Salah satu daripada tokoh seni negara ialah Allahyarham P. Ramlee, atau nama sebenarnya Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, yang tidak lekang daripada menjadi buah mulut sehingga kini.
P. Ramlee yang dilahirkan di Pulau Pinang telah bergelumang dalam industri seni negara selama 25 tahun sebagai pengarah, pelakon, penyanyi, pemuzik dan penggubal lirik.
Antara filem arwah seniman negara yang menjadi ‘box-office’ adalah Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan Madu Tiga.
Rumah kelahiran P. Ramlee di Pulau Pinang telah dijadikan muzium
P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali, dengan isteri terakhirnya Allahyarhamah Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail, atau lebih dikenali sebagai Saloma.
Ads
Berkahwin pada 21 November 1961, hubungan mereka kekal hingga ke nafas terakhir P. Ramlee pada tahun 1973.
Baru-baru ini, satu video temu bual arwah Saloma mengenai arwah P. Ramlee yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@sweett0901) telah tular di media sosial.
Pada awal temu bual, dia memberitahu bahawa arwah seniman itu pasti mahukan ikan kering untuk makan bersama-sama dengan nasi. Jika tiada ikan kering, beliau sanggup tidak makan dan Saloma pasti akan segera menggorengkan ikan tersebut untuknya.
Ads
Menurut Allahyarhamah Saloma, P. Ramlee mencipta lagu tidak kira masa sama ada siang mahupun malam. Yang lebih menarik lagi, P. Ramlee mendapat ilham mencipta lagu dan menulis skrip di bilik mandi.
Saloma berkata suaminya itu boleh berada di dalam bilik mandi berjam lamanya sehingga menimbulkan kerisauan, terutamanya sewaktu awal perkahwinan.
Apabila pengkarya itu sedang mendapatkan ilham, Saloma tidak mengganggunya dan akan menggunakan bilik mandi lain.
Dia berkata bilik mandi berkenaan seolah-olah khas untuk arwah suaminya, dan turut dibersihkan dan dikekalkan dalam keadaan cantik oleh arwah sendiri.
Foto perkahwinan P. Ramlee dan Saloma.
Tambahnya, jika P. Ramlee mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan lagu, selama itu jugalah mereka tidak akan bercakap sesama sendiri, kecuali untuk perkara penting.
Ads
Saloma berkata dia telah benar-benar memahami cara suaminya dan menganggap P. Ramlee sebagai seorang yang ganjil. Berbeza dengan Saloma yang suka membaca buku, P. Ramlee sebaliknya gemar membaca surat khabar.
Buat makluman, Saloma merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang telah dikurniakan gelaran Biduanita Pertama Negara pada 1978. Saloma turut menjadi wanita warganegara pertama yang ditawar kontrak menyanyi di luar negara, yakni di Perth, Australia.
Saloma telah meninggal dunia pada 25 April 1983 akibat penyakit kuning, 10 tahun setelah pemergian suami tercinta. Dia dikuburkan bersebelahan pusara Allahyarham P. Ramlee di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Arkib Negara, Wikipedia, TRPBM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM BTS baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian selepas berjaya mencipta sejarah apabila beliau menjadi artis Asia pertama dan satu-satunya yang meraih kemenangan di Anugerah Muzik Amerika (American Music Awards) sebagai artis solo mahupun sebagai sebahagian daripada kumpulan.
Kejayaan ini hadir selepas RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32), diumumkan sebagai pemenang bagi kategori “Favorite K-Pop Artist”, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan beliau dalam industri muzik global yang semakin kompetitif dan penuh cabaran.
Lebih menarik lagi, kemenangan solo tersebut turut meletakkan RM dalam senarai eksklusif selebriti antarabangsa yang pernah meraih pengiktirafan di pentas AMA sebagai artis solo dan juga sebagai anggota kumpulan atau duo.
Difahamkan, antara nama besar yang turut berada dalam senarai tersebut termasuk Beyoncé, Michael Jackson, Paul McCartney, Zayn Malik, Lionel Richie, Harry Styles, Bruno Mars, Will Smith, George Michael, Niall Horan, Justin Timberlake, Camila Cabello, Fergie dan Phil Collins.
Pencapaian pelantun lagu ‘Wild Flower’ ini secara tidak langsung memperlihatkan pengaruh besar yang dibawa oleh BTS dalam industri muzik dunia, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa bakat dari Asia juga mampu berdiri sama tinggi di pentas antarabangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, BTS terus membuktikan dominasi mereka di pentas muzik antarabangsa apabila berjaya merangkul beberapa anugerah utama di AMA 2026, termasuk ‘Artist of the Year’, ‘Song of the Summer’ menerusi lagu “SWIM”, serta ‘Best Male K-Pop Artist’, menjadikan mereka antara artis paling menyerlah pada acara berkenaan.
Kejayaan ini turut disifatkan sebagai satu pencapaian besar selepas kepulangan mereka ke pentas AMA, selain menandakan era baharu buat kumpulan sensasi tersebut selepas beberapa tahun memberi tumpuan kepada aktiviti individu dan rehat sementara.
Secara keseluruhannya, kemenangan ini bukan sahaja menambah koleksi trofi BTS, malah turut mengukuhkan pengaruh mereka dalam mencorak landskap muzik global yang semakin kompetitif.
Untuk info, BTS kini masih meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ ke beberapa lagi destinasi utama termasuk Las Vegas dan Tokyo sebelum bakal menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas pengumuman Bantuan Nasional Prihatin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sebanyak hampir 250 billion telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia meneruskan kehidupan sewaktu negara menghadapi situasi COVID-19.
Jumlah wang yang dikeluarkan bukan sedikit ya, jadi untuk membantu menaikkan lagi ekonomi negara selepas ini, ada beberapa inisiatif yang korang boleh buat daripada hasil perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Naim Mustafa.
Bangunkan ekonomi setempat dahulu
1. Makan di gerai/restoran di kawasan rumah kita
2. Belanja di gerai runcit kawasan rumah kita
3. Gunakan servis yang ditawarkan di kawasan rumah kita
4. Sokong penjaja tepi jalan di kawasan rumah kita
5. Bercuti di dalam Malaysia
Dengan usaha korang melakukan perkara-perkara tersebut, ekonomi setempat akan berkitar. Bila orang mula membeli di kawasan itu, pekedai akan restock barang dari supplier dan mereka akan gunakan logistic chain untuk hantar barang. Kitaran ini sahaja dah melibatkan 4 pihak, iaitu pembeli, pekedai, supplier dan logistik.
Maka, duit akan berputar kepada:
1. Pembeli bagi duit dekat kedai
2. Kedai bayar barang dekat supplier
3. Supplier bayar postage dekat logistik
4. Logistik akan gajikan driver
5. Kemungkinan driver tersebut adalah pembeli di kedai runcit tersebut
Apa kebaikan sekiranya korang membangunkan ekonomi setempat? Secara tidak langsung ia akan membawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Jika kita tidak boleh support banyak, dapat support sikit pun jadilah.
Sekiranya ekonomi gagal berpusing dengan baik, misalnya:
– Jika orang kurang berbelanja
– Demand terhadap barang runcit menurun
– Supplier tak untung, terpaksa buang pekerja
– Bila tak ada demand juga, logistik terpaksa downsizing, buang lagi pekerja
So, ini adalah kitaran ekonomi yang kurang sihat. Maka disebabkan itu kita sebagai rakyat yang prihatan perlu memberi sokongan dan bantuan semula untuk terus berbelanja di kawasan setempat bagi meningkatkan semula ekonomi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia pendidikan tinggi Malaysia mencatat satu warkah gembira apabila 10 universiti yang berada di negara ini tersenarai di dalam carta 110 universiti terbaik di Asia. Menurut UniRanking, terdapat 5,984 buah universiti awam dan swasta yang terletak di benua Asia.
Universiti Malaya berada berjaya berada dalam kelompok 10 universiti terbaik dengan berada di tangga kesembilan keseluruhan. Dalam satu kenyataan, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi di atas sokongan yang diberikan selama ini.
Gerbang Pintu Masuk UM. Sumber Gambar: via freemalaysiatoday.com
“Terima kasih saya ucapkan kepada kesemua Naib Canselor sebelum ini, kejayaan hari ini tidak mampu dicapai sekirangan asas yang kukuh tidak dipacak oleh pemimpin-pemimpin hebat bertahun lamanya,” ucapnya dalam satu kenyataan semalam (Rabu).
Sembilan universiti tempatan lain yang berjaya berada dalam kelompok 110 terbaik adalah seperti berikut :-
28. Universiti Putra Malaysia (UPM) 34. Universiti Sains Malaysia (USM) 35. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 39. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 70. Universiti Teknologi Petronas (UTP) 89. Taylor’s University 105. UCSI University 107. Universiti Utara Malaysia (UUM) 108. Universiti Teknologi MARA. (UiTM)
Sebagai universiti terbesar di Malaysia, UiTM menonjolkan prestasi cemerlang. Sumber Gambar: via malaysiakini.com
Kejayaan universiti-universiti ini mengekalkan kecemerlangan menjadi penanda aras bahawa sistem Pendidikan di Malaysia antara yang terbaik di rantau ini.
***P/S- Tahniah kepada pelajar-pelajar UM. By the way guys, tidak kiralah universiti mana yang korang belajar apa yang penting adalah ketekunan dan usaha untuk menjadi yang terbaik. Semoga, apa yang korang pelajari dan pengalaman yang diperolehi menjadi bekal untuk menembusi pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!