Hasil bedah siasat menunjukkan anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Autisme Hilang Sejak Kelmarin, Adik Zayn Rayyan Ditemui Tidak Bernyawa Berdekatan Anak Sungai

Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum Ditemui

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Katanya, bedah siasat petang tadi menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

“Rumusan daripada bedah siasat dan usaha pencarian dijalankan pihak polis Petaling Jaya bersama masyarakat setempat selama dua hari yang melalui tempat sama, tidak bertemu mangsa.

“Sebaliknya, mangsa ditemui pada hari kedua lewat malam tadi.

“Dari situ boleh dirumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian dan bukan lemas, mangsa mungkin mati di tempat lain sebelum (mayat) diletakkan di situ,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, sebentar tadi.

Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum DitemuiZayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis

IKLAN

Beliau berkata, kesimpulan itu turut mengambil beberapa indikator hasil bedah siasat petang tadi.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan, ada kesan tekanan pada leher, menunjukkan mangsa mungkin dicekik.

“Bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja,” katanya.

Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum Ditemui

Mohd Shuhaily berkata, anak sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui adalah kawasan terpencil yang jarang dilalui penduduk, justeru pihaknya percaya suspek mengetahui selok-belok kawasan itu.

IKLAN

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek adalah penduduk setempat di tempat kejadian.

Petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mangsa mati dibunuh selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan Zayn Rayyan.

Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum Ditemui

Sehubungan itu, polis kini menyiasat kematian kanak-kanak austisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas sebelumnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily, berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan JSJ Bukit Aman akan membantu siasatan Polis Daerah Petaling Jaya, selain dibantu Polis Kontinjen Selangor.

IKLAN

Disahkan Kes Bunuh, Adik Zayn Rayyan Meninggal Dunia 48 jam Di Lokasi Lain Sebelum Ditemui

“Kita sudah merencana operasi seterusnya untuk mengesan suspek, masih terlalu awal dalam mengenal pasti suspek.

“Kita ada beberapa strategi. Bagi pihak ibu bapa, saya merayu masyarakat setempat sekiranya mereka mempunyai apa juga maklumat, sekecil mana pun, datang kepada pihak polis untuk merungkai jenayah ini.

“Kita memandang serius jenayah kejam ini dan kita akan berusaha menjejaki suspek,” katanya.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: Berita Harian

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI