersebut bersama-sama bendera Union Jack sebagai tanda kerjasama erat di antara dua buah negara yang berjaya membangunkan semula Battersea.
Selama hampir 34 tahun, Battersea Power Station sepi tanpa sebarang fungsi. Dengan misi baharu ini, ia kembali terang bersinar (literally) secara berfasa.
Pada tahun 2019, Jalur Gemilang telah dikibarkan pada dada bangunan bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September dan turut diserikan dengan corak jalur merah dan putih pada bahagian corong serta kerlipan lampu merah di hujung kren pembinaan.
Pada 24 Mei lalu pula, akhirnya kunci kediamana di Battersea Power Station diserahkan kepada sekumpulan penduduk pertamanya dan ia merupakan tarikh keramat buat semua pihak yang terlibat menjayakan projek ini. Sudah tentu, Malaysia ialah ‘insan’ paling berbangga dengan kejayaan ini.
Bersempena penyerahan kunci itu, pelbagai persembahan lampu pada dada bangunan telah dipertontonkan pada setiap malam.
Sekali lagi, bendera Jalur Gemilang dan Union Jack megah berkibar.
Menurut laporan, tapak ini akan mula dibuka aksesnya kepada orang awam mulai tahun 2022 di mana mereka boleh berkunjung ke kedai-kedai, restoran dan kawasan awam.
Tambahan pula dengan pembukaan stesen Tube baharu di lokasi tersebut pada tahun ini, ia akan memudahkan lagi kunjungan orang ramai ke sini.
Bukan itu saja, sebuah lif kaca juga dijadualkan dibuka pada tahun ini. Ia akan membawa pengunjung ke puncak setinggi 109m di bahagian atas corong Battersea agar mereka boleh menikmati pemandangan South West London yang tidak ternilai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!