Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih bukan sekadar cinta biasa tetapi juga sebagai sumber inspirasi utama buat dirinya.
Memetik laporan yang diterbitkan oleh ONE Championship, Jojo berkongsi kisah perkenalannya bersama kekasih dikenali sebagai Queena yang saling mengenali sejak zaman kanak-kanak di tempat asalnya Kuching, Sarawak.
“Kami dah kenal lama, sejak saya belum terkenal lagi. Queena asal dari Kuching juga dan mungkin boleh cakap dia adalah childhood crush saya,” katanya.
Kredit foto: Instagram Johan Jojo GhazaliKredit foto: Instagram Johan Jojo Ghazali
Menurut atlet yang kini berusia 21 tahun itu, hubungan antara beliau dan Queena mula serius sekitar awal kemunculan Jojo dalam siri ONE Friday Fights, dan kini sudah genap dua tahun setengah bersama menjalin cinta.
Pada zaman kini, mungkin lebih ramai generasi muda memilih untuk mencari pasangan melalui beberapa aplikasi yang sedia ada. Namun, lain bagi Jojo, beliau lebih yakin memikat pilihan hati dengan gaya old-school.
Ads
“Kami pertama kali jumpa di pusat beli-belah, saya jalan untuk tegur dia dan terus minta nombor. Waktu itulah semuanya bermula,” kongsi Jojo.
Kredit foto: Instagram Johan Jojo GhazaliKredit foto: Instagram Johan Jojo Ghazali
“Masa tu dia belajar di Kuching, sekarang ambil bidang perubatan. Dulu belajar di Dublin, tapi sekarang sambung di Penang,” tambahnya.
Walaupun mereka kini menjalani hubungan jarak jauh kerana Jojo menetap di Thailand untuk berlatih di Kem Latihan Superborn di Bangkok, beliau mengakui hubungan ini sedikit sebanyak membantu dari segi mental dan motivasi.
Ads
“Dia sangat supportive. Sentiasa ada waktu saya perlukan seseorang, Queena sentiasa ada untuk saya tidak kira dalam apa jua keadaan, dan dia sentiasa memeriksa saya.” ujarnya.
Kredit foto: Instagram Johan Jojo GhazaliKredit foto: Instagram Johan Jojo Ghazali
Pada masa yang sama, Jojo turut mengakui bahawa Queena juga faktor yang membuat dirinya lebih fokus dan berdisiplin dalam mengejar impian di pentas dunia.
Ads
“Sejak kenal dia, saya lebih push diri. Latihan pun saya ambil lebih serius”
“Bila ada orang yang bergantung pada kita, kita pun nak jadi versi terbaik diri sendiri. Saya nak banggakan dia, dan juga keluarga saya,” kata Jojo penuh semangat.
Sementara itu, mengikut perkembangan terkini bintang muda Muay Thai itu, Jojo kini dalam persiapan rapi menjelang perlawanan menentang Diego Paez dari Colombia-Amerika yang akan berlangsung pada 6 Jun ini dalam ONE Fight Night 32.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap negara beraja memiliki undang-undang dan juga syarat dalam melantik bakal ketua negara yang seterusnya. Jika di Malaysia dan Brunei hanya pewaris lelaki sahaja akan menaiki takhta. Berbeza dengan Belanda, anak pertama yang dilahirkan adalah bakal Raja atau Ratu yang seterusnya tanpa mengira jantina.
Dilahirkan pada tanggal 7 Disember 2003, Puteri Catharina-Amalia mewarisi gelaran Princess of Orange setelah ayahandanya Raja Willem-Alexander yang sebelum itu bergelar Prince of Orange menaiki takhta kerajaan Belanda pada 30 April 2013.
Bersama ayahanda dan bona dan dua lagi adi;. Sumber gambar: people.com
Merupakan anak sulung dari tiga beradik. Baginda yang lebih dikenali dengan nama Amalia dikawal rapi oleh kedua orang tuanya yang tidak begitu gemar mendedahkan anakanda mereka kepada umum sebaliknya mahu membesarkannya jauh dari perhatian media.
Gemar menunggang kuda, bermain tennis dan menyanyi, Amalia telah tamat pengajian di Christelijk Gymnasium Sorghvliet yang merupakan salah sebuah sekolah berstatut elit di The Hague, Belanda dan lulus dengan kepujian.
Pada bulan Jun tahun ini, Amalia telah mengumumkan yang dia tidak akan mengambil wang elaun tahunan bernilai 1.6 juta euro ataupun bernilai hampir RM8 juta kerana dia merasakan dia masih belum memiliki tugas rasmi yang membolehkan dia layak menerima wang tersebut. Dia juga prihatin dengan nasib pelajar-pelajar lain yang melalui masa sukar apatahlagi ketika pandemic Covid-19 melanda.
Bersama nenda dan kedua orang tuanya ketika berusia setahun. Sumber gambar: Royal Central
Wang elaun tersebut merupakan elaun tahunan yang diberikan kepadanya bermula tahun ini sebaik sahaja baginda mencecah usia 18 tahun dan seterusnya. Selain menolak untuk menerima elaun tahunan ini. Amalia juga berhasrat memulangkan kembali wang bernilai 300 ribu euro yang diberikan kepadanya setiap tahunsebagai seorang pelajar selama sesi persekolahannya.
