Pada Ahad lalu, pencarian Dewi Remaja 2018/2019 telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya.
Menerima juara baru, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur, Haneesya Hanee dinobatkan sebagai pemenang.
Tempat naib juara disandang oleh Tia Sarah manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Anna Jobling pula berpuas hati di tangga keempat manakala Affie Rania pula berada di kedudukan kelima.
(Dari kiri) Haneesya Hanee, Anna Jobling, Affie Rania, Sherin Amiri dan Tia Sarah
Ternyata, pencarian ini bukan pentandingan yang berlandaskan kepada paras rupa jelita semata-mata.
Sepanjang pencarian Dewi Remaja 2018/2019 diadakan, tenaga produksi bersama pengacara, Scha Alyahya memberikan pelbagai tugasan untuk menilai semua finalis Top 12.
Antara cabaran yang diberikan ialah tugasan lakonan, modelling, catwalk, pembentangan mengenai plan perniagaan dan banyak lagi. Cantik bukan sekadar rupa dan tidak hanya menonjolkan bakat, mereka juga diberikan tugasan berbeza.
Finalis juga perlu melakukan video PSA sebagai task terakhir mereka sebelum malam finale.
Di peringkat separuh akhir, gadis-gadis cantik ini telah dibawa oleh Scha ke Rumah Titian Kasih & Pusat Jagaan OKU Nur bersama KFC Malaysia untuk kempen Add Hope Malaysia.
Ads
Untuk memegang gelaran Dewi Remaja, finalis perlu sedar bahawa mereka mempunyai platform yang cukup meluas untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dewi Remaja juga adalah medium terbaik untuk mereka ‘gives back’ kepada masyarakat.
Finalis semasa di Rumah Titian Kasih & Pusat Jagaan OKU Nur bersama KFC Malaysia
“Add Hope adalah sebuah inisiatif KFC secara global untuk membasmi kelaparan dan juga memberi harapan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Ada ramai yang hidup dalam kelaparan.
“Jadi, saya ingin adik-adik saya ni tahu apa maksud penderitaan mereka, dan Add Hope adalah salah satu bentuk bantuan yang mudah difahami oleh kita semua.
“Iyalah, siapa je yang tak makan KFC. Bila di kaunter bayaran KFC, anda semua mesti sedar ada tabung Add Hope di sana. Saya dan KFC Malaysia nak bawa finalis Dewi Remaja ini untuk faham ke manakah RM0.50 daripada Add Hope Meal itu disalurkan.
“Apa yang paling penting, Add Hope bukan sekadar mendermakan makanan dan dana, malah mereka juga melakukan aktiviti di sekolah dan rumah kebajikan untuk berikan harapan.
Ads
“Kadangkala, mereka ini perlukan kawan untuk luangkan masa bersama. What they need is your time & affection.
“Sebab itu, saya selalu tekankan kepada finalis Dewi Remaja, pertandingan ini bukan sekadar nak glamor saja, tapi kita perlu berbudi semula kepada masyarakat.
“Biarlah orang tak nampak apa yang kita lakukan, yang penting hati kena ikhlas,” kata Scha ketika cabaran terbabit.
Ads
Ini menjadi tanda peserta Dewi Remaja tidaklah hanya bersandar kepada rupa semata-mata, ia lebih dari itu!
Selain itu, gelaran Dewi Favoritedan Dewi Inspirasiturut diberikan pada episod akhir.
Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.
Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percintaan jangka masa panjang yang terjalin di antara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose dan pelumba Formula 2 negara, Nabil Jeffri akhirnya membawa ke jenjang pelamin pada malam ini.
Bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Raysha selamat bergelar isteri kepada Nabil dengan sekali lafaz di hadapan jurunikah yang juga bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad sambil disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Pada majlis akad nikah yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu itu, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran & ia dibalas dengan jumlah dulang hantaran sama oleh pihak pengantin perempuan.
Begitupun, nilai wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Raysha cantik mengenakan busana rekaan Teh Firdaus, wajahnya dirias oleh Syed Faizal Syed Noh manakala rambut hasil dandanan CKay Liow.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan mengenai majlis pertunangan yang diadakan pada 22 Disember, tahun lalu secara tertutup. Namun ia hanya didedahkan menerusi hantaran di media sosial bersempena tarikh Hari Kekasih, 14 Februari 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah cukup tujuh hari, pelakon cantik yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan wajah dan jantina cahaya mata kedua di laman instagram miliknya.
Sebelum ini, Anzalna menjelaskan tidak mahu mendedahkan lagi jantina anak kerana ingin membuat kejutan buat keluarganya yang sedang bercuti di Eropah. Namun pagi tadi, selebriti ini sudah mula memuat naik foto keluarga bersama cahaya mata baharu mereka yang diberikan nama Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif, membawa maksud ‘Princely Ruler’.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan teruja melihat kecomelan Mohamad Emirhan.
Untuk info, Anzalna dan suami telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak pertama, Mohamad Eidress yang kini berusia hampir tiga tahun. Anzalna turut menjadi finalis Dewi Remaja pada tahun 2009 bersama-sama dengan selebriti lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu pertama Hero Dewi Remaja 2023 berakhir dengan penuh kejutan dan saspens setelah juri tetap dan mentor, Scha Al-Yahya mengumumkan tiada penyingkiran bakal berlaku semalam.
Namun pasrah dengan jumlah markah yang digabungkan dari Viper Challenge dan Photoshoot Challenge, Adrina akur apabila diumumkan menduduki tempat terakhir di antara finalis Hero Dewi Remaja 2023.
“Saya dah jangka yang saya akan berada di tangga terakhir, tapi sejujurnya saya tidak sedih sebab saya dah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan cabaran tersebut.
“Saya buat bersungguh-sungguh selagi mampu. Alhamdulillah saya diberikan peluang sekali lagi untuk membuktikan kemampuan di episod akan datang,” jelasnya.
Penonton di rumah mungkin turut merasakan kerisauan yang melanda finalis Hero Dewi Remaja 2023 apabila melihat kondisi Adrina di penghujung cabaran.
“Waktu Viper Challenge, saya sebenarnya orang ketujuh yang berjaya menyelesaikan kesemua rintangan, cuma ketika itu saya dapatkan dunia sudah mula ‘berpusing’ dan secara automatik saya dah tak boleh push diri untuk lari ke garisan penamat.
“Darah saya ketika itu berada di paras rendah dan sejujurnya saya ada masalah kesihatan. Namun, saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan tapi tidak dapat dinafikan kondisi kesihatan saya menjadi limit untuk saya lebih aktif,” jelasnya lagi.
Finalis Hero Dewi Remaja 2023 yang berasal dari Kelantan ini juga akur andai dirinya tersingkir dari pertandingan tersebut.
“Kalau betul saya tersingkir malam ini, sejujurnya saya masih bersyukur. Alhamdulillah saya sudah pun berpeluang masuk ke program ini dan saya yakin banyak lagi peluang di luar sana menanti,” komennya.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...