Penyanyi, pelakon dan penyampai radio popular, Faradina Mohd. Nadzir atau lebih mesra disapa Dina Nadzir, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menerima penganugerahan graduan kelas pertama bagi pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian. Pencapaian beliau ini turut mendapat ucapan tahniah daripada pelbagai pihak, termasuk platform media yang meraikan kejayaan figura seni tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Radio Sinar, penghargaan khusus diberikan buat Dina yang dianggap sebagai simbol ketekunan dan dedikasi dalam menggapai impian walaupun ditengah kesibukan sebagai seorang anak seni.
“Tahniah Dina Nadzir atas anugerah graduan kelas pertama!” tulis Sinar.
“Anugerah graduan kelas pertama ini bukan sekadar gelaran, tapi simbol ketabahan, usaha, dan semangat Dina yang luar biasa. Semoga setiap langkah selepas ini terus dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan, amin” jelas Sinar dalam perkongsian yang sama menggambarkan penghargaan terhadap kesungguhan Dina dalam mengejar ilmu.
kredit foto: Sinarkredit foto: Sinar
Di sebalik kejayaan itu, Dina sendiri berkongsi momen penuh emosi menerusi Instagram Story, apabila mengenang pesanan arwah bapanya mengenai sambung belajar.
Ads
“Sejak habis diploma Abah asyik tanya Ana ‘bila nak sambung belajar’. Saya dah selesaikan degree saya Abah. Saya harap kamu bangga dengan saya. Saya rindu kamu setiap hari,” tulisnya dalam coretan yang menyentuh perasaan ramai.
Luahan tersebut bukan sahaja menzahirkan rasa rindu, tetapi turut menjelaskan perjalanan akademik yang dilaluinya mempunyai nilai sentimental yang cukup besar. Ia juga sekaligus menjadi pemangkin buat Dina untuk mencapai impian yang pernah disuarakan bapanya dahulu.
Ads
kredit foto: Dina Nadzir
Sementara itu, sebagai seorang anak seni berusia 40 tahun yang sudah lama mewarnai industri hiburan negara, kejayaan akademik ini membuktikan bahawa komitmennya tidak hanya terhad pada dunia seni. Sebaliknya, Dina terus memperkukuh pengetahuan serta kemahiran demi memberi nilai tambah kepada kerjayanya.
Di samping itu, pencapaian beliau turut menjadi inspirasi buat peminat khususnya golongan muda, bahawa kecemerlangan tidak mengenal usia. Penglibatan aktif Dina dalam industri kreatif, digabungkan dengan pendidikan formal, menjadikannya contoh terbaik bahawa pembelajaran adalah perjalanan sepanjang hayat.
Dengan meraih anugerah graduan kelas pertama yang kini menjadi sebahagian daripada portfolionya, Dina Nadzir pastinya melangkah ke fasa baharu yang lebih matang dan penuh potensi. Para peminat dan rakan industri juga berharap agar kejayaan ini membuka lebih banyak ruang serta peluang untuk beliau terus bersinar dalam bidang seni mahu pun akademik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini menandakan masuknya minggu ketiga warga negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalani rutin harian di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Situasi ini telah mengubah norma rakyat memandangkan jumlah kes positif Covid-19 baharu yang secara konsistennya mencatatkan 3 angka pada setiap hari.
Terbaru, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi mengumumkan bahawa daerah Seremban di Negeri Sembilan pula kini diletakkan di bawah arahan PKPB selepas kes baharu di kawasan tersebut menunjukkan peningkatan beberapa hari kebelakangan ini.
Arahan PKPB akan mula dilaksanakan pada 5 November sehingga 18 November ini di 9 mukim berbeza. Ini termasuklah Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.
Ini bermakna penduduk di 9 buah mukim ini perlu mematuhi arahan yang dilaksanakan di Lembah Klang seperti penutupan sekolah, penurunan jadual perjalanan merentah daerah dan larangan untuk menjalani upacara keagamaan di rumah ibadah.
