Alert, somebody is ranting! Tetapi, ada benarnya apa yang diperkatakan olehnya ini.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, pelakon yang terkenal dengan drama siri Netflix Riverdale, Lili Reinhart telah menempelak taktik yang digunakan oleh sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian untuk menurunkan berat badannya hanya demi menyempurnakan hasrat menyarungkan gaun asal Marilyn Monroe.
Sehari selepas acara Met Gala 2022 yang dihadiri oleh Kim bersama teman lelakinya, Pete Davidson; aktres berusia 25 tahun itu telah meluahkan isi hatinya menerusi media sosial mengenai kenyataan Kim bersama Vogue mengenai caranya menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram dalam masa tiga minggu kerana gaun yang ingin dipakainya itu tidak muat.
Kim Kardashian menyarungkan gaun original yang pernah menjadi milik pelakon ikonik, Marilyn Monroe.
Bagi Lili, kenyataan Kim itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dikongsikan memandangkan Kim mempunyai jutaan pengikut di serata dunia. Rata-rata pengikut Kim ialah anak muda yang sentiasa mengikut trend, produk, pakaian dan gaya hidup terbaru yang diperkenalkan oleh Kim.
Ads
Lili khuatir sekiranya ramai remaja yang akan mencuba cara diet Kim yang drastik dan tidak menyihatkan ini.
“Untuk berjalan di karpet merah dan melakukan temu bual di mana anda mengatakan betapa laparnya anda.. kerana anda tidak mengambil karbohidrat sepanjang bulan lalu.. semuanya hanya untuk muat dalam gaun itu?”
“Ini adalah amat bermasalah. Sangat bermasalah pada skala tertinggi.”
Sambung Lili, “(Dia) mengaku secara terbuka sanggup berlapar demi Met Gala. Apabila dia tahu terdapat berjuta-juta lelaki dan wanita muda yang memandangnya sebagai contoh dan sentiasa mendengar kata-katanya. Kejahilan yang ditunjukkan ini adalah amat menjijikkan.”
Lili Reinhart sewaktu menghadiri acara Met Gala pada tahun 2018.
Biarpun Lili tidak menyebut nama Kim secara terang-terangan, namun ramai yang sudah dapat mengagak ia ditujukan kepada wanita berusia 41 tahun itu.
Ads
Lili mengakhiri luahan hatinya itu dengan mengharapkan agar semua orang berhenti menyokong selebriti ‘bodoh’ dan ‘merbahaya’ yang sekadar mempromosikan imej berkaitan bentuk tubuh badan mereka.
“Selalunya, saya bukanlah seorang yang pemarah. Tetapi saya merasakan ketoksikan industri ini kadangkala mencabar diri saya,” catatnya lagi.
Terdahulu, Kim berkongsi dengan Vogue di antara caranya menurunkan berat badan. Ini termasuklah memotong pengambilan karbohidrat dan gula, mengambil sayur-sayuran dan protein sahaja, memakai sut sauna sekerap dua kali sehari dan berlari di atas treadmill.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pemuda mendedahkan dirinya hanya mendapat pulangan (refund) sebanyak 80% sahaja daripada harga lebih RM 1000 apabila membeli sepasang baju raya di salah sebuah jenama fesyen tempatan.
Perkara tersebut didedahkan pemuda itu menerusi hantaran di entri Twitter miliknya (@ezad_Amir).
Dalam perkongsian tersebut, pemilik Twitter yang dikenali sebagai Ezad berkongsi tangkap layar perbualan bersama ‘seller‘ jenama tersebut melalui aplikasi Whatsapp.
Menurut pengguna itu, punca dirinya untuk meminta ‘refund‘ wangnya kembali oleh kerana pihak berkenaan kelewatan tiga minggu untuk menghantar baju yang dipesannya.
Pengguna itu pada awalnya meminta agar wangnya dikembalikan semula sepenuhnya, namun seller tersebut hanya menyatakan wang hanya akan dipulangkan 80% daripada jumlah keseluruhan yang telah dibayarnya, kerana mengikut ketetapan polisi jenama itu.