Untuk pengetahuan pembaca, menurut penyelidikan pada tahun 2012, keluarga diRaja Belanda antara keluarga diRaja yang menerima elaun paling banyak di dunia melebihi elaun yang diterima keluarga diRaja Britain.
Setiap kali Perodua memperkenalkan jentera baru kepada pasaran di Malaysia, masyarakat kita pastinya tidak boleh duduk diam untuk mengetahui rupa jentera tersebut, harga jualannya dan spesifikasi yang ditawarkan.
Hari ini, rahsia di sebalik model terbaru Perodua telah dapat diketahui oleh pihak media setelah beberapa keping foto yang menampilkan brosur jentera tersebut diperolehi.
Tertera nama ATiVA di bahagian atas dengan slogan ‘Activate Every Destination’. Biarpun Perodua Ativa masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Perodua, ia telapun menjadi topik perbualan hangat terutamanya mereka yang sedang bersiap sedia untuk memiliki jentera ini pada harga sekitar RM62,500 hingga RM73,400.
Menurut info ringkas yang disertakan pada brocur tersebut, ia menyebut Ativa sebagai jentera pertama Perodua yang menggunakan tranmisi boleh laras berterusan (CVT) yang sekaligus akan menjamin kecekapan bahan apinya pada kadar 18.9 kilometer seliter.
Lantas, model ini adalah pilihan yang baik untuk menjimatkan bahan api dan merendahkan kesan penggunaan jentera kepada alam sekitar.
Ativa hadir dengan lampu LED pada ketiga-tiga variannya iaitu X, H dan AV. Cuma bezanya terletak pada fungsi ‘adaptive driving beam’, sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan ‘voice recognition’ pada varian H dan AV.
Oleh itu, ini besar kemungkinan membuatkan varian X sebagai pilihan mampu milik.
Setiap varian jenis SUV ini akan menawarkan enjin 1.0 liter turbo DOHX tiga silinder dengan 97 kuasa kuda. Ia juga hadir dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, sistem brek kecemasan autonomi, sensr kamera hadapan (varian X) untuk membantu parkir, sensor kamera belakang serta kamera mengundur (varian HH dan AV saja).
Dari segi rupa luarannya, kita masih belum mengetahuinya secara teliti lagi.
Ingat, foto-foto dalam artikel ini bukanlah foto rasmi Perodua Ativa.
Namun, apa yang kita tahu buat masa ini adalah ia hadir dengan rekaan lampu depan dengan adative driving beam, rim aloi bilah 17 inci dan rekaan lampu belakang dengan kombinasi LED tail lamp.
Jadi, korang teruja tak untuk menantikan pengumuman rasmi daripada Perodua? Exciting kan!
Adakah korang merasakan jentera yang bakal dijual dalam skema warna Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red ini akan menjadi rebutan rakyat Malaysia? We think so.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 72.1% daripada rakyat Malaysia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ramai yang beranggapan bahawa pendidikan tinggi pada masa ini tidak lagi diperlukan kerana sesiapa sahaja boleh mencipta kejayaan dan hidup senang-lenang dengan hanya mencipta konten di media sosial. Benarkah?
Menurut laporan Berita Harian Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, turut menyuarakan pendapatnya berkata senario berkenaan. Ia berlaku disebabkan rantaian peristiwa yang terjadi di keliling kita.
Ilmu pengetahuan dan nilai yang diketengahkan
Tegas beliau, dalam perkembangan media sosial kini, ramai mengambil peluang berniaga dalam talian atau muncul sebagai pempengaruh dengan pelbagai ‘content’ namun apa yang membezakannya ialah ilmu pengetahuan dan nilai yang diketengahkan.
Foto Via Pexels
Katanya, pertimbangan berasaskan ilmu pengetahuan yang tinggi akan sedikit sebanyak menjadi cabaran kepada kelompok pempengaruh media sosial ini.
Buat keputusan yang baik
Dr Faisal Rafiq berkata, pendidikan tinggi menjadikan seseorang itu berupaya membuat keputusan yang baik dan menjana pemikiran untuk masa hadapan seterusnya berfikiran jauh dalam menghadapi persaingan.
Tanpa ilmu, proses itu akan tersekat dan masyarakat serta negara akan tertinggal jauh di belakang negara-negara maju yang rakyatnya berusaha dan bersaing untuk menguasai ilmu.
Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan
Tegas beliau, sangat penting untuk mengubah persepsi bahawa universiti adalah kilang pengeluar tenaga kerja. Sebaliknya apa yang dibangunkan ialah manusia dengan sifat kompleks, serta memiliki pemikiran dan kebolehan yang berbeza antara satu sama lain.
Tanggungjawab universiti ialah menghasilkan manusia yang berupaya berfikir, memperkayakan bakat, berinovasi, kreatif dan berupaya menghadapi persaingan serta apa penting menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah-ubah dan mencabar.
Jadi, kesimpulannya disini penulis harapkan korang jadilah content creator yang educated dan berpelajaran. Contohnya Khairul Aming yang menamatkan pendidikan di peringkat universiti dan menjadi influencer dan kini usahawan yang berjaya. Kan lain marketing dia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!