Sudah menjadi kebiasaan bahawa sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia apabila kita mengetepikan jurang perbezaan dan bersatu memberi sokongan padu kepada atlet-atlet yang berjuang demi negara di arena sukan antarabangsa.
Terbaru, Malaysia dihadiahkan emas oleh pemain boling muda negara menerusi Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh. Beliau memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia Ke-21 2022 dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara perseorangan remaja lelaki di Bangkok, Thailand.
Beliau melakukan jatuhan 1,435 pin selepas enam permainan untuk muncul juara di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin.
Walaupun baru berusia 18 tahun, namun itu bukan penghalang buatnya untuk menewaskan wakil Taiwan Lan Shao Kang (1,407) dan Abdulrahman Alkandari (1,406) dari Kuwait, sementara rakan negara Airel Amri Suhaimi (1,300), Syabil Azam Saymsul (1,286) dan Izz Naqiuddin Putera Islahuddin (1,285) masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-16, ke-18 dan ke-19.
Ads
Dalam kategori remaja perempuan pula, Adiana Mohd Redzwan (1,198) dan Anis Hanani Romzi (1,185) masing-masing terlepas pingat dan menamatkan permainan di tempat kelima dan keenam.
Nur Aqila Aini Mohammed Faiz (1,107) dan Nurul Hanis Nabila Mohd Nizam (1,097) masing-masing ketinggalan dan berada di kedudukan ke-13 dan ke-15.
Ads
Singapura menguasai dua tempat teratas podium menerusi Ashley Victoria Lok (1,334) dan Shirlene Wong Xue Lin (1,300) yang masing-masing meraih emas dan perak sementara wakil tuan rumah Ramita Sarntong (1,289) membawa pulang gangsa.
Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang mengharumkan nama negara ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an. Korang semua mesti kenal dengan Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain.
Sumber Gambar : Japan Rail Pass
Guess what guys….
Baru-baru ini, sebuah universiti swasta di Jepun menawarkan pembelajaran bidang ini secara rasmi dengan mewujudkan Fakulti Anime dan Manga khas buat 80 pelajar terpilih.
Fakulti yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun ini akan dijangka akan dirasmikan pada April 2021.
Untuk melengkapkan pengajian, pelajar diperlukan untuk memenuhi keperluan 600 jam pengajian termasuk teori dan praktikan dari pencipta anime dan manga terkemuka negara; animator, pengarah dan artis manga profesional.
Permohonan untuk memasuki fakulti ini boleh dibuat bermula 1 Disember dan setiap daripadanya akan ditapis terlebih dahulu dengan ujian pertama pada 19 Disember 2020.
Jika korang bertuah, mungkin anda boleh meneruskan pengajian dengan tajaan biasiswa!
Antara prospek kerjaya yang boleh diceburi para graduan Fakulti Anime dan Manga, Universiti Profesional Kaishi, Niigata ini adalah pengarah animasi, artis manga, perancang watak, ilustrator dan penyelidik animasi.
Wah….dengar nama pengajian ni dah best, belum belajar lagi. Kenapa la zaman penulis dulu tak ada jurusan yang menarik macam ni….huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam gempar satu Malaysia apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Gambar Hiasan (Pexels)
Terkini, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad terpanggil untuk menjelaskan isu yang menggemparkan satu Malaysia ini. Hal ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.
“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.
Hukum aurat adik-beradik susuan
Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa, katanya.
Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.
“Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.
“Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya.
Bagaimanapun dalam kes ini, kejadian itu baru disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan selepas Adryani Iwani berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah. Kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam satu lagi berita kematian yang dilaporkan oleh Koreaboo bahawa Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya.
Apa yang merisaukan peminat ialah apabila Heechul telah memprivasikan akaun media sosialnya termasuklah instagram dan twitter serta unfollow semua kenalannya.
Tindakan Heechul itu dikatakan telah menimbulkan ketakutan kepada netizen kerana ia dilakukan di luar kebiasaannya lagi-lagi beliau mempunyai hubungan yang sangat erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli.
Sejak kematian Sulli, Heechul tetap meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa walaupun dilihat pernah berkabung sekejap. Beliau juga dikatakan membela kucing peninggalan mendiang Sulli dan tidak menafikannya apabila ditanya oleh netizen kemudiannya.
Bagaimanapun, kehilangan kedua-duanya dalam selang sebulan saja sudah semestinya meninggalkan kesan yang sangat menyedihkan buat Heechul sehingga menyebabkan beliau mengambil tindakan sedemikian rupa. Semoga tiada perkara buruk berlaku pada Heechul.
You Are A Strong Man
Untuk info, Kim Heechul merupakan anggota dari kumpulan band dari Korea Selatan yang popular iaitu Super Junior. Dia adalah seorang penyanyi, aktor, model, serta seorang pemuzik yang berbakat.
Kita doakan yang baik-baik jela untuk Kim Heechul , moga dia tabah la dengan dugaan ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!