Menurut tinjauan REMAJA di media sosial, ramai netizen yang menetap di daerah Seremban tertanya-tanya sama ada pergerakan dari Negeri Sembilan ke negeri bersebelahan seperti Selangor dan Putrajaya dibenarkan.
Ini memandangkan jumlah penduduknya yang ramai bekerja di Lembah Klang dan berulang-alik dari kediaman ke tempat kerja masing-masing.
Menurut Datuk Seri Ismail, kerajaan akan membenarkan perjalanan rentas negeri tersebut untuk tujuan bekerja dengan surat perlepasan yang disahkan oleh pihak berkuasa.
“Saya sedar ramai penduduk di Seremban yang bertugas di Putrajaya dan Lembah Klang. Anda hanya perlu mendapatkan surat perlepas daripada majikan,” jelasnya.
Apa agaknya aktiviti yang dibenarkan dan tak dibenarkan dalam musim PKPB? Klik pautan di bawah.
Bukan hanya peminat DJ muzik EDM dan produser berbakat, Avicii terkejut dengan berita pemergiannya lewat hari semalam, malah selebriti Hollywood yang juga merupakan rakan rapatnya turut merasai pemergian tersebut.
Menurut wakil publisitinya, Avicii ataupun nama sebenarnya Tim Bergling menghembuskan nafas terakhir di Oman pada usia 28 tahun.
Ahli keluarga dan rakan rapatnya yang sedang berkabung dalam kesedihan mengharapkan ruang bagi mereka mententeramkan diri. Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi akan punca sebenarnya kematian Avicii.
Sementara itu, rakan muzik terdekatnya termasuklah Zedd, Calvin Harris dan Shawn Mendes meluahkan kesedihan mereka melalui Twitter.
No words can describe the sadness I’m feeling right now, hearing about Avicii passing away….?
Thoughts go out to his family and friends…
Devastating news about Avicii, a beautiful soul, passionate and extremely talented with so much more to do. My heart goes out to his family. God bless you Tim x
Sebelum ini, Avicii pernah mengumumkan ingin ‘bersara’ daripada siri tour konsertnya atas faktor kesihatan.
Katanya, “Saya tahu yang saya berpeluang untuk membuat persembahan jelajah muzik ke seluruh dunia, namun saya hanya mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati kehidupan saya sebagai orang biasa, iaitu di luar jiwa saya sebagai artis.”
Penulis turut mengakui terkejut dengan berita pemergian tersebut disebabkan bakat yang ada pada produser muzik muda itu amat dikagumi oleh peminat muzik seluruh dunia.p
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan bahawa antara aplikasi yang popular sekarang ini adalah Tik Tok. Lebih-lebih lagi sewaktu arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan kira-kira akhir Mac lalu.
Mungkin disebabkan rasa bosan duduk di rumah, maka ramailah yang mencuba aplikasi Tik Tok dan berkongsi di media sosial. Malah, dengan video Tik Tok ini juga boleh menjadikan seseorang individu itu dikenali ramai jika videonya menjadi viral.
Ramai juga diantara selebriti yang mempunyai akaun Tik tok dan turut berkongsi video mereka di laman Instagram.
Namun begitu, dek kerana penangan Tik Tok ini, khabarnya seorang kanak-kanak telah jatuh dari bumbung ketika merakamkan video. Video yang berdurasi 30 saat ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berjalan di atas bumbung rumah lalu terjatuh.
Walau bagaimana pun kelihatan adik itu selamat kerana jarak bumbung rumahnya itu tidaklah terlalu tinggi. Tapi, jangan pula ada yang mengulangi kelakuan adik tersebut. Nak rekod video Tik Tok atau apa saja, terserah korang. Cuma, janganlah sampai membahayakan nyawa sendiri.
Mujur juga bumbung rumahnya tidak tinggi. Kalau tidak, tak pasal-pasal masuk hospital pula.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.