Inisiatif mikro-drama universiti, UniDramaXRemaja anjuran seeNI dengan kerjasama Remaja secara rasminya melabuhkan tirai menerusi acara Watch Party yang menghimpunkan enam kumpulan terbaik daripada lima institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Watch Party tersebut menyaksikan penyertaan daripada University of Cyberjaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), UiTM Puncak Perdana, TVET UniRazak, Politeknik Seberang Perai serta Kolej Vokasional Sungai Petani. Keenam-enam kumpulan ini mempamerkan kekuatan penceritaan, keaslian idea serta keupayaan menghasilkan karya berimpak dalam format drama vertikal dan kandungan short form.
Pelbagai genre diketengahkan di peringkat akhir termasuk horor, horror komedi, drama dan romantik komedi. Kepelbagaian ini sekali gus menyerlahkan keberanian serta variasi suara generasi muda dalam mengolah naratif yang dekat dengan realiti, emosi dan pengalaman masyarakat masa kini.
Selari dengan objektif seeNI sebagai pentas baharu untuk pencipta muda mengilap bakat dan bercerita dengan berani, karya-karya yang dipertandingkan telah dinilai oleh barisan juri industri berpengaruh terdiri daripada Datuk Ahmad Izham Omar (Pengasas Komet Productions), Nik Amir Mustapha (Pengarah dan Penerbit Lumatic Films), Hj Md Fadzil Teh (Penerbit Zeel Productions), Adly Shairy Ramly (Ketua Thinker Studios) serta Nazihah Dalhar (Ketua Astro Gempak).
Kehadiran barisan juri ini bukan sahaja memastikan penilaian menyeluruh dari sudut kreativiti, kekuatan penceritaan dan potensi komersial, malah memperkukuh peranan UniDramaXRemaja sebagai jambatan antara dunia akademik dan industri kreatif profesional.
Ads
Dalam ucapannya, Encik Lokman Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif turut menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan kreatif, malah memberi impak signifikan terhadap pertumbuhan platform tersebut.
“Melalui penganjuran pertandingan ini, kami menyaksikan impak yang sangat positif terhadap pertumbuhan aplikasi seeNl.
“Aplikasi ini mencatat peningkatan keseluruhan sebanyak 10%, manakala jumlah pengguna aktif bulanan meningkat kepada 30,000 pengguna mewakili lonjakan signifikan sebanyak 50% dari bulan ke bulan.
“Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti jelas bahawa kandungan yang autentik dan segar daripada bakat muda mampu menarik perhatian serta memupuk komuniti yang terus berkembang,” katanya.
Watch Party UniDramaXRemaja sekali gus menjadi kemuncak perjalanan pertandingan ini dalam usaha mencungkil bakat baharu, membina keyakinan pencipta muda serta membuktikan bahawa penceritaan berimpak tidak semestinya memerlukan produksi berskala besar, sebaliknya idea yang jujur, relevan dan berani.
Senarai Pemenang UniDramaXRemaja
Bagi edisi sulung ini, pihak penganjur menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan kepada juara. Tempat kedua pula membawa pulang RM4,000 bersama trofi dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga menerima RM3,000 berserta trofi serta sijil penghargaan.
Ads
Gelaran juara menjadi milik drama Bangkai terbitan Cineman Pictures dari UiTM Puncak Perdana yang berjaya memikat hati juri menerusi kekuatan penceritaan dan aspek teknikal yang mantap, sekali gus membawa pulang RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
Tempat kedua diraih oleh Missing 7, hasil produksi Cassano Heist Production dari Kolej & Politeknik Pulau Pinang yang menerima RM4,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Anomali terbitan Imaginasi Rembulan dari ASWARA yang membawa pulang RM3,000 bersama trofi serta sijil penghargaan.
Turut diberikan pengiktirafan khas menerusi Anugerah Pilihan Juri ialah drama One Night oleh 23II dari ASWARA yang menerima wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan atas keunikan idea dan keberanian pendekatan penceritaannya.
Dengan berakhirnya edisi sulung ini, UniDramaXRemaja membuktikan bahawa platform digital kini menjadi ruang signifikan buat generasi muda mengekspresikan kreativiti dan siapa tahu, mungkin inilah titik mula lahirnya pengkarya besar industri suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Dari gambar kita akan belajar erti kehidupan, kemanusiaan, membentuk kasih sayang dan ada ketikanya mampu menyemai rasa kebencian.
Saksikan gambar-gambar menarik dari seluruh dunia yang telah memenangi pertandingan bagi kategori alam semulajadi yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Wildlife (Hidupan Liar), Landscapes (pemandangan), Aerials (udara) dan Underwater (bawah air) anjuran National Geographic bagi tahun 2017.
Pemenang hadiah utama menerima US7500 dan diterbitkan di majalah National Geographic selain @NatGeo Instagram akaun. Manakala pemenang pertama akan menerima US2500.
Sebuah lagi filem aksi yang ditunggu-tunggu, Fast & Furious: Hobbs & Shaw bakal menemui penonton pada awal Ogos nanti.
Selepas dua tahun kejadian dalam Fast and Furious 8, ejen servis keselamatan diplomatik Luke Hobbs dan bekas ahli SAS yang menjadi pembunuh upahan Deckard Shaw mendapati mereka terpaksa bekerjasama walaupun tidak suka antara satu sama lain.
Mereka perlu bersatu untuk menumpaskan seorang anarkis siber-genetik hebat, Brixton yang telah menguasai satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.
Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, Helen Mirren akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 1 Ogos ini.
Kali ini, kami nak berikan peluang untuk korang memiliki koleksi merchandise Fast & Furious: Hobbs & Shaw yang pastinya eksklusif milik korang saja.
Jawab soalan mudah di bawah ini dan korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:
Dalam usaha memperkukuh kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menggalas satu peranan baharu apabila dilantik secara rasmi sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pelantikan ini bukan sekadar simbolik, tetapi dilihat sebagai satu langkah strategik JPJ dalam mendekati masyarakat dengan pendekatan yang lebih dekat dan relevan. Dengan pengaruh besar serta penerimaan meluas dalam kalangan rakyat, kehadiran Siti Nurhaliza diyakini mampu menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dengan lebih efektif dan menyentuh hati.
Pendekatan Baharu JPJ
Menurut kenyataan JPJ, pemilihan figura tersohor itu dibuat berdasarkan kredibiliti serta reputasinya yang sentiasa positif sepanjang berada dalam industri hiburan. Malah, beliau dianggap sebagai ikon yang mampu menjadi contoh teladan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih menarik, pelantikan ini juga mencerminkan perubahan pendekatan JPJ yang kini tidak hanya bergantung kepada aspek penguatkuasaan semata-mata. Sebaliknya, elemen advokasi dan pendidikan turut diberi penekanan sebagai strategi jangka panjang dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Majlis pelantikan tersebut berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-80 JPJ, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan momen ini lebih signifikan dalam sejarah jabatan berkenaan.
“Amanah Besar Untuk Saya Pikulkan” — Siti Nurhaliza
Sementara itu, Siti Nurhaliza sendiri menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menyifatkan amanah tersebut sebagai satu tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan dengan sebaiknya.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada JPJ atas kepercayaan ini. Saya terima dengan penuh rasa rendah diri dan akan cuba memberikan yang terbaik dalam membantu menyebarkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya,” katanya.
Beliau turut mengajak masyarakat untuk sama-sama mengamalkan budaya pemanduan yang lebih selamat dan berhemah demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!