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Lantaran itu, atas ketidakpuasan hati dengan respon yang diberi seller berkenaan, pengguna tersebut mengambil inisiatif untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan pulangan penuh wang yang telah dibayar olehnya.
“Beli baju raya, lewat tiga minggu. Seller nak refund 80%. Aku report dekat KPDNHEP.
“Terus dapat pulangan penuh 100%. Jadilah pengguna bijak,” ciapnya.
Menerusi ciapan berkenaan, dia turut berkongsi panduan untuk melaporkan kepada pihak berwajib itu jika pengguna yang lain sedang melalui perkara yang sama seperti dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Oktober bulan yang cukup istimewa untuk golongan wanita. Ini kerana sepanjang Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia atau disebut juga Pink Oktober. Ia sebagai memperingati dan meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara di persada dunia.
Tahukah, kanser payudara merupakan kanser TERTINGGI berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia. Jika tidak dikesan dan dirawat segera, kanser ini boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Dari banyak-banyak kanser, 17 peratus datangnya dari kanser payudara. Dalam kalangan wanita yang menghidap kanser, 32.1% adalah Kanser Payudara, sekaligus menjadi pembunuh utama kaum wanita.
Apa tanda biasa jika mengidap kanser?
Di sebalik fakta menakutkan ini dan menjadi “pembunuh” kedua tertinggi, tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat.
Oleh itu, sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Siapa lebih berisiko?
Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko mendapat kanser payudara
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
Telah mendapat kanser pada satu payudara
Mula datang haid awal (sebelum usia 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas usia 50 tahun)
Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun
Pemakanan tinggi lemak dan kurang pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan
6 Simptom Kanser Payudara
1. Terdapat benjolan atau bengkak luar biasa pada payudara atau ketiak
2. Salah satu putting termasuk ke dalam
3. Perbezaan saiz atau bentuk yang luar biasa pada payudara
4. Terdapat lelahan cecair yang luar biasa keluar daripada puting payudara
5. Ruam pada payudara atau puting
6. Permukaan kulit payudara berkedut seperti buah oren
Jadi kalau ada semua simptom atau petanda di atas, segeralah buat pemeriksaan awal ya untuk mengelak lebih berisiko. Sumber : Institut Kanser Nasional (IKN)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali dalam menangani pandemik COVID-19. Bukan hanya warga tempatan, malah sebelum ini kita semua sudah mendengar pelancong asing turut memuji kecekapan negara kita untuk memastikan rakyatnya selamat dan terhindar daripada virus bahaya ini.
Lebih membanggakan lagi, nama Malaysia kini turut disebut di negara matahari terbit, Jepun, oleh seorang selebriti disana, Gackt yang telah pun berada di Malaysia sejak tahun lalu.
Untuk makluman korang, Gackt merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan komposer dari Jepun.
Menurut temubual mereka, Gackt menjelaskan bahawa dia sedang berada di Kuala Lumpur yang telah di lockdown. Visual juga menunjukkan bagaimana keadaan di sebuah pusat membeli-belah terkenal Kuala Lumpur begitu lengang tanpa pengunjung.
Malah, menurutnya lagi, ada teman-temannya yang menelefon bertanyakan adakah keadaan di KL okay? Dan dia menjawab, “Jepun sebenarnya yang lebih BAHAYA”.
“Jepun ni ambil mudah. Negara lain nampak Jepun ni lambat bertindak. Buruk padahnya nanti!”
Korang boleh juga tonton video penuh di bawah:
Wah popular la Malaysia dekat Jepun nanti. Hiks!
Rakyat luar pun puji inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dan kita sebagai rakyatnya perlu memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih dengan segala kemudahan yang diberikan. Janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai segala usaha yang telah dibuat oleh mereka.
Sama-samalah kita terus berdoa dan mengamalkan jarak sosial untuk menangani wabak daripada terus menular. Bulan Ramadan pun dah nak dekat, manfaatkan bulan suci ini dengan ibadah dan amalan yang baik.
Moga-moga semuanya bakal berakhir dan kita semua akan menjalani kehidupan seperti dahulu.