Setelah cukup tujuh hari, pelakon cantik yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan wajah dan jantina cahaya mata kedua di laman instagram miliknya.
Sebelum ini, Anzalna menjelaskan tidak mahu mendedahkan lagi jantina anak kerana ingin membuat kejutan buat keluarganya yang sedang bercuti di Eropah. Namun pagi tadi, selebriti ini sudah mula memuat naik foto keluarga bersama cahaya mata baharu mereka yang diberikan nama Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif, membawa maksud ‘Princely Ruler’.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan teruja melihat kecomelan Mohamad Emirhan.
Ads
Ads
Untuk info, Anzalna dan suami telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak pertama, Mohamad Eidress yang kini berusia hampir tiga tahun. Anzalna turut menjadi finalis Dewi Remaja pada tahun 2009 bersama-sama dengan selebriti lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk membawa pulang sebuah trofi di acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), inikan lagi untuk melakukan ‘hatrik’ seperti si cantik manis, Anna Jobling pada Jumaat lalu.
Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22 ini berjaya menang besar menerusi kesemua kategori yang mencalonkannya termasuklah BBNU Wanita popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular.
Sewaktu Anna ditemubual bagi program Wanita Hari Ini pada 24 Julai, pemenang tempat keempat pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini menzahirkan rasa syukurnya kepada Ilahi dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada para peminat dari pelbagai negara.
“Oh my God, Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat.
“Kepada kesemua peminat Anna yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan di mana sahaja anda berada, terima kasih banyak-banyak kerana mengundi untuk Anna.
“Saya sayang anda semua dan anugerah-anugerah ini adalah disebabkan oleh undian anda. Tanpa sokongan anda semua, saya tidak akan berada di sini,” katanya.
Pertama Kali Ke Acara ABPBH Sudah Tempah Kemenangan
“Saya amat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ke-35). Pertama kali juga pergi!
“Apabila dapat tercalon pun saya sudah bersyukur. Tetapi untuk memenangi dalam kesemua kategori yang mencalonkan saya.. tiada perasaan untuk saya gambarkan. Speechless,” ujarnya lagi.
Semua tahu fenomena drama Melur Untuk Firdaus menerusi gandingan Anna bersama pelakon kacak yang juga pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen berjaya melonjakkan lagi Anna menjadi nama household rebutan ramai pihak.
“Saya tidak menafikan Melur Untuk Firdaus telah menaikkan nama saya. Saya pun sudah lima tahun berada dalam industri. Jadi sekiranya tidak menjadi ‘popular’ disebabkan drama ini, saya merasakan saya masih akan berusaha keras untuk cuba menaikkan nama saya menerusi kerjaya lakonan.”
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini Anna berkongsi jadual lakonnya untuk tahun 2023 sudahpun padat dengan pelbagai projek baharu! Wah tak sabarnya. Adakah ia bergenre aksi, seram atau thriller seperti yang diidamkan oleh Anna sendiri?
“Selepas ini, saya dijadualkan untuk berlakon di Indonesia pula. Dan kemudian, saya akan muncul dalam sebuah lagi drama di Malaysia. Jadi saya akan cuba bertapak di kedua-dua buah negara dalam waktu sama,” kongsinya lagi yang teringin untuk berlakon dengan pemenang kategori Aktor Filem Popular, Beto Kusyairi dan rakan gandingannya menerusi filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra satu hari nanti,” simpulnya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jelas, Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi rujukan dan contoh seorang wanita berjaya di Malaysia.
Bukan sahaja memiliki raut wajah cantik, Dewi Remaja 2009/2010 ini juga dikagumi semua lapisan masyarakat dan dijadikan idola oleh remaja perempuan terutamanya.
Setelah menamatkan zaman bujang pada 27 Mac lalu, pengantin baru ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan.
Sebagai usahawan berjaya, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah di majlis sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Untuk info, anugerah HSK merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan bagi merai, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan dalam negeri. Ia dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan.
Menariknya, ini bukanlah kali pertama Neelofa diiktiraf sebagini. Sebelum ini pelakon dan usahawan terkenal ini berjaya menggondol Anugerah Usahawan di Influencer Awards 2019 yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco.
Apapun, we have always loved her business-y vibes.
Sebagai contoh wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupan tidak kiralah dari sudut kerjaya mahupun rohani, kami pasti ramai yang terus terinspirasi dengan pencapaiannya. Tidak kisahlah lelaki atau perempuan boleh mencontohi nilai positif yang ditonjolkan wanita ini.
