Pelantun lagu PadaMu Ku Bersujud, Afgan menyifatkan pengalamannya menunaikan ibadah hajipada usia 35 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa.
Tiga hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu, penyanyi Indonesia itu telah berlepas ke tanah suci Madinah sebelum ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Menariknya, perjalanan pada kali ini disempurnakan Afgan tanpa terlalu banyak berkongsikan momen-momen harian di sana.
Sebaliknya, hanya bingkisan ringkas di Instagram Story yang menjadi sumber tontonan peminatnya yang tertanya-tanya khabarnya di sana.
Hanya setelah menyambut Hari Arafah pada Khamis minggu lalu sebelum meraikan perayaan Aidiladha di sana, barulah kelibat hantaran di Instagram Afgan muncul dengan lebih kerap.
Mungkin sekali penyanyi tersebut ingin mengabadikan momen indah di sana untuk mendekatkan dirinya dengan Ilahi di luar pandangan ribuan peminatnya.
Ads
Usai selamat menyempurnakan ibadah haji, Afgan berkongsi perasaannya setelah rasmi menjadi ‘Pak Haji’.
“Sempurna sudah ibadah haji pertama saya. Ini adalah perjalanan rohani yang sangat indah ditambah pula saya berangkat sendiri dengan bermodalkan rasa nekad sahaja.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan rasa sangat bersyukur kerana boleh menjadi tetamu Allah tahun ini,” titipnya menerusi Instagram.
Dalam pada peminat menzahirkan rasa syukur melihat penyanyi kegemaran mereka ini berjaya memperolehi peluang menunaikan haji pada usia muda, Afgan sempat mengingatkan mereka mengenai makna di sebalik pengalaman berada di tanah suci.
Ads
“Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan. Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat bahawa anda tidak akan sesekali keseorang selagi ada Tuhan bersama.
“Terima kasih atas doa kalian,” kata pemilik nama penuh Afgansyah Reza itu lagi.
Selain Afgan, antara selebriti lain yang turun terpilih dijemput ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah pelakon, Bella Dally.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu bapa, sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.
Ibu bapa pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Tak semua anak-anak sanggup membalas segala budi ibu bapa tersebut. Tapi berbeza dengan personaliti media sosial, Coki. Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang Coki terhadap bapa dan pak longnya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram, remaja berusia 16 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk membantu bapa membeli sebuah kereta tercapai.
Dikala remaja diluar sana masih ‘menadah tangan’ daripada ibu bapa, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel sanggup memberikan hasil pendapatannya kepada bapa untuk membeli sebuah kereta baru jenama Perodua Myvi.
Tak besar tak mewah tak mahal tapi besar,mewah dan mahal pengorbanan papa dan pak long untuk coki. 😢❤️
.
.
16years down more to go
Terdahulu, Coki berkongsi gambar bersama bapanya Shamsaimi Ezil berdiri di hadapan kereta Myvi berwarna biru berkenaan di laman sosial Instagram. Dalam kesempatan itu, Coki yang pernah digelar ‘Raja Slowmo Malaysia’ meluahkan penghargaan kepada bapa dan pakciknya (pak long) atas segala pengorbanan mereka untuk dirinya.
Untuk info, Coki mula dikenali selepas digelar Raja Slowmo Malaysia dan aktif memuat naik video Tik Tok sejak aktif bermain aplikasi itu. Remaja ini mempunyai peminat bukan saja dari Malaysia, malah Brunei dan Indonesia.
Semoga semakin murah rezeki Coki selepas ini. Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita.
Sumber: Instagram Coki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Populariti selebriti Korea bukan sahaja di negara mereka, malah seluruh dunia turut mengenali dan mengagumi kehadiran penyanyi mahu pun pelakon dari Korea Selatan. Buktinya, di Malaysia sendiri ramai peminat yang begitu obses dengan muzik k-pop dan k-drama.
Jika sebelum ini Remaja ada berkongsi artikel tentang selebriti Korea yang dibesarkan daripada keluarga miskin, namun bukan semuanya bermula dari bawah. Terdapat beberapa selebriti Korea yang memang berasal daripada keluarga berada.
Ayah kepada pelakon ini adalah naib presiden SPP Heavy Industries Co. Ltd. yang merupakan salah satu syarikat pembinaan kapal terbesar di dunia. Ayahnya memulakan kerjaya sebagai penyelidik pasaran industri berat.
Ayah Lee Min Jung adalah CEO syarikat pengiklanan terbesar di Korea Selatan, sementara ibunya merupakan seorang pemain piano. Keluarganya tinggal di sebuah rumah besar bernilai kira-kira US $4 juta sejak dia masih kecil lagi.
Pada tahun 1955, ayah kepada penyanyi Psy mengasaskan syarikat semikonduktor yang dikenali sebagai DI, dimana kini Psy menjadi CEO kepada syarikat tersebut. sewaktu video muzik Gangnam Style dilancarkan, saham syarikat DI melonjak naik sehingga 8 kali ganda daripada nilai asalnya pada akhir tahun 2012.
Atuk Sooyoung adalah pemilik syarikat seni bina terkenal yang diberi kontrak untuk membina Pusat Kesenian Seoul. Ayahnya merupakan presiden sebuah syarikat perdagangan.
Ayahnya merupakan bekas CEO syarikat pharmaceutical Boryung Medicine dan ibunya adalah pemilik jenama pakaian dalam terkenal. Keluarganya juga memiliki rangkaian Hyundai Department Store di Korea.
Buat peminat K-Drama The King: Eternal Monarch, episod 13 drama tersebut tidak akan disiarkan hari ini (29 Mei 2020) kerana menurut sumber, SBS akan menyiarkan filem Contagion.
Ha, kenapa pula?
Menurut Soompi, sumber menjelaskan bahawa tayangan filem tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Korea tentang COVID-19. Ini kerana jumlah pesakit virus itu telah meningkat dua hari berturut-turut, mencapai 70 pesakit dalam sehari untuk pertama kalinya dalam tempoh hampir dua bulan.
“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut. Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.
Mungkin ini salah satu cara bagi stesen televisyen di sana untuk mengingatkan kepada masyarakat supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar bagi mengekang penularan wabak ini.
Walau bagaimanapun, episod 13 The King: Eternal Monarch akan ditayangkan pada hari Sabtu, 30 Mei 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Ibu tahun ini cukup bermakna buat aktor versatil, Aedy Ashraf apabila luahan penghargaan yang dititipkan buat ibunya yang juga pelakon, Liza Zain mengundang...