16 orang finalis telahpun diumumkan sebagai peserta pencarian Dewi Remaja 2022 menerusi sebuah sidang media yang dilangsungkan baru-baru ini. Mereka ini dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang telah diadakan sepanjang bulan Mac lalu iaitu di Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.
16 orang finalis tahun ini sekali lagi bakal meneruskan legasi Dewi Remaja yang telah melahirkan ramai selebriti-selebriti wanita berbakat antaranya Aleeza Kassim, Umie Aida, Didie Alias, Scha Al Yahya, Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan ramai lagi.
Setiap kali pencarian baharu bermula, pastinya para finalis mengambil inspirasi daripada dewi-dewi terdahulu untuk meneruskan misi dalam Dewi Remaja. So guys, jom kita lihat siapa agaknya idola dewi mereka bagi finalis tahun ini.
Auni
Izara Aishah – “Saya lihat Izara seorang yang bijak kerana setiap kali menjawab soalan wartawan ayatnya begitu tersusun dan penuh keyakinan”
Fifi
Scha Al Yahya – “Dia tidak mementingkan kecantikan, dia berani tunjukkan dir dia sebenar tanpa perlu berselindung. Dia juga seorang yang fun, seperti mana yang saya tonton dia di Dewi Remaja, begitulah perwatakannya di luar”
Keeran
Neelofa – “Neelofa seorang yang pandai membawa diri dalam industri hiburan dan dia juga sangat berusaha keras untuk meletakkan diri atas kejayaan yang dikecapinya hari ini”
Reezlyn
Raysha Rizrose – “Raysha masih muda tetapi dia berusaha untuk belajar dan explore tentang dunia hiburan, Buktinya, Raysha kini antara heroin Malaysia yang berbakat”
Dina
Neelofa – “Cara dia bercakap sangat elegan, sangat tepat dan bila dia bercakap kita tahu dia seorang yang bijak. Saya juga suka cara dia menggendalikan kontroversi”
Melissa
Neelofa – “Dia memberi saya vibe ‘women empowerment’, dimana dia seorang yang berdikari dan kini menjadi seorang ibu yang penuh dengan ciri-ciri keibuan”
Hyeley
Neelofa – “Dia seorang yang confident. Neelofa ada misi dan apa yang dia nak dia akan kecapi. Dia juga seorang yang ada target dalam hidup”
Malle
Haneesya Hanee – “Saya suka cara dia handle soalan personal dan saya suka lihat keyakinan dirinya. Saya hormat dia walaupun sebelum ini dia diulit kontroversi tetapi saya sangat salute cara dia handle isu tersebut”
Bee Aishah
Neelofa – “Dia bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, tetapi Neelofa juga pandai dalam menguruskan perniagaan. Kalau boleh, saya juga ingin menjadi seperti dia”
Zafira
Shaza Bae – “Shaza bukan sahaja seorang yang cantik tetapi dia bijak dan pandai bawa diri dalam industri hiburan”
Eiman
Haneesya Hanee – “Eiman pilih dia bukan kerana apa yang dia buat, tapi Eiman lihat bagaimana dia boleh bangkit daripada kesilapan dia walaupun ramai netizen memberi kecaman hebat”
Kimberly
Scha Al Yahya & Shaza Bae – “Dua-dua mempunyai personaliti yang saya suka kerana mereka sangat confident dan pandai bawa diri sendiri selepas tamat Dewi Remaja”
Alyssa
Scha Al Yahya – “I love her kerana dia berdiri atas bakat yang dia ada dan bukannya bergantung pada gosip untuk menempatkan diri dalam industri hiburan”
Tracie
Scha Al Yahya – “Bagi saya Scha seorang selebriti yang berbakat, banyak perkara yang saya boleh belajar daripada kak Scha tentang bagaimana untuk menonjolkan diri dalam bidang hiburan”
Rasyiqah
Raysha Rizrose – “Karakter Raysha ada sedikit persamaan dengan saya kerana dia seorang yang ‘reserved’ dan bercakap bila perlu. Walaupun masih muda, tetapi saya lihat Raysha seorang selebriti wanita yang matang”
Janani
Scha Al Yahya – “Cara dia bawa diri dari dulu hingga sekarang, Scha nampak begitu merendah diri dan itu yang paling saya suka tentang personaliti yang ditonjolkannya itu”
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 16 Julai, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria. Korang juga boleh mengundi Dewi Favorite 2022 di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/dewi/
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Tokoh Perfileman Asia BIFF 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman Asia yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.